Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 20 September 2017

Tips Ajar Anak Tidur Awal

Salam Sejahtera


Memang agak memcabar jugak bila bercerita topik latih anak supaya tidur awal.  Pada saya kalau anak-anak yang 1@2 tahun ok lagi. 

Tapi apabila dah masuk peringkat 3-5 tahun tu yang memcabanya.  Kini saya sedang mengalaminya7

Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat  8 tip yang boleh menjadi panduan.

1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.

Anak Yang Sukar Tidur, Mak Amalkan:

  • Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi 1x - dihembus ke seluruh badan anak.
  • Surah 3 Qul - 3x berturut-turut - hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak

Syarat:


Sebaiknya amalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.

* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria

0 comments:

Post a Comment