Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 18 August 2017

B Complex Tingkat Kesuburan Wanita

Salam Sejahtera


Sebenarnya, masalah kesuburan ini bukanlah satu masalah yang ringan yang boleh diubati dengan membeli ubatan di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka yang beroperasi 24jam seperti selsema, demam dan sakit kepala. 

Masalah kesuburan perlu berjumpa dengan doktor atau pakar yang boleh membantu dalam meneliti masalah antara pasangan bukannya dengan membeli entah apa produk yang tidak tahu kandungan didalamnya. Sudahlah tu, tidak tentu berdaftar lagi.

Pengambilan folic acid sering disebut sebagai asbab untuk hamil sedangkan ia bukan ubat ajaib untuk kesuburan dan kehamilan.

Ia boleh MEMBANTU untuk kesuburan dan memberi kebaikan kepada bayi yang dikandung.

Folic acid a.k.a folate juga dikenali sebagai vitamin b9 yang membantu dalam pertumbuhan sel-sel baru. Ia akan membaiki DNA yang rosak dan menggantikannya dengan DNa baru. Kerana itu ibu hamil digalakkan mengambil folic acid agar kesihatan bayi didalam rahim tidak terjejas.

Folic acid juga membantu dalam mengurangkan kejadian kelahiran bayi dengan masalah kecacatan saraf seperti spina bifida atau neural tube defect. 

Pengambilan folic acid perlu dimulakan setelah disahkan hamil iaitu 12 minggu pertama kerana pada tempoh waktu ini perkembangan otak serta sistem saraf janin akan berkembang mengikut usia. Pembentukan organ juga bermula pada waktu ini. 

Pengambilan acid folic sebelum hamil atau jika merancang untuk hamil.
Seperti yang diberitahu, acid folic mampu membantu dalam kesuburan jika diambil untuk merancang kehamilan. Kebaikannya adalah;

1)      Membantu dalam kematangan telur ovum
2) Merawat dan mengurangkan risiko keguguran

Bagi yang merancang untuk hamil, acid folic boleh diambil pada 3bulan hingga 6bulan sebelum hamil. Tetapi seeloknya mengambil mengikut dose yang betul.

Dosnya selalu bergantung kepada protokol sesetengah hospital dan brand pengeluar.

Cara ambil folic acid : 

• Ambil folic acid bersama air kosong.
• Boleh ambil folic acid bersama jus segar bagi menggalakkan penyerapan.
• Folic Acid TIDAK boleh diambil bersama susu/kafein/alkohol/teh kerana faktor penyerapan yang kurang (teh/kopi ada bahan perencat polifenol dan tannin yang menghalang penyerapan).
• Ambil SEBIJI sehari.
• Ambil folic acid 2jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Pengambilan folic acid yang berlebihan boleh menyebabkan ;
- Abdominal Cramp
- Diarrhea
- Gangguan tidur
- Loya
- Rashes


B-Complex Shaklee menawarkan keseimbangan yang sihat dan lengkap dengan kesemua lapan vitamin B untuk mengukuhkan badan anda.

Menyediakan kuantiti besar asid folik dan biotin yang baik untuk badan yang sihat.



Sebenarnya tidak salah berikhtiar. Doa juga salah satu ikhtiar bukan. Bersedekah, banyak menghulur dan berbuat baik dengan anak yatim juga salah satu ikhtiar serta usaha bagi mendapatkan doa dari mereka. Mana tahu, dengan doa dari anak-anak yang tidak beribu dan bapa ini, kita akan dimurahkan rezeki pula.


0 comments:

Post a Comment