Wednesday, 30 August 2017

Minda Cergas Dengan Omega Guard.

Salam Sejahtera

Minda cergas dengan Omega Guard?  Memang semua inginkan minda yang cergas. Boleh dikatakan elemen yang penting jugak tu. 

Setiap hari kita perlu berfikir,  membuat keputusan, menentukan kehidupan kita.  Tahap kecerdasan untuk otak sanga-sangat mempengaruhi. 

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak.

Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

Seperti yang kita ketahui, minyak ikan Omega 3 kaya dengan EPA dan DHA. Apa tugas EPA dan DHA ni?

🌸 Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.

> EPA dan DHA sangat penting untuk sel2 otak kita berhubung. Bila sel neuron aktif dan sihat, otak kita akan jadi lebih cerdas

🌸 Kesan positif kepada perasaan, daya ingatan, pembelajaran dan pemerhatian.

> Membuatkan kita boleh berfikir dengan lebih pantas, cepat dan kuat ingatan

🌸 Memberikan kesan penuaan yang sihat

> Melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan nyanyukm

Sebab tu kita digalakkan ambil minyak ikan setiap hari. Bukan sahaja untuk kesihatan jantung, malah untuk kesihatan otak juga. Bila otak sihat, badan jadi cergas dan sihat.

Kanak2, dewasa, ibu hamil, ibu menyusu, warga tua, semua sesuai dengan Omega Guard. 

Omega Guard - minyak ikan terbaik yang melalui 3kali peringkat proses penyulingan untuk mendapatkan minyak yang tulen yang paling tinggi kandungan EPA dan DHA nya. 😊😊






Tuesday, 22 August 2017

Semua Orang Perlukan Kalsium

Salam Sejahtera


Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.


"Kalsium penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi, pembekuan darah, denyutan jantung yang normal dan rembesan hormon"


Sejauh mana kita mengambil berat tentang kesihatan tulang, gigi, otot dan sendi yang setiap hari kita gunakan ni. Yang selalu kita dengar keluhan dan aduan. Bila dah sakit nak bergerak, nak makan, nak tunduk, nak buat kerja pun jadi susah.

Betul tak? Jadi, janganlah diperlekehkan tentang kesihatan tulang kita.

Sebenarnya siapa yang sepatutnya amalkan pengambilan kalsium yang cukup ni?

Jawapannya : KITA SEMUA.


Jika anda juga mengalami masalah yang sama atau pun tanda-tanda lain, adalah lebih baik anda mengamalkan pengambilan supplement kalsium dari sekarang. Boleh minum susu, atau telan aje OsteMatrix. 


OsteMatrix adalah supplement kalsium Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi diperlukan untuk bantu penyerapan kalsium seperti vitamin D dan magnesium.

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Bagi anda yang belum mencubanya boleh la segera dapatkan.  Boleh terus hubungi saya .

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Bahayanya Wanita Yang Tak Cukup Tidur



Bahayanya wanita yang tak cukup tidur?
Nampak remeh tetapi kesan orang tak cukup tidur boleh jadi macam-macam kes. Terutama bagi kaum wanita, anda kena ubah gaya hidup yang lebih sihat dan menjaga waktu tidur demi si dia. Ok, jom bongkar akibat orang yang tidak cukup tidur


1. Jadi tua

Suka ke simpan eyebag bawah mata? Inilah kesan utama kalau tak cukup tidur. Bab ini wanita memang cukup takut, tapi ramai yang masih buat. Sanggup berjaga malam dan hasilnya kulit cepat berkedut dan kusam.


2. Cepat lupa

Jangan bajet umur masih muda, ingatan agak kuat. Kalau anda jenis payah tidur dan suka lepak sampai ke pagi, tak pelik kalau anda jadi cepat lupa. Serius, memori yang kuat dipengaruhi oleh rehat yang cukup setiap hari.


3. Mudah gemuk

Ya, kalau asyik berjaga mestilah perut cepat lapar. Lagi dasyat berat akan naik mendadak sebab tetiba muncul hobi makan lewat malam. Tambah pula kalau anda yang jenis suka lepak di kedai makan dengan kawan-kawan sampai awal pagi. Boleh jadi obes kalau tak kawal!


4. Emosi 'kelaut'

Kalau tak cukup tidur, esoknya mesti murung. Badan cepat penat dan suka marah-marah. Sebab otak tidak dapat dapat berfungsi dengan lebih baik dan cenderung bertindak melulu tanpa berfikir panjang.


5. Hilang nafsu

Bila badan tak cukup rehat, mana nak datangnya nafsu. Nak celik mata pun tak mampu. Silap-silap si dia tawar hati sebab pendam rasa. Asyik tak layan, boleh jadi gaduh


6. Kemalangan

Sekali terlelap ketika dalam perjalanan, ini memang undang bahaya. Sila berubah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.


7. Pungut penyakit

Mungkin tidak waktu muda tetapi kalau suka amal, ini bakal jemput penyakit berbahaya lebih cepat singgah. Contoh penyakit ialah darah tinggi.


Macam mana ya, masih suka tidur lambat? Jika sayangkan diri sendiri, anda kena cukupkan rehat. Bukan hanya untuk cantik tetapi demi keselamatan dan kesihatan. Semoga anda boleh berganjak ke arah hidup yang lebih sihat.

Saturday, 19 August 2017

Keputihan Penyebab Sukar Hamil

Salam Sejahtera



Keputihan penyebab sukar hamil?

Salah satu punca utama sukar hamil adalah kerana lendiran serviks disebabkan keputihan.Keputihanberlebihan yang dikategorikan tidak normal boleh menjejaskan kesuburan wanita sehingga merumitkan kehamilan.


Selain masalah haid, kehadiran keputihan juga boleh menjejaskan kesuburan. Ini kerana jangkitan dari keputihan boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi di dalam rahim.Kalau rahim ada radang, maka embrio akan menjadi sukar untuk melekat di rahim sehingga boleh ganggu kesuburan.

Bakteria, kulat , ataupun virus bukan hanya 'bersarang' di faraj sehingga
menyebabkan keputihan, tapi juga boleh merebak ke sistem pembiakan bahagian atas, contohnya daerah leher rahim (serviks) sehingga mengakibatkan penyumbatan.

Penyumbatan boleh menghalang sperma untuk masuk sampai ke sel telur wanita. Hal ini yang boleh menyulitkan wanita untuk hamil.

Lendir ini berasal dari keputihan yang banyak dari faraj, berkumpul di faraj dan mengeras. Apabila sudah terlalu banyak dan berat, ia akan keluar dari faraj berbentuk lendir yang kental dan panjang dan mungkin berwarna sedikt coklat muda.

Itu tanda menunjukkan anda mengalami keputihan yang berkumpul dengan banyak tetapi tidak keluar secara lelehan. Inilah yang menghalang sperma daripada dari faraj ke rahim, kerana ia menutup lubang serviks.

Oleh sebab itu, jika anda sedang merancang untuk hamil, cubalah untuk tidak meremehkan masalah keputihan. Carilah alternatif mudah yang boleh merawat keputihan secara semula jadi

Kalau bab keputihan nie semua wanita pernah alami.Saya sendiri pun meriah alami. Tapi sejak saya amal Alfalfa Complex macam dah tak risau dah bab kesuburan dan segala ruin harian.Semua berjalan lancar selepas mengamalkannya






Friday, 18 August 2017

B Complex Tingkat Kesuburan Wanita

Salam Sejahtera


Sebenarnya, masalah kesuburan ini bukanlah satu masalah yang ringan yang boleh diubati dengan membeli ubatan di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka yang beroperasi 24jam seperti selsema, demam dan sakit kepala. 

Masalah kesuburan perlu berjumpa dengan doktor atau pakar yang boleh membantu dalam meneliti masalah antara pasangan bukannya dengan membeli entah apa produk yang tidak tahu kandungan didalamnya. Sudahlah tu, tidak tentu berdaftar lagi.

Pengambilan folic acid sering disebut sebagai asbab untuk hamil sedangkan ia bukan ubat ajaib untuk kesuburan dan kehamilan.

Ia boleh MEMBANTU untuk kesuburan dan memberi kebaikan kepada bayi yang dikandung.

Folic acid a.k.a folate juga dikenali sebagai vitamin b9 yang membantu dalam pertumbuhan sel-sel baru. Ia akan membaiki DNA yang rosak dan menggantikannya dengan DNa baru. Kerana itu ibu hamil digalakkan mengambil folic acid agar kesihatan bayi didalam rahim tidak terjejas.

Folic acid juga membantu dalam mengurangkan kejadian kelahiran bayi dengan masalah kecacatan saraf seperti spina bifida atau neural tube defect. 

Pengambilan folic acid perlu dimulakan setelah disahkan hamil iaitu 12 minggu pertama kerana pada tempoh waktu ini perkembangan otak serta sistem saraf janin akan berkembang mengikut usia. Pembentukan organ juga bermula pada waktu ini. 

Pengambilan acid folic sebelum hamil atau jika merancang untuk hamil.
Seperti yang diberitahu, acid folic mampu membantu dalam kesuburan jika diambil untuk merancang kehamilan. Kebaikannya adalah;

1)      Membantu dalam kematangan telur ovum
2) Merawat dan mengurangkan risiko keguguran

Bagi yang merancang untuk hamil, acid folic boleh diambil pada 3bulan hingga 6bulan sebelum hamil. Tetapi seeloknya mengambil mengikut dose yang betul.

Dosnya selalu bergantung kepada protokol sesetengah hospital dan brand pengeluar.

Cara ambil folic acid : 

• Ambil folic acid bersama air kosong.
• Boleh ambil folic acid bersama jus segar bagi menggalakkan penyerapan.
• Folic Acid TIDAK boleh diambil bersama susu/kafein/alkohol/teh kerana faktor penyerapan yang kurang (teh/kopi ada bahan perencat polifenol dan tannin yang menghalang penyerapan).
• Ambil SEBIJI sehari.
• Ambil folic acid 2jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Pengambilan folic acid yang berlebihan boleh menyebabkan ;
- Abdominal Cramp
- Diarrhea
- Gangguan tidur
- Loya
- Rashes


B-Complex Shaklee menawarkan keseimbangan yang sihat dan lengkap dengan kesemua lapan vitamin B untuk mengukuhkan badan anda.

Menyediakan kuantiti besar asid folik dan biotin yang baik untuk badan yang sihat.



Sebenarnya tidak salah berikhtiar. Doa juga salah satu ikhtiar bukan. Bersedekah, banyak menghulur dan berbuat baik dengan anak yatim juga salah satu ikhtiar serta usaha bagi mendapatkan doa dari mereka. Mana tahu, dengan doa dari anak-anak yang tidak beribu dan bapa ini, kita akan dimurahkan rezeki pula.


Tuesday, 15 August 2017

Kenapa Perlu Beristighfar ?




Kenapa perlu Istighfar? 


Barangkali kita akan berasa pelik. Istighfar hanyalah lafaz zikir yang mudah diungkap. Sebenarnya Allah menjanjikan jalan keluar daripada kegelapan dengan istighfar.


Hal ini pernah dijelaskan oleh al-Imam Hassan al-Basri.

Seseorang telah mengadu tentang kemarau yang menimpanya. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Datang lagi mengadu dirinya dihimpit kemiskinan. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Datang lagi pengadu meminta doa supaya Allah memberikannya anak. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Datang lagi pengadu tentang kebunnya kekeringan. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Ada yang bertanya kepadanya, “Beberapa orang mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua Istighfar?”

Al-Imam Hasan al-Basri menjelaskan, “Ini bukan pendapatku. Inilah yang Nabi Nuh a.s sebut.

Lalu al-imam Hassan al-Basri membaca firman Allah S.W.T atas lisan Nabi Nuh a.s ini:

“Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh 71:10-12)

Inilah janji Allah S.W.T dengan Istighfar. Allah janjikan rezeki yang melimpah-limpah. Allah menjanjikan anak. Allah menjanjikan harta kekayaan. Ajaib sungguh Istighfar.

Lazimilah istighfar. Sedang Nabi Muhammad yang maksum melafazkan Istigfar sebanyak 100 kali sehari!

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jika insan si pendosa timbul keinginan perasaan untuk melafazkan istighfar, itu tandanya Allah sayang dia. Allah membuka jalan menuju kepada cinta Illahi.

Jika diberikan ilham untuk istighfar, rebutlah peluang ini. Alangkah beruntungnya kita, wahai sahabat. Kita diberi nikmat Islam. Selepas Islam, kita diberikan cahaya bernama istighfar. Alangkah beruntungnya kita.

Allah sayangkan kita. Tidak mengapa jika ungkapan ini masih belum melekat di jantung hati sepenuhnya. InsyaAllah, suatu hari nanti, lafaz akan mengubah peribadi kita menjadi yang lebih baik. Jalan ke pangkuan Allah terlalu luas. Seluas-luas pintu di dalam Islam adalah pintu taubat.

Jom kita amalkan...

Kasihannya Tengok Anak Sembelit

Salam Sejahtera


Memang kasihan kan bila tengok anak cuba nak meneran membuang sampai nangis-nangis kesakitan.

Bila tiap kali situasi itu kembali si anak dah fobia dah.  Nak meneran jadi takut.Maka lebih rela menyimpan untuk beberapa hari.

Ingat lagi Iman pun pernah alami camtu jugak. Sampaikan terpaksa cucuk bontot tiap Kali nak membuang. Nangis tu tak payah cerita la memang selalu sangat. 

Dan bila ada yang berkongsi pasal anak susah membuang mesti saya akan kongsi pengalaman saya.

Situasi kawan saya nie lagi teruk sampaikan ada satu hari, puas anak meneran nak membuang sampaikan terkeluar salur yang keluar najis..  Punya la takut dia cepat dia masukkan semula..

Pada mulanya dia sangka anaknya perlu tukar susu jenama lain. Bila dia cerita terus saya mintak dia rutinkan Meal Shake untuk anaknya.



BAGAIMANA MEAL SHAKE MEMBANTU MASALAH SEMBELIT ?

Kandungan serat di dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita. 

Serat ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang kolesterol berlebihan!
Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis, 

Serat akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (kira tak sembelit). Di sinilah pentingnya anak kita  minum banyaK air

Akhirnya, serat di dalam Meal Shakes akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan mudah

Sanggup ke mak2 tengok anak nangis bila anak susah nak membuang?tak sanggup kan?

Untuk pertanyaan berkaitan produk atau pembelia,  boleh la segera hubungi saya


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan












Monday, 14 August 2017

Adakah GDM Merbahaya ??

Salam Sejahtera



Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?

Ya, Terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran.

Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi.

Jelas, diabetes adalah sgt merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil.

Jika anda sedang mengalaminya.  Apa cadangan supplimen Shaklee yang boleh membantu?

👉Vitalea – mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan

👉B-complex – Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga

👉Vitamin C – memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

👉Ostematrix – membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin

👉ESP – sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.

Amalkan la permakanan yang sihat semasa hamil. Pastikan semua keperluan bayi diambil secara kosisten. 



Saturday, 12 August 2017

Asid Lemak Terbaik Dari Omega Guard

Salam Sejahtera..





Kenapa saya bagi tajuk nie. Asid lemak terbaik dari Omega Guard...sebabbbb..

Jemput la korang tambah ilmu sikit berkaitan Omega Guard nie

Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x  ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

Kaedah mengekstrak minyak ikan iaitu kaedah penyulingan tekanan tinggi, biasa digunakan oleh kebanyakan kilang masa kini. Kaedah ini boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan. 
          
Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Omega Guard dihasilkan oleh melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak 
omega-3 paling tulen  dan paling semulajadi.

Kaedah ini berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl  - sejenis bahan kimia  industri yang sangat toksik)

Omega Guard mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang akan membuatkan anda rasa sangat rugi jika tidak mengambilnya sebagai suplemen harian anda. Berikut saya senaraikan tugas Omega Guard untuk membaiki taraf kesihatan anda.







Friday, 11 August 2017

Alfalfa Ransang Susu Cepat

Salam Sejahtera



Alfalfa Complex ransang susu cepat!

Mesti semua ibu- ibu yang tengah menyusu syok sangat kalau stok susu bertambah. Mood menyusu pun tak kelaut kalau habis ja sesi pertama mengepam untuk sesi kedua stok susu dah ready dah .

Pengalaman sendiri la yang mengamalkannya. Paling rutin 4 kali sehari saya mulakan sesi simpan stok tapi kadang- kadang sampai 5 kali sesi. Setiap sesi pasti menghasilkan 4@5oz stok susu.

Nie cerita bila saya jadikan Alfalfa Complex supplemen rutin setiap setiap hari. Proses penyusuan jadi semakin mudah sangat-sangat.


Bagaimana Alfalfa Complex membantu sebagai milk booster?

Alfalfa adalah milk booster yang telah digunakan sekian lama di benua Amerika. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah yang tidak boleh dicapai oleh tumbuhan lain.

Alfalfa kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri dari protein,dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa Complex:

  • Kalsium – membina tulang dan gigi, membantu dalam kecergasan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf, membantu darah membeku.
  • Kalium – untuk saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim, dan untuk mencerna lemak.
  • Zat Besi – diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, digunakan untuk mengangkut oksigen dalam darah
  • Fosforus – perlu untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan vitamin D dan kalsium. Meningkatkan peranan tisu saraf
  • Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, menghalang pembekuan darah, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut
  • Silikon Magnesium – membantu menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi fungsi kulit, merangsang funsi otak.
  • Klorin (klorida) – sebagai elektrolit penting untuk membersih dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji dalam badan.


Bagi ibu - ibu yang tengah dalam proses penyusuan dan ingin supplemen bagi melancarkan lagi proses penyusuan, Alfalfa Complex pilihan bijak.

Boleh dapatkan terus dari saya jika ada ibu-ibu yang berhajat untuk mencubanya. Saya sendiri sedang memgamalkanya untuk anak yang ketiga..Alhamdulillah sangat berpuas hati.






Pengedar Shaklee Alor Setar Sedia Membantu

Salam Sejahtera..




Alhamdulillah.. Rasanya tahun nie la yang paling sibuk sangat. Sejak Pengedar kawasan dah mula menampakan hasilnya.

Disebalik kejauhan tinggalnya ,saya tetap manfaatkan dengan sebaik - baiknya.

Kalau dulu ramai yang kenal saya sebagai pengedar Shaklee bagi kawasan Paka, Dungun dan Kerteh. Tapi sekarang saya lebarkan lagi ke negeri kedah pulak .Negeri asal saya.

Untuk kawasan baru nie saya serahkan kepada adik saya untuk uruskan.

Kepada yang berada di Kedah area Alor Setar , Jitra dan Anak Bukit yang memerlukan supplemen untuk kesihatan boleh la mendapatkanya.Pengedar Shaklee Alor Setar sedia membantu

Alhamdulillah. Jika anda tercari- cari pengedar aktif Shaklee , usah risau kami sedia membantu memenuhi keperluaan kesihatan anda .Anda hanya perlu hubungi saya dan maklum vitamin apa yang anda perlukan.

Apa yang mudahnya, anda tak perlu lagi nak memandu jauh untuk dapatkan vitamin. Insya Allah penghantaran kami lakukan mengikut keselesaan anda.

Bila anda membeli dengan kami . Jaminannya, kami akan beri harga yang terbaik dan jugak kosultansi pengambilan vitamin yang betul dan kami juga akan pantau pengambilan anda dari mula membeli sehingga anda berpuas hati dengan keberkesanan produk tersebut.

Disini saya pamerkan senarai stok yang saya ada setakat nie . Boleh la anda membuat pilihan vitamin mana yang anda perlukan .


Esp Soy Protien
Meal Shake
Vitamin C
Vitamin E
B Complex
Gla Complex
Vitalea Multivitamin
Vitalea For Kids
Ostematrik
Herbalax
Garlic Complex
Alfalfa Complex
Lecithin
Cream Herbal
Peppermint Ginger Plus
Omega Guard
Basic H
Dish Wash


Dah untuk mereka yang  ingin jana income sampingan dengan Shaklee boleh sangat-sangat. Hanya daftar serendah rm69 sahaja.  

Bagi anda yang ingin mendapatkan vitamin untuk kesihatan .. Boleh la segera hubungi saya.. Insya Allah penghantaran terus ke rumah anda.



Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Alor Setar, Anak Bukit dan Jitra .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Monday, 7 August 2017

Sehari 20 oz Dengan Set Milk Boster

Salam Sejahtera.



Kalau kita anggap penyusuan sesuatu yang menyeronokan pasti prosesnya akan berjalan lancar walaupun ada cabarannya.

Alhamdulillah syukur sangat, walaupun penyusuan kali ini memerlukan saya melakukannya secara jarak jauh. Setiap minggu perlu menghantar stok.

Sehari 20 oz dengan Set Milk Booster, Agak- agak korang kuantiti macam tu banyak ka sikit ya. Pada saya ia kuantiti yang cukup untuk anak yang baru menjangkau usia  4 bulan. 

       Cukup 30 botol hasil dari seminggu kumpul

Dengan Set Milk Booster prosesnya menjadi sangat mudah dan menyeronokan. Santai- santai proses mengepam, sedar- sedar dah 5oz. Saya rutinkan 4@5 sesi mengepam setiap hari.

Set Milk Booster adalah set supplimen yang terdiri daripada Esp , Ostematrix dan Alfalfa Complex . Walaupun setnya sangat la simple tapi kesannya sangat memuaskan ,lagi - lagi  bagi seorang ibu yang bekerja seperti saya. Bila tengok hasilnya yang sangat -sangat meriah. Sangat berpuas hati mengamalkanya tiap kali rutin menyusu.

Fungsi Set ini membantu meransang susu dengan cepat dah jugak dapat memghasilkan susu yang lebih pekat. Selain bantu lancarkan penyusuan si ibu juga dapat manfaatnya dari segi penjagaan kesihatan, badan makin cergas, kulit cantik dan sihat, juga bantu si ibu kekalkan berat badan  yang ideal.

Supplimen hanya membantu tapi siibu jugak perlu kosisten pengambilan dan kerapkan sesi mengepam @ menyusukan anak setiap hari. Baru la tahap pemgeluaran makin bertambah setiap hari.

Macam saya walaupun baby jauh tapi tetap mantain mengepam sebab kalu kita faham istilah ada permintaan pasti ada pengeluaran maka mudah la penyusuan kita berjalan lancar.

Nie saya cerita kebaikan setiap Vitamin dalam Set Milk Booster.




SET MILK BOOSTER PALING HOT

Apa yang best sgt Milkbooster Shaklee ni? Ha, set ni dah byk membantu ibu-ibu untuk memperbanyakkan susu. Tapi yg paling bestnya, set ni ada kelebihan lain seperti:
.
★★Kelebihan ESP★★
-Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
-Parut di muka jadi pudar
-Tenaga berpanjangan pagi ke malam
-Kurang letih
-Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak turunkan berat badan
-Sistem perlindungan badan semakin bagus
-Mengawal paras kolestrol
-Menyokong kesihatan jantung dan prostat
-Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
-Mengurangkan alergik
.
★★Kelebihan Alfafa★★
-Sistem penghadaman lebih baik
-Mengawal kolestrol dalam darah
-Membuang toksik dalam badan
-Mengurangkan masalah gastrik
-Membantu merawat keputihan
-Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
-Mengurangkan asthma
-Memberi kesan 'Kacip Fatimah'
-Meningkatkan kesuburan
-Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!
.
★★Kelebihan Ostematrix★★
-Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
-Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
-Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
-Membantu mengurangkan sakit belakang atau sakit-sakit sendi
-Membantu melegakan sembelit
-Membantu mengatasi migrain
-Membantu masalah buasir
.
Ada tak ibu menyusu yg inginkan susu yg melimpah ruah? Ada tak yg badan lesu, tak bermaya, sembelit, sakit pinggang? Mari nak suggest Set Milkbooster ni utk korang. 

Untuk detail maklumat korang boleh terus wassap aya 
www.wasap.my/60195434395




Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan