Thursday, 20 July 2017

Susu Kekal Membeku Walaupun Perjalanan Jauh

Salam Sejahtera



Sejak menjadi ibu susu nie semua ilmu - ilmu penyusuan dulu kena hadam balik semua. Lagi - lagi bab penyimpanan susu.

Bagaimana nak susu kekal membeku walaupun perjalanan jauh?

Susu ibu kalau sudah dibekukan apabila cair tidak boleh dibekukan semula. Mesti habiskan terus susu tersebut.

Ingat dulu masa fayyadh , tuan yang disusu ada di kedah dan ibu susunya ada di terengganu. Kalau orang lain confirm tak full BF dah. Tapi saya time tu dah nekad dah Fayyadh mesti minum susu ibu jugak macam mana pun.

Bila dah jarak yang memisahkan maka terpaksa saya hantar stok susu saya 2 minggu sekali menggunakan khidmat bas express.

Pemulaan penghantaran sampai susu dah mula nak cair dah. Lepas tu barula saya mula cari idea bagaimana nak kekalkan susu ibu dalam keadaan beku.

Maka mula la saya cuba tips nie.

1.  Pastikan susu ibu betul - betul membeku.
2. Guna tong kabus untuk simpan semua susu bila perjalanan jauh
3. Pastikan guna ais yang dibuat sendiri untuk ketahanan @ ais cube yang ketul besar
4. Sebungkus garam diperlukan untuk ditabur ke atas ais supaya dapat bantu melambatkan proses pencairan ais.

Hasilnya bila saya cuba tips nie. Susu sampai masih membeku cantik tanpa sedikit cair pun. 

Selama 5 bulan saya rutin 2 minggu sekali kirim susu begitu la saya amalkan. Memang membantu proses penyusuan penuh saya berjalan lancar.

Untuk baby ketiga nie pun saya kena berjauhan lagi dan rutin yang jugak la saya akan buat.

Alhamdulillah .walaupun anak jauh stok susu saya tak kurang . Makin hari makin bertambah.
Dengan Set Milk Boster Shaklee semua mudah. Sehari mesti dapat kumpul 8 botol. 

Ok kepada ibu- ibu kat sana yang masih menyusu tapi perlu berjauhan boleh cuba tips nie, pada yang susu kurang pun boleh cuba Set Penyusuan Shaklee. 

Ingat satu saja bila kita nak keperluan anak2 dipenuhi secukupnya pasti Allah permudahkan segala jalanya..






Reactions:

0 comments:

Post a Comment