Bila bersalin anak, kulit pun akan bersalin jugak, perubahan demi perubahan yang akan dialami oleh seorang ibu. Bertabahlah menghadapinya.
Bagaimana nak pulih kembali kulit selepas bersalin?? Pasti ramai yang nak tahu kan..
Lazimnya semasa dalam proses pemulihan diri, para ibu akan menjalani rawatan tradisional selama 44 hari dengan pelbagai pantang larang supaya memastikan tubuh badan luar dan dalam kembali segar dan bertenaga.
Selain mandi bunga, berurut, bertungku dan memakai bengkung, anda juga boleh melakukan rawatan untuk memulihkan kembali kulit agar kembali tegang, tiada kesan regangan, kendur dan tanda kehitaman pada anggota badan anda.
a)Minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E
Masalah yang ‘popular’ yang dialami oleh para ibu ialah tanda regangan (stretchmark) dan kulit kendur pada bahagian perut, punggung dan paha boleh dikurangkan dengan rawatan urut dan bertungku (tradisional).
Malah anda juga boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal.
b)Set penjagaan muka
Bagi masalah jeragat pada kulit muka pula boleh diatasi dengan penggunaan krim pelindung matahari dan mengelak sinaran cahaya matahari seperti menggunakan topi besar atau payung.
Jika tidak menyusukan anak, jeragat boleh dirawat dengan penggunaan penjagaan muka yang diikuti dengan rawatan peeling.
Ibu yang menyusukan anak, set penjagaan muka yang mengandungi vitamin C dan penggunaan krim pelindung matahari boleh membantu.
Garis hitam pada perut atau linea nigra tidak perlu dirawat kerana akan hilang dengan sendiri. Garisan ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering.
Seterusnya masalah bagi kulit yang mengakibatkan kawasan gelap di bahagian leher, ketiak dan alat sulit juga akan hilang dengan sendiri.
Seterusnya masalah bagi kulit yang mengakibatkan kawasan gelap di bahagian leher, ketiak dan alat sulit juga akan hilang dengan sendiri.
c)Pemakanan
Menyentuh mengenai pemakanan pula, anda harus mengamalkan pemakanan seimbang dan berzat, lebih protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kurangkan makan makanan manis, berkalori tinggi dan makanan yang telah diproses. Lebihkan pengambilan air dan elakkan minuman berkarbonat atau berkafeina.
Senaman perlu untuk kesihatan dan detox melalui pengeluaran peluh. Amalkan senaman dua hingga tiga kali seminggu. Jika tidak berkesempatan, lakukan sauna untuk 30 minit untuk mengeluarkan toksin dari badan.
Amalkan vitamin C untuk membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen untuk kulit yang anjal.
Untuk bahagian C nie ramai yang memilih rangkaian vitamin Shaklee sebagai alternatif penyembuhan kulit.
Vitamin Shaklee selamat untuk kegunaan semua dan sangat membantu mengembalikan kulit anda seperti sedia kala.

Nie set yang selalu disyorkan untuk mereka yang mengembalikan kecantikan kulit. Untuk para ibu yang sedang mengalami masalah kulit lepas bersalin boleh la mengamalkannya.
0 comments:
Post a Comment