Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 8 July 2017

7 Fakta Susu Ibu Kiri Dan Kanan

Salam Sejahtera 



Pernah tak korang dengar " kalau menyusu bayi tu bagi la dua belah, kiri itu nasi dan kanan itu air. Kalau beri dua - dua baru la perhadaman bayi ok dan proses pertumbuhannya berjalan lancar.

Saya pun perasan sendiri sejak menyusukan bayi saya. Jika saya lebihkan sebelah kanan mesti perhadamannya tak lancar. Tapi kalau saya menyusukan kedua - dua belah berselang seli pasti selepas menyusu akan mula proses pembuangan.

Sebenarnya ada fakta disebalik semua itu. Rasa terpanggil nak berkongsi dengan ibu - ibu yang sedang menyusukan anak. Terdapat 7 fakta berkaitan  susu ibu kiri dan kanan . Setiap bahagian mempunyai fungsi yang tersendiri.

Fakta pertama

Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.

Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan.

Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).




Fakta kedua

Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susu nya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.


Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan kedalam susu.

Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong.Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.

Fakta Ketiga

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.

Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau.Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.

Fakta Keempat

Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protin dan vitamin.
Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.
Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.
Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi

Fakta Kelima

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).

Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya.
Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.

Fakta keenam

Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.

Fakta ke tujuh

Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.

Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:


  1. Najisnya kehijauan dan sedikit keras.
  2. Bayi kerap menangis kerana kembung perut.
  3. Terdapat darah pada najis bayi.
  4. Pertambahan berat bayi yang tidak elok.
  5. Bayi kerap muntah.
  6. Ruam lampin (kerana najis yang berasid).
  7. Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.















0 comments:

Post a Comment