Monday, 31 July 2017

Beruntungnya Mengamalkan Vitamin C

Salam Sejahtera

Beruntungnya mengamalkan Vitamin C nie.. Kenapa ya??? Apa yang beruntung sangat tu..

Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kite tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita C. Macammana boleh ada 'sustained release' gitu, ini tak lain tak bukan untuk kite mendapat manfaat Vitamin C itu secara maksima, jadi kuranglah pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)

So Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren🍊

Setiap satu jam 1.5 biji oren 🍊 bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan diusus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Canggihhh...

Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex berfungsi meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan melegakan inflamasi menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

Jom kite tengok 👀 ape yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee ni :-

✔Membentuk Kolagen

⭕Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C.. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya   mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

✔Mengurangkan Simptom Pendarahan

⭕Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

✔Meningkatkan Sistem Imun Badan

⭕Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

✔Menguatkan sistem imun

✔Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

✔Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan jangkitan paru-paru.

✔Memerangi Kanser

⭕Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  

✔Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser

✔Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

✔Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok               sebelum ianya menyerang sel-sel kita.

✔Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung dan artritis

✔Mencantikkan Kulit

⭕Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  

✔Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

📝Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.

✔Mengurangkan Insomnia

⭕Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 

✔Tekanan

⭕Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

✔Mengekalkan Kolestrol Sihat

⭕Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri🍓, tomato🍅, brokoli🌳, kentang🍠 dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua🌱, betik, mangga, tembikai🍉, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi🍇, nenas🍍 dan labu🍈.

Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.

Ha camne? Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, huhu... secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.

Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengesyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.

Jika mahu rasai bertapa beruntungnya mengamalkan Vitamin C nie kena la dapat sebotol hari ini.

Penjimatan untuk 6 bulan penggunaan taw.. Boleh la hubungi hana segera untuk membelinya...

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, 30 July 2017

Cerita Doa Murah Rezeki

Salam Sejahtera


Cerita doa murah rezeki nie la yang paling terkesan sekali bagi saya. Memang banyak lagi doa murah rezeki . Tapi yang nie banyak saya nampak orang kongsi .

Selalunya saya hanya baca  ja doa nie bila nampak kat wall Fb kawan- kawan, tak rasa nak jadikan rutin harian.

Tapi hari nie rasa terpanggil nak mengamalkanya. Apabila doa nie terkeluar dari mulut Iman dan Fayyadh .

Mula saya tak perasan lagi tapi bila tanya diorang dan mintak diorang sebut berkali2 baru la dapat tangkap doa nie yang diorang baca..

Kata diorang ustazah suruh baca banyak kali macam zikir. Alhamdulillah bagusnya.

Memang sebelum ini kalau zikir- zikir mudah diorang ingat. Balik sekolah mesti sebut - sebut dalam kereta.

Bila dengar diorang sebut terus saya bagi tahu nie doa untuk murahkan rezeki..pastu kaitkan dengan impian diorang nak...

Paling membanggakan diorang sebelum nie cuti 3 bulan sebab saya bersalin. Bila naik sekolah minggu pertama pakat demam..minggu kedua ja dapat ikuti kelas sepenuhnya.

Doa nie kira pembelajaran diorang selepas cuti . Boleh dikira sel otak masih lagi berhubung la kan walaupun bercuti 3 bulan.

Alhamdulillah.. Walaupun tak banyak diorang belajar tapi cukup untuk bekalan diorang akan datang.

Bila diorang dah mula jadikan zikir ini sebagai sebutan sedikit sebanyak menambahkan lagi semangat saya untuk lebih mengamalkanya.. Kelebihan zikir ini pun besar hikmahnya.. 

Satu pembelajaran baru untuk saya dan anak- anak. Betul la kata pepatah ..anak- anak nie cermin kita. Bagaimana kita mendidiknya begitu la terbentuknya..









Saturday, 29 July 2017

Kenapa Harus Memilih Set Bersalin Shaklee?

Salam Sejahtera


Sebelum bersalin perkara yang perlu kita siap sedia selain barangan baby semestinya persiapan untuk kesihatan kita lepas bersalin.

Yang nie la paling mustahak sekali. Proses bersalin satu keadaan yang seluruh tubuh kita mengalami kesakitan dalaman dan perlu dirawat segera selepas bersalin.

Rawatan selepas bersalin la yang penting untuk kita kembali sihat dan boleh menguruskan anak-anak dengan sebaiknya.

Jangan ambil mudah penjagaan selepas bersalin. Untuk elak dari risiko masalah pada masa akan datang dari segi kesihatan penjagaan dalaman yang lengkap sangat la diperlukan.

Saya ketiga-tiga anak saya pilih Set Bersalin Shaklee untuk penjagaan yang lengkap sepanjang tempoh berpantang.

Paling saya suka Set Bersalin Shaklee nie sebab lepas bersalin boleh terus amal dah. Tak perlu nak tunggu berminggu baru nak rawat .

Set Bersalin Shaklee adalah terdiri daripada supplemen-supplemen semulajadi yang selamat.

Setiap Set Bersalin Shaklee dapat bertahan sehingga 2 hingga 4 bulan dan boleh disambung makan walaupun sudah tamat waktu berpantang.

Harga Set Bersalin Shaklee sangat berbaloi-baloi. Selain dapat bertahan untuk jangka masa yang lama, set ini juga sangat baik untuk kesihatan optima ibu dan bayi.

1) OsteMatrix - Untuk bekalan kalsium kepada ibu dan bayi dan menggantikan kehilangan kalsium dan magnesium yang hilang semasa proses kelahiran.

2) ESP - Merangsangkan pertumbuhan fizikal dan mental daripada ibu kepada bayi. Juga memulihkan luka-luka semasa bersalin.

3) Alfalfa Complex - Melancarkan penyusuan dan bertindak sebagai serat kepada tubuh.

4) Sustained Release Vita-C (Vitamin C) - Meningkatkan kekuatan imun tubuh dan mencantikkan kulit.

5) Vitalea Iron- Mengandungi pelbagai vitamin untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu yang baru bersalin

Boleh lihat testimoni yang memilih Set Bersalin Shaklee sebagai rawatan sepanjang tempoh berpantang.





Jika anda ingin mencuba sendiri Set Bersalin Shaklee sendiri dan alami perubahan sepanjang tempoh berpantang, segeralah hubungi saya.

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Thursday, 27 July 2017

Berpuas Hati Dengan Set Penyusuan

Salam Sejahtera



Rasa nak kongsi jugak dengan korang semua. Bila kembali jadi ibu menyusu nie macam-.macam la pengalaman yang kena lalui semula. Tak mengapa semua itu sesuatu yang menyeronokan.

Bila dah jadi ibu menyusu nie, cerita penyusuan la paling digemari sekali. Alhamdulillah sejak saya jadi ibu menyusu kepada 3 orang anak, rezeki untuk diorang membesar hingga 2 tahun dipermudahkan.

Untuk yang kali ke 3 nie la saya rasa sangat-sangat berpuas hati dengan set penyusuan yang saya telah amal sejak 5 tahun lagi.

Walaupun cabaran anak ke 3 nie sama macam fayyadh dulu iaitu terpaksa penyusuan jarak jauh, tapi sikit pun tidak kurangkan semangat untuk beri yang terbaik untuk diorang.

Saya sangat berpuat hati dengan set penyusuan , prosesnya sangat- sanga memudahkan saya. Insya Allah esok saya akak poskan stok saya selama seminggu untuk anak saya dikampung. Target saya nak cukupkan 30 botol 1 minggu dipermudahkan.

Apa yang saya amal ? Kebiasaan kalau jadi ibu menyusu nie vitamin yang mesti saya amal tak lain tak bukan mesti Esp , Alfalfa dan Ostematrix. Nie adalah Set Milk Boster yang boleh menghasikan pengeluaran yang berganda.

Ingat lagi masa mula amal dulu. Sangat syok bila berjaya kumpul stok penuh peti sejuk. Bila ada yang tanya bagaimana, terujanya saya nak berkongsi dengan kawan-kawan kesanya. Ditambah pulak respon kawan- kawan yang amal pun camtu jugak lagi la .

Untuk kali nie saya kosisten rutin mengepam 4 @ kali sehari.sekali proses 5 oz mesti tak menghampakan hasilnya. Walaupun dalam kesibukan rutin harian tahap pengeluaran mantain berpuas hati. Keseluruhan dalam sehari saya dapat kumpul  4 @b5 botol untuk bekalan anak di ikampung

Kalau nak kata set penyusuan nie satu alternatif sahaja itu betul sangat. Supplimen membantu tubuh badan berfungsi dengan baik. Pengambilan air secara teratur juga mempengaruhi proses berjalan lancar.

Selain target saya tercapai untuk penyusuan. Set Penyusuan ini juga bertidak pemberi tenaga sepanjang hari. Dan jugak bantu proses perhadaman berjalan lancar. 

Manfaat lebih lagi saya dapat iaitu berjaya kurangkan berat badan dengan Set Penyusuan nie. Set penyusuan ini jugak dapat memgawal pengambillan makanan secara sihat tanpa perlu berlapar bagai.

Ramai yang kenali Set Penyusuan sebagai Set Milk Boster iaitu mampu meransang pengeluaran susu ibu dengan cepat. Maksudnya bila ada permintaan susu dapat dihasilkan dengan cepat.

Saya dah berpuas hati dengan Set Penyusuan ini sebab 5 tahun saya dah amal secara kosisten. Bagi ibu - ibu yang ada masalah penyusuan saya cadangkan bertukar la kepada Set Milk Boster Shaklee. Insya Allah proses penyusuan anda akan lebih menyeřonokkan.

Sekali Cuba Pasti Tak Tukar Yang Lain..Itu lah gambarannya bila kita dah berpuas hati sesuatu produk Shaklee memang tak menghampakan...








Wednesday, 26 July 2017

4 Tips Kulit Lebih Sihat

Salam Sejahtera



Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa kedutan. 

Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. 

Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar. 

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat. 

Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.

Pertama, minum air secukupnya.

Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah  kekurangan air didalam badan. 

Disamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap.

 Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering.

 Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. 

Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. 

Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

 Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.


Kedua, perlindungan dari cahaya matahari

Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting. 

Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. 

Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol. 

Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. 

Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya.


Ketiga,  makan lemak sihat

Ikan amat kaya dengan omega 3. Makanan yang kaya dengan omega 3  boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. 

Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut. 

Pengambilan pil suplemen omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli  omega 3 yang lain. 

Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan.

Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.

Keempat, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.

 Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit.

Pengambilan pil suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita.

 Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh  membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari. 

Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. 

Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.

Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan  yang secukupnya  disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang

Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.


Sunday, 23 July 2017

Pulih Kembali Kulit Anda Selepas Bersalin

Salam sejahtera


Bila bersalin anak, kulit pun akan bersalin jugak, perubahan demi perubahan yang akan dialami oleh seorang ibu. Bertabahlah menghadapinya.

Bagaimana nak pulih kembali kulit selepas bersalin?? Pasti ramai yang nak tahu kan..

Lazimnya semasa dalam proses pemulihan diri, para ibu akan menjalani rawatan tradisional selama 44 hari dengan pelbagai pantang larang supaya memastikan tubuh badan luar dan dalam kembali segar dan bertenaga.

Selain mandi bunga, berurut, bertungku dan memakai bengkung, anda juga boleh melakukan rawatan untuk memulihkan kembali kulit agar kembali tegang, tiada kesan regangan, kendur dan tanda kehitaman pada anggota badan anda.

a)Minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E
Masalah yang ‘popular’ yang dialami oleh para ibu ialah tanda regangan (stretchmark) dan kulit kendur pada bahagian perut, punggung dan paha boleh dikurangkan dengan rawatan urut dan bertungku (tradisional). 

Malah anda juga boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal.

b)Set penjagaan muka
Bagi masalah jeragat pada kulit muka pula boleh diatasi dengan penggunaan krim pelindung matahari dan mengelak sinaran cahaya matahari seperti menggunakan topi besar atau payung. 
Jika tidak menyusukan anak, jeragat boleh dirawat dengan penggunaan penjagaan muka yang diikuti dengan rawatan peeling. 

Ibu yang menyusukan anak, set penjagaan muka yang mengandungi vitamin C dan penggunaan krim pelindung matahari boleh membantu.

Garis hitam pada perut atau linea nigra tidak perlu dirawat kerana akan hilang dengan sendiri. Garisan ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering. 

Seterusnya masalah bagi kulit yang mengakibatkan kawasan gelap di bahagian leher, ketiak dan alat sulit juga akan hilang dengan sendiri.

c)Pemakanan
Menyentuh mengenai pemakanan pula, anda harus mengamalkan pemakanan seimbang dan berzat, lebih protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kurangkan makan makanan manis, berkalori tinggi dan makanan yang telah diproses. Lebihkan pengambilan air dan elakkan minuman berkarbonat atau berkafeina. 

Senaman perlu untuk kesihatan dan detox melalui pengeluaran peluh. Amalkan senaman dua hingga tiga kali seminggu. Jika tidak berkesempatan, lakukan sauna untuk 30 minit untuk mengeluarkan toksin dari badan. 

Amalkan vitamin C untuk membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen untuk kulit yang anjal.

Untuk bahagian C nie ramai yang memilih rangkaian vitamin Shaklee sebagai alternatif penyembuhan kulit.

Vitamin Shaklee selamat untuk kegunaan semua dan sangat membantu mengembalikan kulit anda seperti sedia kala. 



Nie set yang selalu disyorkan untuk mereka yang mengembalikan kecantikan kulit. Untuk para ibu yang sedang mengalami masalah kulit lepas bersalin boleh la mengamalkannya.





Friday, 21 July 2017

Set Milk Boster Terbaik Pengalaman Sendiri Amalkan

Salam Sejahtera




Kalau ada yang tanya saya bagaimana saya boleh kumpul stok susu banyak walaupun terpaksa berjauhan dengan anak.

Jawapannya saya kerapkan rutin pam setiap hari dan saya juga disupport oleh Set Milk Boster terbaik dari Shaklee.

Terbaik ke Set Milk Boster Shaklee tu..ya memang terbaik la. Pengalaman saya lalui dengan anak- anak sebelum ini sangat la membantu.

Apa produk dalam Set Milk Boster Shaklee tu. Ok untuk set itu ada 3 jenis vitamin sahaja. Tapi impak dia sangat la cepat tindakbalas dalam menghasilkan susu.

Dengan penggunaan Set Milk Boster secara kosisten juga bukan sahaja meriahkan susu ibu malah juga bantu ibu lebih bertenaga dan sihat setiap hari.

Selain cepat hasilkan susu yang lagi meriah. Set nie jugak mudah diambil setiap hari. Awal pagi saya mulai dengan Esp sebagai menu sarapan wajib setiap hari. Alfalfa saya ambil tiap kali lepas makan dannn Ostematrix malam paling ok pengambilannya iaitu sebelum tidur.

Ok pengalamam saya sebagai pengguna dah anda semua tahu. Sekarang korang boleh tengok dan baca sendiri Testimoni penguna lain yang sudah mencuba Set Milk Boster Shaklee nie






Kepada ibu2 yang tak berapa rancak dalam penyusuan boleh segera dapatkan set ini untuk penyusuan penuh. Insya Allah boleh bantu meriahkan lagi pengeluaran susu. Kesihatan baby yang menyusu pun makin meningkat baik

Jika ibu- ibu nak dapatkan Set Milk Boster nie boleh hubungi saya terus ya..


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan










Thursday, 20 July 2017

Susu Kekal Membeku Walaupun Perjalanan Jauh

Salam Sejahtera



Sejak menjadi ibu susu nie semua ilmu - ilmu penyusuan dulu kena hadam balik semua. Lagi - lagi bab penyimpanan susu.

Bagaimana nak susu kekal membeku walaupun perjalanan jauh?

Susu ibu kalau sudah dibekukan apabila cair tidak boleh dibekukan semula. Mesti habiskan terus susu tersebut.

Ingat dulu masa fayyadh , tuan yang disusu ada di kedah dan ibu susunya ada di terengganu. Kalau orang lain confirm tak full BF dah. Tapi saya time tu dah nekad dah Fayyadh mesti minum susu ibu jugak macam mana pun.

Bila dah jarak yang memisahkan maka terpaksa saya hantar stok susu saya 2 minggu sekali menggunakan khidmat bas express.

Pemulaan penghantaran sampai susu dah mula nak cair dah. Lepas tu barula saya mula cari idea bagaimana nak kekalkan susu ibu dalam keadaan beku.

Maka mula la saya cuba tips nie.

1.  Pastikan susu ibu betul - betul membeku.
2. Guna tong kabus untuk simpan semua susu bila perjalanan jauh
3. Pastikan guna ais yang dibuat sendiri untuk ketahanan @ ais cube yang ketul besar
4. Sebungkus garam diperlukan untuk ditabur ke atas ais supaya dapat bantu melambatkan proses pencairan ais.

Hasilnya bila saya cuba tips nie. Susu sampai masih membeku cantik tanpa sedikit cair pun. 

Selama 5 bulan saya rutin 2 minggu sekali kirim susu begitu la saya amalkan. Memang membantu proses penyusuan penuh saya berjalan lancar.

Untuk baby ketiga nie pun saya kena berjauhan lagi dan rutin yang jugak la saya akan buat.

Alhamdulillah .walaupun anak jauh stok susu saya tak kurang . Makin hari makin bertambah.
Dengan Set Milk Boster Shaklee semua mudah. Sehari mesti dapat kumpul 8 botol. 

Ok kepada ibu- ibu kat sana yang masih menyusu tapi perlu berjauhan boleh cuba tips nie, pada yang susu kurang pun boleh cuba Set Penyusuan Shaklee. 

Ingat satu saja bila kita nak keperluan anak2 dipenuhi secukupnya pasti Allah permudahkan segala jalanya..






Thursday, 13 July 2017

Bibir Kering Punca Air Kurang Atau Sebaliknya

Salam Sejahtera





Punca sebenar bibir kering bukan kerana kurang minum air masak sebenarnya..

Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air.


Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink

Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe

3. Penyakit mata : Kurang vitamin A

Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerana itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi

Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namun juga bisa membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium

Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D

Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.