Salam Sejahtera
Bersyukur kita tahun nie berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Bulan ganjaran berlipat ganda dari Allah untuk hambanya.
Ramadhan adalah bulan tarbiah diri untuk jadi lebih baik. Semua mengharapkan Ramadhan kali nie lebih baik dari sebelum ini.
Tapi kita kena tahu dan faham tiga tunjang asas bulan Ramadhan.Tiga tunjang asas yang perlu kita lakukan iaitu sebelum, semasa dan selepas Ramadan.
Tiga elemen ini memainkan peranan yang amat penting bagi mencapai target supaya ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan diterima serta mendapat redha Allah SWT. InshaAllah, dengan niat ikhlas untuk mencari redha Allah.
Sebelum Ramadan
1. Berdoa
Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat.
Antara doa yang dituntut ialah:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa ballighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
2. Qada’ / Ganti puasa
Ini merupakan perkara wajib yang perlu anda lakukan. Bab ini tak perlu hurai panjang-panjang kerana anda dah tinggal puasa jadi kena ganti balik. Jangan tak ganti pula.
3. Rencanakan target Ramadan
Setiap tahun saya akan rencanakan apa target saya pada tahun ini. Sebagai contoh, saya nak khatam Al-Quran serta maksudnya sekali, bersedekah, tarawih nak buat 23 rakaat dan sebagainya.
Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil sekeping kertas A4 atau paling mudah guna aplikasi dalam smartphone anda. Senaraikan kesemua target anda untuk Ramadan tahun ini.
Biarlah target anda bersesuaian dengan kemampuan anda. Apa guna kalau kita ada target yang banyak tetapi satu pun tidak tercapai.
Semasa Ramadan
1. Checklist Mutaba’ah Amal
Saya sarankan supaya anda dapatkan template Mutaba’ah Amal. Sekarang ini mudah sahaja, anda perlu ‘google’ sahaja. Nah, banyak template yang boleh anda download. Checklist ini merupakan catatan ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan.
Dengan catatan ini kita boleh tahu ibadah mana yang kita lebih dan kurang kita lakukan. Oleh hal demikian, ianya boleh ditingkatkan pada bulan seterusnya hingga ketemu kembali bulan Ramadan akan datang.
2. Banyakkan amalan sunat
Bulan Ramadan merupakan bulan yang dilipat gandakan pahala amalan seseorang. Oleh itu, ambil peluang dan ruang ini bagi meningkatkan ibadah kita. Di sini saya nyatakan amalan sunat yang perlu anda banyakkan, antaranya:
- Taddarus Al-Quran
- Solat Tarawih
- I’tikaf
- Berzikir
- Bersedekah
3. Qiamullai serta bertaubat
Banyakkan solat malam dan memohon ampun kepada Allah SWT. Hal ini kerana ada satu malam ianya lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.
Antara hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya, “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.”
Dalam masa yang sama kita disarankan membaca doa ini:
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.” Maksudnya, “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”
4. Bayar zakat fitrah
Diberitakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya, “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah (pada bulan Ramadhan) untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perkataan yang keji dan buruk, (yang dilakukan ketika berpuasa) dan untuk menjadikan makanan bagi orang-orang yang miskin.” (Riwayat Ibnu Majah)
Pastikan ahli keluarga anda bayar zakat. Jangan tidak bayar pula.
Selepas Ramadan
1. Muhasabah Diri
Muhasabah merupakan sifat hamba Allah yang bertaqwa. Kita merenung kembali diri kita sepajang bulan Ramadan, adakah kita telah beri yang terbaik atau sebaliknya.
Dengan muhasabah, kita dapat melihat dosa-dosa serta maksiat yang telah kita lakukan.
Semoga dengan muhasabah kita dapat menjadi hamba yang bertaqwa. Amin.
2. Istiqamah
Walaupun bulan Ramadan sudah berlalu, jangan kita tinggal segala amalan di bulan Ramadan malah tingkatkan lagi amal ibadah kita. Teruskan istiqamah melakukan puasa sunat yang lain seperti puasa 6 hari Syawal serta puasa Isnin dan Khamis.
******
Semoga segala perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada semua. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Selamat Berpuasa.
0 comments:
Post a Comment