CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 20 June 2017

Nikmatnya Bersahur Dengan Esp

Salam Sejahtera..


Ramadhan berbaki 5 hari saja lagi sebelum kita sama - sama sambut Syawal pulak. Bagaimana Ramadhan korang tahun nie. Ada kelainan tak?? 

Tahun nie saya sempat berpuasa 2 minggu sahaja sebab baru habis pantang. Tapi walaupun tak sepenuhnya cukup 1 bulan tetap puas hati sangat- sangat.

Alhamdulillah target saya tahun nie kalau berpuasa nak bersahur dengan Esp sahaja. Kalau sebelum nie mesti dengan nasi . Nak rasa kelainan sikit dari rutin biasa.

Yess. Saya berjaya jugak.. Sejak mula saya puasa saya dan sampai la hari nie Esp la menu utama saya waktu sahur..

Kesannya sangat la luar biasa.. Bayangkan la.. Saya dah la full menyusu baby , menguruskan lagi 2 orang anak yang aktif dan sentiasa sibuk dengan rutin rumah hari- hari. Tapi still bertenaga, sikit pun tak rasa lapar @ letih sangat ka. 

Badan segar dari siang sampai malam. Baby kecik pun mantain kuat menyusu macam biasa.
Nie apa yang saya rasai setelah mencuba dalam seminggu 

Saya dah rasai sendiri nikmatnya bersahur dengan Esp. Sekarang saya nak kongsi feedback orang lain pulak yang mengamalkan Esp.




 

















Ramai tahu kebaikan mengamalkan Esp bukan sahaja untuk lancarkan rutin beepuasa malah juga bantu pulihkan kesihatan ketahap lebih baik. Esp juga sesuai untuk pelbagai golongan.

Esp protien soya sangat diperlukan untuk bantu pulihkan sel-sel dal badan dan seterusnya bantu tubuh badan berfungsi dengan baik.

Bagi yang belum pernah mencubanya boleh la mencuba segera. Penyediannya yang mudah dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa tersendiri.

Anda boleh dapatkan segera dari saya...



Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI




  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




Monday, 19 June 2017

Vitamin Untuk Balik Raya

Salam Sejahtera. 



Alhamdulillah.. Syukur tahun nie kita berkesempatan merasai bulan Ramadhan yang penuh barakah dengan kesihatan yang terbaik

Berbaki lagi seminggu lebih untuk kita sambut Syawal pulak. Wahhhh..syok kan semua nak raya. 

Mesti semua pakat sibuk dah buat persiapan nak sambut raya. Shoping Complex pun dah sesak dah lagi-lagi hujung minggu. 

Bila nak raya semua nak kena siap awal-awal , kalau tak kalut nanti. Untuk yang perantauan lagi la kena prepare rapi sebab perlu mengharungi perjalanan jauh  kan

Walaupun semua persiapan nampak dah siap tapi kita sering lupa untuk sediakan  Supplimen Untuk  Balik  Raya.  Yang nie pun penting untuk pastikan semua family kita berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik. 

Sejak terjebak dengan Shaklee saya akan pastikan semua supplimen dibawa bersama.. Sebab...bila balik raya je, akan ada masalah2 macam ni:

- Perut mudah masuk angin, maklumlah bila raya makan macam2 tapi perut jenis alah.. teh, pulut, kerepek ubi, pastu kenyang dengan biskut raya je. Memang mengundang perut sebu.

- Terkena gigit nyamukkk...anak2 pulak jenis kulit mudah alah.. dari bintat gigitan nyamuk boleh jadi kudis pulak.

- Risiko mudah kena selesema/batuk sebab terjangkit, yela dah ramai2 berkumpul kan..

- Kerap sembelit..mungkin sebab diet tetibe bertukar rupa.. daripada puasa tetibe masuk segala macam makanan..mana tak terkejut usus.

- Badan mula keletihan sebab sepanjang hari beraya kan. Kalau bukan melayan tetamu datang rumah, kita pulak yang bertandang ke rumah orang sana-sini.

Bagaimana  nak atasi masalah-masalah tersebut

Aha ni ada vitamin, mineral dan herba untuk atasi masalah-masalah di atas.

1. Vitalea – Multivitamin penting untuk korang kekalkan tenaga dan supaya tidak layu dan lemah masa nak beraya nanti.

2. Peppermint Ginger - Percayalah, korang mesti sangat perlukan nanti. Perut mudah sebu bila masa raya nanti kan. PPG ni akan buangkan angin dari perut. Nanti boleh share dengan saudara mara, mesti diorang pun kena nasib yang sama 😅

3. Herblax - khas untuk yang ada masalah sembelit/ sukar memerut kalau tukar tempat tinggal 😅 memang ada yang macam ni kan?

4. Nutriferon - Bila berkumpul ramai-ramai ni, kemungkinan nak selsema batuk tu tinggi, jadi kita buat protection siap-siap tau. Telan #nutriferon ni sehari satu untuk tingkatkan sistem imun badan.

5. Herbal Blend - Ini krim herbal terbaik untuk kurangkan rasa gatal, sapu tempat kena gigit nyamuk, ruam-ruam kecil dan sapu luka kecil. Wajib ada dalam handbag saya niehl sejak mula  test benda ni 😄

Ingat nanti musim raya, jangan makan berlebihan. Jaga dan kawal pemakanan kita yang telah kita latih sepanjang bulan puasa ni. InsyaAllah, kesihatan kita terjaga dan lebih baik.

Bagi yang belum cukup persiapan untuk supplimen balik kampung raya nanti, nie saya tunjuk cadangan supplemen yang perlukan..




Boleh segera hubungi saya untuk dapatkan


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI




  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




Friday, 16 June 2017

Atasi Kulit Kusam Dengan Vitamin E

Salam Sejahtera 



Cerita pasal Vitamin E pulak la. Dua hari nie syok pulak bermasker dengan Vitamin E.  Saya picit 2 biji terus ratakan kat kulit wajah. 

Sejak mengandung lagi kulit saya naik jerawat. Bila dah pulih tinggal la parut yang paling tak syok tiap kali tengok cermin. 

Yang paling tak best sekali makin kusam la pulak kulit bila jerawat dah hilang. Tu la yang cuba bermasker dengan Vitamin E. 

Bila dah cuba not bad jugak resultnya. Kulit dah makin lain.  Parut- parut dah makin pudar. Makin cerah la pulak. 

Maka timbul la idea nak kongsi dengan korang semua bagaimana nak atasi kulit kusam dengan Vitamin E. 

Sebenarnya Vitamin E boleh diambil dengan melalui makan. Tapi juga boleh dibuat masker untuk kulit wajah sebelum tidur.. 

Disebalik Vitamin E terkandung kebaikan yang boleh bantu atasi kulit kusam anda

Kebaikan Vitamin E shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang memang tinggi antioksidanya. Ia sgt sesuai untuk mereka yang ada masalah seperti :

✔Kulit kusam
✔jerawat
✔parut
✔berminyak

Lagi manfaat Vitamin E

✔Vitamin penting untuk kecantikan kulit
✔Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida, 
✔menyerikan wajah yang kusam.
✔Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit 
✔Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
✔Mempercepatkan proses pemulihan kulit, bagus untuk mereka yang mengalami kulit yang kering
✔Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
✔Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit, menghilangkan parut-parut, mengecilkan pori-pori muka
✔Awet muda







Kalau kulit anda tergolong dalam golongan di atas, jom dapatkan Vitamin E shaklee utk atasi masalah tersebut.

Kadang2 produk luaran berkesan untuk luaran, dalaman kita tak tahu lagi macam mana.Tapi dengan Vitamin E shaklee boleh merawat kulit secara dalaman dan luaran secara tak langsung.




Wednesday, 14 June 2017

Kata-kata Ibarat Satu Doa

Salam Sejahtera



Alhamdulillah. Anda dah ucap syukur atau belum atas pinjaman nafas untuk hari ini? Anda dah ucap syukur atau belum atas pinjaman kesihatan dan rezeki hari ini?

Ucap dan lafazkan syukur anda kerana ia akan menarik lebih banyak lagi rezeki pada anda.

Kata-kata ibarat satu doa. Lagi banyak kali anda ulang, lagi tinggi peluang makbul. Doa itulah kata-kata yang anda pinta. Jadi kenapa bazirkan peluang makbul doa dengan ucapan kata-kata yang tidak enak?

Ingat dulu orang tua tua pesan jangan panggil orang lain dengan kata yang buruk. Jangan panggil nama yang tak elok. Sebab bila disebut berulang kali, ia akan jadi buruk.

Ingat lagi pesan seorang guru. Kalau kita nakkan sesuatu, kita cakap dan doa banyak kali. Supaya Allah dengar. Supaya Dia makbulkan. Dan supaya minda kita terprogram untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. Selalu ucap syukur bila dapat sesuatu dan syukur juga jika tak dapat kerana Allah itu tahu apa yang baik untuk hambanya.

Jika anda sering kata “Aku tak mampu. Aku tak ada duit.” Hari-hari anda ucap, hari-hari anda sebut, itulah yang akan anda dapat. Minda anda akan down. Aura anda akan negatif. Dan sudahnya memang anda dapat apa yang anda minta itu, tak mampu dan tak berduit.

Kenapa tak anda tukar frasa tadi dengan “Aku mampu. Aku boleh. Aku kaya.” Dan ulang berkali-kali sehari. Ulang dan ulang. Anda akan dapati ia menjadi kenyataan sedikit demi sedikit. Tak percaya? Cuba. Cuba saja. Tak rugi cuba benda baik.

Kenapa harus kata yang baik-baik? Kita tak tahu bila waktu dan detik sebenar kata-kata kita mustajab dan didoakan malaikat. Anda tahu? Tidak bukan. Anda cuma diberitahu keadaan atau possibility saja. Jadi kenapa biarkan waktu berharga dengan perkataan yang bukan-bukan?

Dulu di zaman kanak-kanak, mak ayah selalu larang, jangan cakap ‘bodoh’, ‘sial’, ‘tak guna’ dan macam-macam lagi. Sebab bukan saja kerana kata-kata itu doa, tapi kata-kata juga cerminan jiwa dan akhlak diri. Kata-kata anda sangat berkuasa membentuk dan menentukan siapa diri anda.

Kata-kata yang diulang akan diset oleh minda. Diprogram dan dihafal. Kalau pandai, pandailah. Kalau bodoh, kuranglah cerdiknya.

Kata-kata ibu bapa lagilah teramat besar darjatnya pada anak-anak. Jika anda sudah bergelar ibu bapa, awasi kata-kata anda. Jangan menyesal di kemudian hari. Ulanglah perkataan yang baik-baik jika berbicara dengan anak-anak. Emosi mereka, amat bergantung pada ucapan anda.

Jika anda masih punya ibu bapa, awasi juga tutur bicara. Sekali tersinggung hati mereka, merana hidup anda, bagaimana pula?

Bersama sahabat, guru, malah orang asing sekalipun, kata-kata anda seharusnya yang baik-baik saja. Jika pakaian litup, wajah tampan tapi perkataannya buruk, tetap juga buruk pada pandangan.

Pokoknya setiap kata yang terkeluar dari mulut kita harus dipilih dengan hati-hati. Fikir sebelum cakap. Fikir sebelum bertindak. Kata-kata itu satu doa yang melantun. Baik yang diucap, baik yang akan kembali.

Renung-renungkan.

Tuesday, 13 June 2017

Testimoni Set Kurus Shaklee

Salam Sejahtera


Ramai yang nak tahu betul berkesankah Set Kurus Shaklee nie. Saya dulu pun berpandangan macam tu jugak.

Sehingga la saya sendiri yang mengalaminya. Waktu saya gemuk tiap kali mengandung la. Masa tu berat saya paling berat dalam 75 kilo. 

 Masa anak pertama saya dah kenal shaklee tapi lepas bersalin baru saya mula amal banyak produk Shaklee.

Bila dah ambil kena kosisten makan la sebab nak tengok berkesan atau tidak Set Kurus Shaklee.  Tapi sungguh tak percaya.  Dulu nk mantain 60 kg pun susah. Tapi terasa mudah pulak berat meluncur turun.

Seingat saya, target paling tercapai dan berjaya dapat berat badan ideal adalah semasa lepas bersalin anak kedua iaitu 55 kg. Dengan bantuan Set Kurus Shaklee sepenuhnya. 







Nie antara testimoni Set Kurus Shaklee yang telah berjaya termasuk la saya..Set Kurus Shaklee juga boleh berfungsi sebagai Set Untuk Detoks. Iaitu membantu menyahkan segala toksik yang berlebihan yang memganggu proses penurunan berat badan.


Saya memilih Set Kurus Shaklee sebab prosesnya yang mudah dan selamat yang menekankan konsep bakar,buang dan bina . Suplimen yang saya pilih adalah Lecithin,  Alfalfa dan Esp soy protein. 

Bagi anda yang ada perancangan untuk kurangkan berat badan dengan selamat, boleh la memilih Set Kurus Shaklee.  Insya Allah boleh membantu..

Bagi yang ingin mendapatkan Set Kurus Shaklee boleh la menghubungi saya terus untuk maklumat lebih lanjut.


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI



  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan










Saturday, 10 June 2017

Tiga Tunjang Asas Ramadhan

 Salam Sejahtera



Bersyukur kita tahun nie berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Bulan ganjaran berlipat ganda  dari Allah untuk hambanya. 

Ramadhan adalah bulan tarbiah diri untuk jadi lebih baik. Semua mengharapkan Ramadhan kali nie lebih baik dari sebelum ini. 


Tapi kita kena tahu dan faham tiga tunjang asas bulan Ramadhan.Tiga tunjang asas yang perlu kita lakukan iaitu sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Tiga elemen ini memainkan peranan yang amat penting bagi mencapai target supaya ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan diterima serta mendapat redha Allah SWT. InshaAllah, dengan niat ikhlas untuk mencari redha Allah.

Sebelum Ramadan

1. Berdoa
Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat.
Antara doa yang dituntut ialah:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa ballighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
2. Qada’ / Ganti puasa
Ini merupakan perkara wajib yang perlu anda lakukan. Bab ini tak perlu hurai panjang-panjang kerana anda dah tinggal puasa jadi kena ganti balik. Jangan tak ganti pula.
3. Rencanakan target Ramadan
Setiap tahun saya akan rencanakan apa target saya pada tahun ini. Sebagai contoh, saya nak khatam Al-Quran serta maksudnya sekali, bersedekah, tarawih nak buat 23 rakaat dan sebagainya.
Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil sekeping kertas A4 atau paling mudah guna aplikasi dalam smartphone anda. Senaraikan kesemua target anda untuk Ramadan tahun ini.
Biarlah target anda bersesuaian dengan kemampuan anda. Apa guna kalau kita ada target yang banyak tetapi satu pun tidak tercapai.

Semasa Ramadan

1. Checklist Mutaba’ah Amal
Saya sarankan supaya anda dapatkan template Mutaba’ah Amal. Sekarang ini mudah sahaja, anda perlu ‘google’ sahaja. Nah, banyak template yang boleh anda download. Checklist ini merupakan catatan ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan.
Dengan catatan ini kita boleh tahu ibadah mana yang kita lebih dan kurang kita lakukan. Oleh hal demikian, ianya boleh ditingkatkan pada bulan seterusnya hingga ketemu kembali bulan Ramadan akan datang.
2. Banyakkan amalan sunat
Bulan Ramadan merupakan bulan yang dilipat gandakan pahala amalan seseorang. Oleh itu, ambil peluang dan ruang ini bagi meningkatkan ibadah kita. Di sini saya nyatakan amalan sunat yang perlu anda banyakkan, antaranya:
  1. Taddarus Al-Quran
  2. Solat Tarawih
  3. I’tikaf
  4. Berzikir
  5. Bersedekah
3. Qiamullai serta bertaubat
Banyakkan solat malam dan memohon ampun kepada Allah SWT. Hal ini kerana ada satu malam ianya lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.
Antara hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya, “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.”
Dalam masa yang sama kita disarankan membaca doa ini:
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.” Maksudnya, “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”
4. Bayar zakat fitrah
Diberitakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya, “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah (pada bulan Ramadhan) untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perkataan yang keji dan buruk, (yang dilakukan ketika berpuasa) dan untuk menjadikan makanan bagi orang-orang yang miskin.” (Riwayat Ibnu Majah)
Pastikan ahli keluarga anda bayar zakat. Jangan tidak bayar pula.

Selepas Ramadan

1. Muhasabah Diri
Muhasabah merupakan sifat hamba Allah yang bertaqwa. Kita merenung kembali diri kita sepajang bulan Ramadan, adakah kita telah beri yang terbaik atau sebaliknya.
Dengan muhasabah, kita dapat melihat dosa-dosa serta maksiat yang telah kita lakukan.
Semoga dengan muhasabah kita dapat menjadi hamba yang bertaqwa. Amin.
2. Istiqamah
Walaupun bulan Ramadan sudah berlalu, jangan kita tinggal segala amalan di bulan Ramadan malah tingkatkan lagi amal ibadah kita. Teruskan istiqamah melakukan puasa sunat yang lain seperti puasa 6 hari Syawal serta puasa Isnin dan Khamis.
******
Semoga segala perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada semua. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Selamat Berpuasa.

Tuesday, 6 June 2017

Misi Detoks Di Bulan Puasa

Salam Sejahtera




Wah..wah.. Dah masuk 11 Ramadhan sudah hari nie. Bagaimana perjalanan puasa korang tahun nie.. Ada tak yang puasa nie target nak kurangkan berat badan?? Apa kata jom kita plan misi detoks dibulan puasa nie.

Lazimnya bila berpuasa nie menu macam- macam yang akan terasa ditekak. Confirm kita dah tak ingat dah bila berbuka. Semua nak makan lebih.

Boleh makan banyak , tak salah pun ambil lebih, tapi kita kena pastikan apa kita makan tu cepat proses dan tak tersimpan lama dalam perut. Lagi elok mesti detoks cepat lepas makan.

Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan??? Sebenarnya lebihan toksin boleh jadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak.

 Akibatnya, kita diet nak turunkan berat tapi tak jadi-jadi. Risiko penyakit bila berat berlebihan pun menjadi-jadi seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

DETOKS dengan panduan yang betul adalah cara terbaik membuang lebihan toksin yang tersimpan di sel lemak dan membantu meningkatkan metabolisme kembali. Kalau detoks sendiri2 atau sekadar minum teh detoks tu saya tak jamin berjaya ya.

Untuk misi detoks dibulan puasa ni saya syorkan korang mula dengan Set Detoks Shaklee




Ini Set detoks paling asas. Permulaan Nak detoks korang start dengan 3 produk ini.

》Herblax bantu utk membuang lemak, kerak najis, hasilnya perut kempis

》Lecithin memecahkan lemak dari pemakanan kita seharian. hasilnya toksin keluar melalui peluh dan bantu kawal kolesterol

》Alfalfa bertindak membuang toksin dan kotoran yg menjadi punca badan letih,lesu dan sukar turun berat. Hasilnya akan kerap buang air (toksin keluar) dan badan ringan.

Dengan 3 item ini bukan sekadar detoks. Permulaan awal boleh nampak kulit tu start glowing, badan fresh, dan cerah!



http://www.hanasihat.com/2017/02/testimoni-set-detoks-shaklee.html?m=0

Bagi yang ingin mendapatkan Set Detoks Shaklee 
boleh la menghubungi saya terus untuk maklumat lebih lanjut.


www.wasap.my/60195434395

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI




  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan