Syukur Alhamdulillah. Tahun nie dapat juga merasa berpuasa dan menyusukan. Syukur. Dipanjangkan usia kita untuk menikmati lagi bulan ramadhan kali ini. Ibu menyusu ada beberapa tips nak saya kongsikan. Tips yang dah banyak diketahui pun dan dah banyak kali sudah saya kongsikan sebelum ini.
Kita yang menyusukan ini, keletihan kelesuan ketika berpuasa bukanlah kerana kurang makan tapi kebanyakkan kerana kita kurang air dalam badan. Sememangnya kita yang menyusukan perlu minum air yang cukup.
1. Minum air di waktu malam, caranya letakkan air 1.5L di sebelah tempat tidur. Minumlah semasa susukan anak. Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5L hingga 2L. Kurangkan air bergula, air kelapa bagus untuk badan kita.
2. Lewatkan bersahur. Pilihlah makanan berkuah, yang kurang garam, yang kurang pedas. Makanan bergaram tinggI boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan.
3. Kurangkan caffeine. Elak lagi bagus. Sama saja macam garam. Boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan. Caffeine juga menganggu penyerapan khasiat ke dalam badan.
4. Ambillah kurma yang cukup. Kalau biasa 3 biji, puasa ni ambillah 7 biji. Saya memang ambil 15 biji buat jus minum semasa berbuka dan bersahur. Kita semua tahu, kurma banyak khasiatnya.
5. Elak berada diluar terlalu lama. Cuaca adakala hujan tapi bila panas akan percepatkan lagi badan kehilangan air.
6. Kekalkan jadual memerah bagi yang bekerja begitu juga bagi yang direct feeding, susukanlah anak seperti biasa. Jika ada tanda-tanda yang membolehkan memberi kesan kepada ibu atau bayi, terimalah hadiah dari Allah. Rukhsah.
7. Makanlah makanan yang sihat. Homemade food itu lebih baik. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan malah untuk up imun badan kita. Kurangkan pengambilan gula putih dan elaklah makanan yang diproses. Pengawet pewarna perasa melemahkan imun badan.
Sikit perkongsian pengalaman saya sendiri berpuasa sambil menyusu. Disebab saya memgamalkan Set Menyusu Shaklee, proses penyusuan saya berjalan lancar. Extra kebaikan saya dapat. Anak dapat menyusu sepenuhnya dan saya dapat berpuasa tanpa sebarang masalah.
Nie anak dah masuk 3 orang, semestinya rutin harian sepanjang berpuasa pun makin bertambah. Dengan Set Menyusu Shaklee boleh bantu saya kekal cergas dan aktif selalu.
Kepada ibu - ibu yang berpuasa dan memyusukan semoga dipermudahkan kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita semua diterima olehNya. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita. Aamin...
0 comments:
Post a Comment