Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Thursday, 6 April 2017

Tips Elak Mabuk Ketika Hamil

Salam Sejahtera




Walaupun saya tak pernah lalui situasi mabuk ketika hamil tapi pengalaman mabuk perjalanan ketika hamil anak pertama dulu pun sudah cukup buat saya turut rasai betapa mencabarnya.

Jika sehari saja mengalaminya tidak mengapa tapi kebanyakkan ibu - ibu yang mengalami mabuk ketika hamil paling lama sepanjang trismeter pertama. Tapi ada jugak yang awal -awal kehamilan sahaja.

Untuk ibu - ibu yang sedang dalam fasa kehamilan awal sedang mengalami masalah mabuk @ loya kehamilan, saya kongsikan sedikit tips untuk redakan dan seterusnya bantu pulihkan masalah mabuk ketika hamil.

1. Makan sedikit dan kerap kerana  perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

2. Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

3.Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda.Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

3. Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

4. Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

5. Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. 

6. Minum teh halia atau ambil pil Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

7. Pengambilan multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. 
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

8. Cuba terapi semula jadi seperti Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.


0 comments:

Post a Comment