Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 19 April 2017

5 Tanda Waktu Bersalin Semakin Dekat

Salam Sejahtera..



Rasa tak lama dah nak bersalin nie. Plan awal nak pergi check up sahaja tapi bila check terus suggest masuk wad.

Tapi saya ambil tindakan tunggu ada tanda- tanda baru nak pergi. Sekarang rehat kat rumah dulu.

Kalau nak bersalin nie selalunya ada simptom - simptom tertentu yang boleh kita tahu bahawa inilah masanya.

Tindakan awal tidak merugikan. Setidak-tidaknya kita berusaha untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini kepada kita dan bayi dalam kandungan. Lima tanda adalah seperti berikut;

1.Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. 

Air ketuban yang normal ialah jernih, tidak berbau dan bersih. Ia selalunya disertai dengan kontraksi dan nyeri pada paha, punggung dan perut. Mama perlu segera ke hospital.

2.Keluarnya air ketuban tanpa kontraksi dan rasa memulas. Ini menandakan bahawa mama mengalami ketuban pecah awal sebelum ada tanda-tanda persalinan muncul.

 Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

3.Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi.

4.Kontraksi dirasai secara teratur dengan jarak yang semakin pendek  iaitu kira-kira 3-5 minit sekali, dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.

5.Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal  yang dipanggil mucus plug pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks yang menyediakan keadaan untuk proses kelahiran. 

Pengeluaran darah dan lendir boleh terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Segera ke hospital sekiranya ibu  mengalami perdarahan yang teruk.

Sebelum semua tanda- tanda ini muncul. Persiapan barang mesti siap semua dah. Nanti tidak la kalut. 

Saya dah ready semua dah keperluan termasuklah Set Bersalin kesukaan saya tiap kali bersalin. Yang mesti bawak sekali . Sebab lepas bersalin dah boleh terus ambil tanpa menunggu lama..

Kepada yang menunggu masa kelahiran baby tak lama lagi , doa saya moga semuanya dipermudahkan...







0 comments:

Post a Comment