Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 23 April 2017

3 Asas Dalam Berniaga

Salam Sejahtera


Adat berniaga, penuh pancaroba. Dah buat macam-macam tapi masih langgar dinding? Usah kecewa. Kerana itu bukti kita sedang tekun berusaha.


Namun apakan daya, kita manusia biasa. Motivasi makin berkurang bila hasilnya terus menjunam. Adakah masih perlu diteruskan? Atau akur dengan kegagalan? Apa agaknya yang akan kita lakukan?

Ada beberapa langkah yang saya nak cadangkan:

Pertama, Muhasabah Semula. 

Adakah asas perniagaan kita memang pada dasarnya mampu bertahan lama? Contohnya kalau jual produk kesihatan, adakah ia dibuktikan dengan sains atau sekadar testimoni orang? Hanya jika benar-benar berasaskan sains kita yang jual pun lebih yakin, kan?

Kedua, Susun Semula. 

Jika asasnya begitu kuat kenapa kita bisnes kita belum berkembang pesat? Adakah sebab cara kita yang silap? Masihkah ada strategi & teknik yang tidak lengkap? Atau ekonomi semasa yang kurang ligat? Ada mentor? Minta tolong dia bagi nasihat.

Ketiga, Yakinkan Semula. 

Jika sudah lakukan kedua-dua di atas, yakinkan diri sendiri yang kita juga boleh buat. Inilah gunanya berada dalam kumpulan yang hebat. Sama-sama saling mengingat. Seronok berjaya bersama kawan-kawan. Sebab, bosan kat atas tu sorang-sorang.

Kenapa ada perkataan SEMULA? Kerana, hanya sebab kita pernah lakukannya sebelum ini, tak bermakna kita boleh selesa "aku dah buat lama dah semua ni".

Lakukan 3 langkah ni, insyaAllah kejayaan akan datang. Lagi seronok kalau FRIENDS kita pun tahu benda ni. Dengan syarat, kita sama - sama berkongsi manfaat yang kita dapat.. 



0 comments:

Post a Comment