Wednesday, 26 April 2017

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Salam Sejahtera



Nampaknya hari nie macam dah nak sampai masa nak bersalin saja. Pagi tadi dah mula rasa contraction sikit -sikit. Pagi tadi pergi check klinik pun nurse cakap tak lama dah nie..

Nie sementara nak tunggu masanya tiba. Rasa nak kongsi ja dengan korang semua testimoni Set Bersalin Shaklee. Sebab nanti bersalin pun saya akan amal sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

Untuk makluman korang Set Bersalin Shaklee terdiri dari vitamin untuk rawatan dalaman secara total. Kan lepas saja bersalin dalaman akan mengalami luka dan kekurangan nutrisi. 

Dengan Set Bersalin Shaklee bantu merawat dalaman kembali pulih sepenuhnya. Luka cepat sembuh, rahim kecut dan sihat, kecutkan urat - urat yang mengembang semasa hamil.

Bila kita bersalin, mustahak bagi kita orang perempuan merawat sepenuhnya tubuh badan. Rawatan dalaman dan luaran mesti diambil berat untuk bantu tahap kesihatan kita bagi jangka panjang .

Penjagaan luaran pun mesti diambil kira juga taw.. Saya memang ambil berat. Kalau luaran saja dah siap sedia dengan bertungku,mandian daun -.daun, mengurut, dan berbarut.

Kalau luaran dan dalaman kita ambil berat semasa berpantang Insya Allah untuk kesihatan jangka panjang lebih terjamin..

Saya dah mengamalkan Set Bersalin Shaklee nie dari anak pertama lagi. Sekarang saya nak kongsikan untuk anda pula Testimoni pengguna lain yang telah mengamalkannya..

Testimoni 1:
                    
Testimoni 2.
        

Testimoni 3:

       

Bagi anda yang mahu merasai kelainan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee boleh la dapatkan segera.

Anda boleh hubungi saya terus untuk maklumat lebih lanjut.

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan





Monday, 24 April 2017

Muda Sebab Set Detoks

Salam Sejahtera..

Ada orang yang badan banyak TOKSIN ni, nampak LEBIH TUA dari usia atau berbanding kawan-kawan yang seusia disebabkan 'premature aging'. 

Makanan tak sihat memang buat orang nampak tua pun. Toksin seperti logam berat dan radikal bebas juga rupa-rupanya mempengaruhi faktor kelihatan tua (aging) ini, contohnya orang yang HISAP ROKOK atau terdedah pada pencemaran udara. Sel-sel menjadi tidak stabil akibat radikal bebas.

Apa yang kita makan tak sama dengan apa yang diserap dan dicerna tubuh akibat TOKSIN  !

Bila kita buat DETOKS di mana toksin ni berjaya dikeluarkan, badan menjadi lebih mudah menyerap nutrisi seperti antioksida dan vitamin dari sumber makanan dan supplemen. 

ANTIOKSIDA inilah yang akan membantu melawan radikal bebas dan oksidasi di dalam badan. Jadi kalau ambil vitamin antioksida A, C, E tapi masih tak cantik dan kelihatan muda juga, ha, silalah buat detoks!


Shaklee mempunyai beberapa set detox.

1. VIVIX

Yg pertama vivix la sebab vivix dipanggil anti oxidant iaitu pemusnah radikal bebas.
Radikal bebas ni yang merosakkan sel dalam tubuh kita sehingga menyebabkan penyakit dna kanser.

2. DTX

Detox agen kedua paling hebat adalah DTX

Dtx ni bertindak melalui hati. Dia cuci darah kita dari segala toksin yg kita dapat dari udara, pemakanan dan bahan kimia yg kita guna seharian.

Setiap orang ada lebih kurang 200 jenis toksin dalam badan akibat pencemaran.

So dtx ni selain detox, dia kuruskan badan sekali. Bila detox ni automatic kulit akan cantik dan badan sihat.

3. ALFAFA

Alfalfa: alfalfa ni jamu moden yang sesuai utk wanita sebab dia tingkatkan estroge kita bagi yang kurang. Maknanya kita makin awet muda, subur, pelihara organ wanita kita dan prevent cancer payudara dan rahim.

Selain sebagai agen detox.

Ke 4: HERBALAX

Bertindak di usus untuk bersihkan usus kita melalui berak. Pertama kali ambil, kita akan berak 3x sehari cirit dan buang habis-habisan.

Kesannya perut kempis, badan ringan, kulit makin cantik. Harga murah tapi effect memang power.

Ke-5 PEPPERMINT GINGER:

Detox melalui usus dengan buang angin, legakan perut yg kembung, buang najis yang keras dalam usus. Lebih kurang herbalax juga.

Lagi Testimoni telah membuktikan keberkesanan proses DETOKS menyebabkan tahap kesihatan makin baik dan tampak lebih muda dari usia..














Sunday, 23 April 2017

3 Asas Dalam Berniaga

Salam Sejahtera


Adat berniaga, penuh pancaroba. Dah buat macam-macam tapi masih langgar dinding? Usah kecewa. Kerana itu bukti kita sedang tekun berusaha.


Namun apakan daya, kita manusia biasa. Motivasi makin berkurang bila hasilnya terus menjunam. Adakah masih perlu diteruskan? Atau akur dengan kegagalan? Apa agaknya yang akan kita lakukan?

Ada beberapa langkah yang saya nak cadangkan:

Pertama, Muhasabah Semula. 

Adakah asas perniagaan kita memang pada dasarnya mampu bertahan lama? Contohnya kalau jual produk kesihatan, adakah ia dibuktikan dengan sains atau sekadar testimoni orang? Hanya jika benar-benar berasaskan sains kita yang jual pun lebih yakin, kan?

Kedua, Susun Semula. 

Jika asasnya begitu kuat kenapa kita bisnes kita belum berkembang pesat? Adakah sebab cara kita yang silap? Masihkah ada strategi & teknik yang tidak lengkap? Atau ekonomi semasa yang kurang ligat? Ada mentor? Minta tolong dia bagi nasihat.

Ketiga, Yakinkan Semula. 

Jika sudah lakukan kedua-dua di atas, yakinkan diri sendiri yang kita juga boleh buat. Inilah gunanya berada dalam kumpulan yang hebat. Sama-sama saling mengingat. Seronok berjaya bersama kawan-kawan. Sebab, bosan kat atas tu sorang-sorang.

Kenapa ada perkataan SEMULA? Kerana, hanya sebab kita pernah lakukannya sebelum ini, tak bermakna kita boleh selesa "aku dah buat lama dah semua ni".

Lakukan 3 langkah ni, insyaAllah kejayaan akan datang. Lagi seronok kalau FRIENDS kita pun tahu benda ni. Dengan syarat, kita sama - sama berkongsi manfaat yang kita dapat.. 



Saturday, 22 April 2017

Protein Bantu Kencing Manis

Salam Sejahtera


Semua orang tahu, orang kencing manis kena kawal makan tapi berapa ramai yang ikut aturan itu?.

Menurunkan berat badan antara cara menurunkan risiko kencing manis tapi perlulah dengan cara yang betul.

Protin tetap kena ambil diet macam mana pun terutama pesakit kencing manis. Protin la sumber nak bina semula kulit jika luka dan penting untuk pembinaan hormon.

Jadi wajib memilih protin yang berkualiti, betul2 dapat membantu pemulihan tapi dalam masa yang sama rendah gula, rendah lemak dan tidak menggemukkan. 





ESP atau Energizing Soy Protien ni adalah yang terbaik kerana ia protin tumbuhan dari kacang soya yang tidak membebankan buah pinggang untuk memprosesnya, rendah lemak dan FREE dari kolestrol. Baguskan?

Lagi bagus sebab ia rendah indeks glimeks, iaitu 39. Indeks glisemiks yang rendah menjadi tanda aras bahawa gula yang dibebaskan ke dalam darah dalam kadar perlahan. 

Sesuai sangatlah dengan pesakit kencing manis yang tak boleh gula banyak dan naik mendadak!

Untuk maklumat lebih detail berkaitan penyakit kencing manis..rujuk sini ya...

http://www.hanasihat.com/search/label/Set%20Kencing%20manis?m=0



Thursday, 20 April 2017

Jerawat Lama Lesap Terus

Salam Sejahtera


Alhamdulillah,setelah konsisten jerawat2 yang tumbuh akibat silap skincare dan hormon mampu dirawat! Untuk yang ingin merawat kulit, boleh ambil set duo terbaik Shaklee.





Basic ni adalah memang HOT SELLING SANGAT! Mana tak nya kekadang 3-5 set sehari dikebas customer 😂. Dan minggu lepas pasangan duo ni OUT OF STOCK kat Malaysia tau! Penangan hebat betul. Tapi sekarang dah ada balik 😝

Ni adalah supplement ASAS bagi yang nakkan kulit yang nak :
.
✅Kulit cantik
✅Rawat jerawat
✅Rawat parut
✅Bertenaga dan tak lesu
✅ Body slim
✅Parut berlubang dirawat

Mesti semua tahu kan yang protein ni memang bagus yang amat untuk kulit kan? Haa sebab tu la gabungan protein dan vitamin c memang combo terbaik untuk masalah kulit. 

Manfaat lain ESP membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

Esp juga memberi ton warna kulit yang sekata.Bagi yang selalu terdedah dengan keadaan cuaca yang panas.

Kebiasaannya apabila jerawat mula naik. Proses membaikpulih perlukan masa dan sering meninggalkan parut. Dengan kosisten pengambilan Esp juga dapat membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus.


Dari sudut lain Esp juga bertindak sebagai antioksida iaitu langkah pencegahan bagi masalah kesihatan lain. Boleh mencegah berlakunya masalah osteoporosis iaitu yang melibatkan kerapuhan tulang.


Paling terbaik jika mengamalkan Esp dapat membantu pembentukan sel-sel baru kerana sel perlukan protien untuk sihat dan bantu sistem badan berfungsi dengan baik.

Selain bantu untuk membaik pulih semula kulit wajah Esp juga sangat - sangat memberi kekenyangan, yang berpanjangan dan amat ssesuai untuk mereka yang ingin diet menguruskan badan.

Jika ada terdapat luka - luka dalaman selepas pembedahan boleh jugak amal Esp untuk mempercepatkan lagi pemulihan luka.

Kesihatan kulit dan rambut pun akan turut terjaga dengan kebaikan Esp ini.


Manfaat lain bagi Vitamin C Shaklee pula iaitu sangat baik untuk imunisasi dan daya tahan badan dan boleh mengurangkan simptom demam.

Bagi penjagaan kulit Vitamin C boleh bantu mengatasi masalah jerawat degil, jerawat pasir dan nasi serta membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung.

Vitamin Cjuga boleh membantu penghasilan kolagen dalam tubuh yang makin berkurangan akibat daripada pencemaran dan pertambahan usia.

Kebaikan Vitamin C untuk kulit memang sangat banyak. Itu sebabnya Vitamin C ini sangat laris dipasaran. Ramai yang dah dapat manfaatnya.Bantu kurangkan kesan "sunburn",menjadikan kulit lebih gebu,melembapkan kulit dari dalam , boleh mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

Dari sudut penjagaan lain Vitamin C boleh juga mengurangkan keguguran rambut,menghasilkan rambut yang lebat dan boleh mengelak daripada uban.

Manfaatnya 2 vitamin kita dah tahu kan. Memang tak rugi kalau kita amalkan sebagai rutin harian. Bukan hanya merawat masalah kulit malah boleh juga membantu kesihatan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan baik .

Bagi anda yang sedang mengalami masalah kulit berjerawat dan buntu untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk membaikpulih kembali agar bebas dari masalah kulit. Set Asas Kecantikan ini boleh membantu tanpa kesan sampingan berbanding dengan produk - produk penjagaan luaran yang lain.

Fokus rawatan lebih kepada dalaman terlebih dahulu. Sebab semua masalah kulit berpunca dari keadaan kesihatan dalaman. 

Insya Allah dengan pengambilan kosisten anda akan rasai sendiri perubahan pada kulit atau pada tahap kesihatan anda ..

Usah khuatir untuk mencuba.. Jaminan selamat digunakan dan berkesan memang Shaklee utamakan untuk setiap produk keluarannya. Kajian saintifik sudah membuktikan .

Untuk maklumat lebih jelas berkaitan produk. Boleh segera hubungi saya..


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




Wednesday, 19 April 2017

5 Tanda Waktu Bersalin Semakin Dekat

Salam Sejahtera..



Rasa tak lama dah nak bersalin nie. Plan awal nak pergi check up sahaja tapi bila check terus suggest masuk wad.

Tapi saya ambil tindakan tunggu ada tanda- tanda baru nak pergi. Sekarang rehat kat rumah dulu.

Kalau nak bersalin nie selalunya ada simptom - simptom tertentu yang boleh kita tahu bahawa inilah masanya.

Tindakan awal tidak merugikan. Setidak-tidaknya kita berusaha untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini kepada kita dan bayi dalam kandungan. Lima tanda adalah seperti berikut;

1.Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. 

Air ketuban yang normal ialah jernih, tidak berbau dan bersih. Ia selalunya disertai dengan kontraksi dan nyeri pada paha, punggung dan perut. Mama perlu segera ke hospital.

2.Keluarnya air ketuban tanpa kontraksi dan rasa memulas. Ini menandakan bahawa mama mengalami ketuban pecah awal sebelum ada tanda-tanda persalinan muncul.

 Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

3.Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi.

4.Kontraksi dirasai secara teratur dengan jarak yang semakin pendek  iaitu kira-kira 3-5 minit sekali, dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.

5.Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal  yang dipanggil mucus plug pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks yang menyediakan keadaan untuk proses kelahiran. 

Pengeluaran darah dan lendir boleh terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Segera ke hospital sekiranya ibu  mengalami perdarahan yang teruk.

Sebelum semua tanda- tanda ini muncul. Persiapan barang mesti siap semua dah. Nanti tidak la kalut. 

Saya dah ready semua dah keperluan termasuklah Set Bersalin kesukaan saya tiap kali bersalin. Yang mesti bawak sekali . Sebab lepas bersalin dah boleh terus ambil tanpa menunggu lama..

Kepada yang menunggu masa kelahiran baby tak lama lagi , doa saya moga semuanya dipermudahkan...







Monday, 17 April 2017

Senaman Untuk Mudahkan Bersalin.


Salam Sejahtera..




Semua ibu mengandung hendak mudah bersalin. Kata orang kalau hendak senang bersalin perlu lakukan banyak usaha. Selain mengamalkan petua pemakanan, ibu juga mesti rajin bersenam.

Ibu hamil pun boleh bersenam. Semuanya untuk mengekalkan kecergasan dan stamina sepanjang mengandung.

 Senaman dapat membantu otot-otot bersedia untuk proses kelahiran bayi kelak. Bagaimanapun senaman ibu hamil tidak sama seperti senaman ketika masih belum berbadan dua.

Ibu dilarang melakukan senaman yang berat dan pergerakan yang boleh menyebabkan bahaya kepada ibu dan janin dalam kandungan. Berikut adalah beberapa gerakan senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil.

1. Senaman lantai pelvik
Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Jadi anda akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah.

 Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.

2. Bertinggung
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit.

 Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

3. Berenang
Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil adalah berenang. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.

 Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

4. Berjalan kaki
Aktiviti berjalan boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin.

Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

5. Menaiki tangga
Senaman ini mungkin kurang diminati oleh ibu hamil tetapi faedahnya sangat baik untuk mereka.

 Bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga.

Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

6. Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Bagaimanapun elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan janin dalam kandungan.

Bagaimanapun sebelum memulakan senaman, rujuk kepada pakar terlebih dahulu dan bersenam mengikut kemampuan. Jangan lupa minum banyak air.

Friday, 14 April 2017

Kenapa Harus Memilih Set Bersalin Shaklee?

Salam Sejahtera




Nampaknya berbaki 2 minggu lagi sebelum bersalin..sebab kali kali nie dah rancang nak bersalin kat kampung dengan Set Bersalin Shaklee jugak kali nie. Masuk 3 kali tetap pilih set bersalin mudah nie

Tadi masa tengah sibuk-sibuk mengemas tadi sempat lagi jawab pertanyaan customer yang tengah cari Set Bersalin. Katanya nak belikan untuk anaknya.. 

Lalu  dengan pantas  terus cadangankan Set Bersalin Shaklee.Pengalaman berpantang dengan Set Bersalin Shaklee memang sangat luar biasa. 

Set Bersalin Shaklee tak berasaskan herba macam kebanyakan set bersalin lain. Tetapi lebih kepada vitamin yang sememangnya sangat diperlukan oleh tubuh..


Set Bersalin Shaklee adalah terdiri daripada supplemen-supplemen semulajadi yang selamat.

Setiap Set Bersalin Shaklee dapat bertahan sehingga 2 hingga 4 bulan dan boleh disambung makan walaupun sudah tamat waktu berpantang.


Harga Set Bersalin Shaklee sangat berbaloi-baloi. Selain dapat bertahan untuk jangka masa yang lama, set ini juga sangat baik untuk kesihatan optima ibu dan bayi.

1) OsteMatrix - Untuk bekalan kalsium kepada ibu dan bayi dan menggantikan kehilangan kalsium dan magnesium yang hilang semasa proses kelahiran.

2) ESP - Merangsangkan pertumbuhan fizikal
dan mental daripada ibu kepada bayi. Juga memulihkan luka-luka semasa bersalin.

3) Alfalfa Complex - Melancarkan penyusuan dan bertindak sebagai serat kepada tubuh.

4) Sustained Release Vita-C (Vitamin C) - Meningkatkan kekuatan imun tubuh dan mencantikkan kulit.

5) Vitalea Iron- Mengandungi pelbagai vitamin untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu yang baru bersalin



Antara Testimoni yang berpuashati...






Set Sersalin Shaklee pilihan bijak untuk mereka yang inginkan kelainan sepanjang berpantang.

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Paka , Kerteh dan juga Dungun .Pos Laju untuk yang diluar kawasan dan seluruh negeri di Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


  
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Monday, 10 April 2017

Vitamin Untuk Pulihkan Luka

Salam Sejahtera..



Hari nie terpanggil nak kongsi berkaitan vitamin untuk pulihkan luka. Agak - agak korang vitamin apa tu ya..

Kalau anda pengamal produk Shaklee mesti tahu salah satu produk yang boleh membantu pulihkan luka dengan cepat.

Ok untuk proses pemulihan luka, lebam@ bengkak- bengkak pada tubuh vitamin yang boleh membantu adalah Vitamin C .



Vitamin C memang diperlukan oleh tubuh setiap hari sebab tubuh badan kita tidak boleh hasilkan Vitamin C sendiri.

Vitamin C bertindak mengurangkan Simptom Pendarahan.Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

Itulah hakikatnya.

Dalam entri nie saya nak selit jugak satu lagi vitamin yang jugak boleh membantu memulihkan luka tak kisah la luka apa pun. Insya Allah boleh membantu.

Vitalea multivitamin ibaratkan macam stor segala vitamin sudah. Dalamnya terdapat 24 jenis lagi vitamin yang memang diperlukan oleh tubuh.




Kelebihan Vitalea dalam membantu memulihkan luka iaitu terdapatnya vitamin Zink  yang bertindak untuk perkasa sistem imun dan boleh percepat sembuhan luka.

Dan diibaratkan segala vitamin yang terdapat dalam sebotol Vitalea Multivitamin untuk topup segala vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Dalam sebotol Vitalea pun terdapat Vitamin C yang boleh membantu pemulihan luka dengan cepat.


Sebab tu la baru nie ada customer yang nak Vitamin untuk pulih luka selepas operate saya terus suggest ambil Vitamin C dan Vitalea Multivitamin. Sebab kebaikan 2 vitamin tu boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Jika anda memerlukan vitamin untuk pulihkan luka sama ada dalaman atau luaran . Vitamin C dan Vitalea Multivitamin sedia membantu










Thursday, 6 April 2017

Tips Elak Mabuk Ketika Hamil

Salam Sejahtera




Walaupun saya tak pernah lalui situasi mabuk ketika hamil tapi pengalaman mabuk perjalanan ketika hamil anak pertama dulu pun sudah cukup buat saya turut rasai betapa mencabarnya.

Jika sehari saja mengalaminya tidak mengapa tapi kebanyakkan ibu - ibu yang mengalami mabuk ketika hamil paling lama sepanjang trismeter pertama. Tapi ada jugak yang awal -awal kehamilan sahaja.

Untuk ibu - ibu yang sedang dalam fasa kehamilan awal sedang mengalami masalah mabuk @ loya kehamilan, saya kongsikan sedikit tips untuk redakan dan seterusnya bantu pulihkan masalah mabuk ketika hamil.

1. Makan sedikit dan kerap kerana  perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

2. Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

3.Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda.Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

3. Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

4. Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

5. Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. 

6. Minum teh halia atau ambil pil Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

7. Pengambilan multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. 
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

8. Cuba terapi semula jadi seperti Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.


Tuesday, 4 April 2017

Wanita , Anda Insan Hebat






Wanita dengan kerjaya hebat adalah perkara yang normal dapat kita lihat hari ini. 

Ramai rakan-rakan wanita yang menjawat jawatan besar dengan tanggungjawab yang berat.

Namun sangat saya kagumi, ramai di antara mereka ini masih meneruskan tugasan sebagai seorang isteri dan surirumah tangga. Sebelum keluar ke pejabat, mereka seawal pagi masuk ke dapur menyediakan hidangan.

Pulang dari tempat kerja pula, masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan makan malam. Usai memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah dan segala macam kerja yang perlu diselesaikan.

Walaupun mereka ini boleh dikategorikan sebagai super woman, ada beberapa kali mendengar keluhan mereka, akan tidur awal disebabkan keletihan di pejabat dan menguruskan rumah tangga.

Kasihan dengan wanita-wanita berjiwa besar ini.Semangat juang ingin memberikan yang terbaik membolehkan mereka meneruskan aktiviti seharian di rumah dan pejabat.

Bukan ingin menyalahkan suami, cuma tak semua suami pandai membuat kerja rumah, mereka menjalankan tanggungjawab dari sudut yang berbeza.

Tiap kali membaca atau mendengar keluhan daripada wanita bekerjaya yang hebat ini, saya terpanggil untuk menyelami lebih mendalam keperluan mereka.

Adakah mereka tidak cukup makan? tak sempat nak mengambil makanan seimbang?

Atau mungkin mereka tak cukup tidur.

Apabila ditanya, kebanyakan mereka menjaga semuanya dengan baik, bahkan sering tidur awal kerana kepenatan.

Bertemu dengan seorang yang seringkali memberi perkhidmatan konsultasi untuk tambahbaikan kehidupan, beliau menyatakan, antara punca wanita ini sering letih, adalah disebabkan tekanan yang dialami.

Tekanan ini disebabkan gaya hidup yang sibuk.

Beliau menyarankan untuk mengambil satu jenis campuran bahan yang akan memberikan impak positif terhadap hormon dan struktur badan wanita.

Nampak menarik campuran yang dicadangkan, beliau menyatakan, campuran tersebut telah membantu ramai wanita yang mempunyai gaya hidup sebegini, semoga dipermudahkan.

Campuran yang dimaksudkan itu adalah Vivix Shaklee Ramai wanita sudah mula mengemarinya.. Adakah anda pun mahu jadi salah seorang pengemarnya..