Kadang - kadang kita pun keliru nak memilih . Hari - hari ada sahaja produk baru dipasaran. Semua merujuk kepada supplimen untuk kesihatan .
Tapi bagaimana kita nak memilih produk yang betul- betul sesuai untuk kesihatan kita. Kriteria bagaimana yang boleh tentukan produk tersebut selamat dan berkesan.
Ini antara soalan-soalan yang perlu kita tahu sebelum membuat keputusan untuk consume supplimen
1. Adakah produk nutrisi yang anda ambil menjalani ujian kualiti ke bahan-bahan mereka?
Supplimen terbaik akan mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke setiap salah satu produk suppliment mereka
.
2. Adakah produk supplimen yang anda gunakan diperbuat daripada bahan semula jadi atau sintetik?
Produk yang berkualiti tinggi adalah yang mengandungi 100% bahan semula jadi
.
3. Adakah produk pemakanan mempunyai tarikh luput di cop pada botol?
Produk yang baik mempunyai cop tarikh luput pada botol
.
4. Adakah produk supplimen yang anda consume melepasi kelulusan "ujian air"?
Macam mana nak tahu lepas ke tidak ujian ini?ujian air di gunakan untuk memastikan kadar penyerapan berlaku dan tidak ada unsur pengikat tiruan dan pewarna.
Anda ambil pil sampel daripada produk supplimen dan letakkam dalam segelas air. Pil harus larut menjadi longgokan serbuk dalam tempoh 20 minit.
Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak akan dapat memecahkan dan menyerap produk tersebut. So boleh la cuba di rumah anda
.
5. Adakah pengeluar supplimen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk suppliment mereka?
Produk yang baik seharusnya mempunyai paling kurang 100 Juta setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji tahap keberkesanan produk
.
6. Adakah supplimen yang anda makan mempunyai ujian klinikal pada produk supplimen?
Supplimen yang berkualiti tinggi harus melakukan ujian klinikal ke atas produk. Sebaiknya ujian dilakukan oleh institusi luar supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah
.
7. Adakah pengilang supplimen menerbitkan penemuan klinikal test dalam jurna jurnal ulasan sains?
Pengeluar supplimen bukan sahaja perlu melakukan ujian klinikal test bahkan mereka perlu prove kan dalam bentuk jurnal. Supaya para saintis dan ahli sains boleh menilai
P/s: sebelum nak pilih sesuatu jenis supplimen, boleh kemukakan soalan ini supaya anda consume supplimen yang berkualiti tinggi 😊
0 comments:
Post a Comment