CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 25 March 2017

Tips Didik Anak Berdikari

Salam Sejahtera..



Nak kata pandai didik anak tidak la tapi saya memang tegas dengan anak - anak. Sejak dari anak sulung lagi saya cuba latih. 

Disebabkan anak sulung dan anak kedua saya jaraknya tak jauh. Seawal 3 tahun saya dah mula latih diorang berdikari. 

Kalau pemakanan saya kawal diorang dari makan makanan yang tak berkhasiat. Selalu terangkan kenapa tidak boleh makan. Sekarang nie diorang dah mula berdikari dalam membuat keputusan apa yang boleh dimakan.

Itu bab pemilihan makanan dan ada banyak lagi aspek kita boleh terapkan untuk anak - anak kita lebih berdikari.

5 tips untuk anda bagaimana nak didik anak berdikari ketika kecil. Insya Allah pasti membantu.

1. Jaga kesihatan anak
Anak yang sihat mampu untuk mengikut bimbingan dan didikan ibu ayah. Jadi ibu ayah perlu menyediakan segala keperluan khasiat anak untuk membesar sihat dan cergas. Apabila anak sihat, mudahlah mereka belajar berdikari dengan bimbingan daripada ibu dan ayah.

2. Ajar anak berkeyakinan
Anak yang dibesarkan dengan persekitaran positif akan membesar sebagai kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi. Sejak kecil galakkan anak membantu membuat kerja rumah. Biarpun pada awalnya tidak sempurna, berikan mereka pujian dan galakan.

Tugas-tugas mudah seperti mengemas katil, bilik, menyapu sampah dan sebagainya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka seterusnya anak menjadi lebih berdikari.

3. Mudah bergaul
Salah satu ciri anak berdikari adalah kemampuannya  mudah bergaul dengan  kawan-kawan sebaya. Ia menunjukkan mereka mampu untuk berdikari  mencari kawan baru tanpa perlu ‘melekat’ dengan ibu ayah jika berada di tempat baru.

4. Kreatif
Anak kreatif bukan sekadar hebat melukis, mewarna dan menulis tetapi lebih luas daripada itu di mana dia mampu menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi tanpa bantuan orang lain.

Ia bukan sifat semula jadi sejak lahir tetapi boleh dipupuk dan diajar sendiri oleh ibu dan ayah bagaimana menjadi anak yang kreatif dan mampu berfikir cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.

5. Berikan kebebasan
Kadangkala ibu dan ayah perlu memberi kebebasan kepada anak yang sedang membesar. Kebebasan bukan bermakna mencetuskan hura hara atau membiarkan anak tanpa pemantauan tetapi dalam bab membuat keputusan yang mudah.

Misalnya seperti memilih pakaian yang hendak dipakai, membuat pilihan menu makanan di restoran, membiarkan anak menguruskan keperluan dirinya. Secara tidak langsung ia menjadi salah satu cara mudah menggalakkan anak untuk lebih bertanggungjawab.

Biasanya anak yang berdikari mudah untuk mendapat kawan walaupun dia berada di tempat baru dan mereka akan membesar sebagai seorang yang berani cuba sesuatu yang baru serta tinggi keyakinan diri

Bak kata pepatah ..melentur buluh biar dari rebungnya.. 

Moga bermanfaat untuk semua..






Reactions:

0 comments:

Post a comment