Monday, 27 March 2017

Stabilkan Tekanan Darah Mak

Salam Sejahtera..




Sejak seminggu nie dapat berita dari adik dekat kampung maklum mak asyik pening - pening. Kerisauan dah mula terasa. Terasa nak cepat - cepat balik kampung



 Sebelum itu sudah ada ayah maklum yang diorang berdua ada pergi pemeriksaan kesihatan dan disahkan tekanan darah mak makin meningkat.



Tak pernah pulak mak alami macam tu. Sebelum ini sihat tanpa masalah kesihatan. Tapi sejak mak selalu letih dan tak cukup rehat sepenuhnya, tidur pun malam- malam asyik terjaga tidak lena pun menjadi faktor jugak tekanan darah mak tiba - tiba tak stabil.



Apabila tekanan darah mula tidak stabil maka mula la doktor syorkan mak mula kosisten ambil ubat dari sekarang. Tapi pada mak rasa tak perlu lagi dan mahu berikhtiar dengan cara lain dulu.




Untuk permulaan ini saya nak mak berikhtiar dengan vitamin shaklee dulu sebab sebelum ini pun mak ada ambil jugak vitamin tapi tak kosisten . Alhamdulillah mak lebih selesa dengan vitamin shaklee. Maka bermula la rawatan untuk darah tinggi mak dengan vitamin Shaklee


Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal,saya sediakan untuk mak ambil beberapa rangkaian vitamin Shaklee iaitu:

1) B-Complex

2) Omega Guard

3) OsteMatrix

4) Garlic

B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan datah tinggi selalu juga berpunca daripada stres dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf. 

Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.

Garlic atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment