Tuesday, 28 March 2017

Kenapa Alami Selesema

Salam sejahtera 




Selsema selalu dikaitkan dengan antibodi badan tidak kuat yang menyebabkan jangkitan salur pernafasan yang boleh memberi kesan terhadap salur hidung dan kerongkong.

Antara sebab selsema adalah alergic dengan sesuatu benda seperti habuk, asap, bulu binatang, hama, tidak tahan sejuk dan lain-lain. Bagi orang kena selsema ini, ia bermula dengan hidung gatal dan berair, diikuti dengan bersin dan hidung akan tersumbat.

Gejala orang selsema, mata mudah berair, sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan. Selsema berlarutan sehingga bermingguan akan menyebabkan sakit di bahagian dada, kesukaran bernafas dan ketidakselesaan badan.

Antara rawatan selesema selain pengambilan ubat-ubatan dan suplemen, kita boleh berkumur dengan air garam bagi membantu melegakan gejala-gejala hidung tersumbat dan sakit tekak.

Menyedut wap boleh membantu mengurangkan lubang hidung tersumbat dan membolehkan selsema mengalir dengan mudah.

Penggunaan krim methol pada rongga hidung seperti vicks dapat melegakan masalah hidung tersumbat selain ia boleh membantu melegakan rasa sakit kepala dan hidung.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment