Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 14 March 2017

Cabaran Kehamilan Ke 3

Salam Sejahtera


Sedar tak sedar dah nak masuk anak ke tiga dah. Maksudnya sudah 3 kali lalui proses kehamilan.

Kata orang lain anak lain cabarannya. Macam masa hamil anak pertama sibuk belajar. Semester akhir masa tu. Hari- hari berkejar dengan kelas. Alhamdulillah tak ada alahan langsung sepanjang kehamilan

Bila masuk anak kedua pun sama cabarannya. Pun dalam masa belajar jugak. Masa tu baru praktikal. Dapat sekolah yang makan masa 45 minit dari rumah . Cabaran hamil anak pertama dan anak kedua hampir sama. Cumanya yang membezakan adalah selepas bersalin.

Hanya 2 minggu untuk pulih dari sakit bersalin dan perlu kembali bertugas.Dengan tugasan last semester di maktab yang perlu dihabiskan. Kekuatan dalaman yang sangat- sangat diperlukan pada masa tu .

 Ditambah dengan support supplimen yang diambil, memang sangat membantu. Pulihkan kesakitan cepat dan kembalikan semula tenaga untuk habiskan pembelajaran.

 Dengan anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu. Tapi penyusuan penuh susu ibu tetap diberikan walau pun terpaksa pos stok susu mengunakan bas.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan

Sekarang masuk anak ketiga pulak . Lagi besar cabaranya taw.. Mula berjauhan dengan suami. Berdikari jaga anak 2 orang seorang diri. Tiba - tiba disahkan hamil anak ke tiga.

 Emosi terus berubah. Bukan apa ketakutan nak  menghadapinya , dengan anak 2 orang yang perlukan perhatian. Ditambah dengan yang dikandung. Perkataan berlegar masa tu..mampukah nak harungi keadaan ini.

Hari-hari yang penuh kesibukan , dari awal pagi hingga ke malam semua diuruskan seorang diri. Alhamdulillah syukur sangat dikurniakan anak - anak yang pandai berdikari. Mudah diurus dah tak banyak kerenah.

Untuk anak ketiga nie penjagaan kesihatan saya memang bergantung sepenuhnya kepada suplimen Shaklee . Sebabnya tanggungjawab saya makin besar dan komitmen saya pun lebih hari - hari.

 Saya perlu pastikan baby didalam kandungan sihat sepenuhnya dan dalam masa yang sama untuk 2 orang anak lagi yang perlukan pemerhatian . Jika saya tak ambil sebarang support suplimen mustahihil saya mampu uruskan semua itu.

Setiap hari cabaranya berbeza ,jadi saya perlu persiapkan diri dari segi kesihatan untuk kekal cergas dan dalam masa yang sama dapat menguruskan anak- anak dengan lancar.

Antara supplimen yang saya amal adalah Vitalea Multivitamin, Vitamin C ,B complex, Esp  dan Ostematrix.. Alhamdulillah walaupun sarat mengandung tapi pergerakkan rutin harian saya berjalan lancar. 

Alhamdulillah..walaupun cabaranya macam- macam tapi saya bangga dengan diri saya. Mampu hadapi pelbagai situasi walau apa cara sekali pun.Tetap kuat mengharunginya.. Doa saya moga - moga susah payah ini di hargai oleh anak-anak di masa hadapan.






0 comments:

Post a Comment