CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 14 February 2017

Tips Nak Bisnes Sambil Kerja.


Salam Sejahtera..


"Syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat." Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang yang nak berbisnes sambil bekerja.

Lebih-lebih lagi kalau kita berada di pejabat atau kilang atau kawasan kerja yang ramai orang yang, semua pun kita akan lihat sebagai prospek perniagaan kita. Macam lubuk bisnes pulak jadinya.

Tak salah untuk berniaga sambilan, tapi anda perlu tahu anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas harian. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Untuk permulaan, anda bolehlah berniaga sambil bekerja, tapi perlu ikat perut dan buat simpanan yang banyak (sekurang-kurangnya 6 bulan gaji) sebelum anda dapat berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa dengan lebih selesa. Saya kongsikan dengan anda  Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.

(1) Berniaga BUKAN Priority No 2

Ramai yang berniaga sambilan sambil kerja kononnya begitu dedikasi dengan urusan pejabat sampai tak sempat nak mengerjakan perniagaan mereka. Antara alasan yang biasanya saya terima ialah tak sempat nak urus perniagaan sebab,
  1. kerja di pejabat begitu menimbun
  2. baru dapat projek Mega Kebabom
  3. sentiasa kerja sampai lewat malam
Kalau contoh-contoh di atas masih tidak mencukupi, ada juga yang mengeluh tiada masa dengan anak-anak & pasangan bila sampai di rumah. Tidak dinafikan semua alasan di atas benar-benar belaka.
Namun jika dari awal sudah mengalah, macam mana nak harap perniagaan yang kita usahakan secara sambilan ni nak betul-betul berjaya, bukan?
Alasan tak boleh nak berniaga sambilan sebab terlalu SIBUK ni umpama orang gemuk gedempol cakap "saya tak boleh nak kurus sebab hari-hari makan lemak ayam cecah budu". Sesuatu yang sepatutnya boleh diurus tapi dianggap sebaliknya, seperti bencana alam tsunami yang kita tak boleh buat apa-apa dah.

2) JANGAN Berniaga Sambilan Sambil Lewa

Anda mungkin berniaga sambilan. Tapi ini bukan bermaksud anda boleh mengerjakannya sambil lewa sahaja. Yang namanya berniaga, ada banyak perkara yang perlu diuruskan dan ada ianya boleh mendatangkan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang PASTI datang menimpa ialah,
  • banyak yang perlu dipelajari sampai kita tak tahu nak mulakan dari mana
  • jenuh mengamalkan segala tips tapi hasilnya tak secepat yang kita sangka
  • letih layan kerenah pelanggan terlalu cerewet untuk pembelian yg tak seberapa
Jika anda juga berniaga sambil lewa sahaja, anda antara salah seorang peniaga yang,
"9 daripada 10 peniaga gagal untuk 3 tahun pertama"
Antara contoh-contoh sifat sambil lewa ialah,
  1. dah rancang nak siapkan sesuatu tapi bila tiba masanya masih tiada apa-apa
  2. tak rasa bersalah langsung jika perkara-perkara penting tertangguh-tangguh
  3. lebih selesa menonton drama atau filem berbanding urusan yg masih bertangguh
Sifat sambil lewa ini bakal mengundang kegagalan dalam apa saja yang diusahakan kerana ia menggalakkan kita untuk bermalasan-malasan dan mudah puas hati dengan apa yang ada (tidak melakukan yang terbaik). Hingga akhirnya kita pun tak pasti apakah yang sudah dikecapi berpuluh-puluh tahun selepas itu.
Masa itu, tidak guna lagi menyesal kerana tidak bersungguh dari awal.
Justeru, jangan sesekali mengerjakan peniagaan sambilan dengan sambil lewa sahaja. Kalau sudah berjanji dengan pelanggan yang kita akan siapkan laman web merek dalam masa sebulan, pastikan ianya benar-benar siap dengan begitu cantik sekali 30-hari selepas mereka membuat pembayaran. Atau lebih awal.
Namun, tidak dinafikan masalah bakal muncul setiap kali kita mendekati kejayaan. Malah, cabaran atau masalah yang muncul dalam hidup anda selepas itu adalah petanda yang kejayaan makin dekat.,

(3) Cari Penyelesaian BUKAN Mengalah

Apa saja masalah yang kita hadapi, pasti ada jalan penyelesaian. Mungkin kita rasa "aku lah manusia paling banyak masalah dalam dunia ni", dan itu lumrah. Tapi selepas itu bangkit semula dengan keyakinan "apa saja masalah yang aku hadapi ini PASTI ada orang lain yang lebih susah". Dari situ, kita lebih banyak bersyukur daripada mengeluh.
Hakikatnya memang kita takkan diberi masalah/cabaran yang tak mampu dipikul.
Konsep berniaga ialah kita dibayar atau mendapat untung atas kebolehan kita menyelesaikan masalah orang lain. Ada orang yang tak tahu nak jahit baju; mesin jahit baju pun tak pernah tengok. Jadi, dia beli baju yang dah siap dengan anda.
Lagi besar masalah yang pelanggan kita hadapi, lagi banyak lah wang yang sanggup mereka belanjakan. Jika inginkan pelanggan-pelanggan berbelanja lebih banyak (supaya kita lebih untung), kebolehan anda untuk menyelesaikan masalah mereka juga perlu dipertingkatkan, bukan? Dengan kata lain, makin banyak masalah yang anda hadapi semakin banyak jugalah keuntungan yang bakal diperolehi.
Kalau nak kekal untung, sepatutnya kita sukakan masalah yang datang. Betul kan?
Jadi, jangan sesekali mengeluh dan putus asa setiap kali cabaran menimpa.
Kalau takde masa, pergi cari masa...

Kalau tak tahu, belajar sampai tahu...

Kalau ada masalah, urus sampai selesai...
Mudah bukan?
Kuatkan semangat, bulatkan tekad & usahakan jalan kepada masalah-masalah tersebut. Seandainya anda konsisten mencari jalan penyelesaian setiap kali dihujani masalah & cabaran, kejayaan hanya lagi beberapa inci saja lagi tu.

Pengajaran

Ambil serius urusan perniagaan sambilan anda. Jika anda endah tak endah hanya kerana tidak rasa memerlukannya hari ini percayalah, anda pasti akan menyesal di kemudian hari tidak bersungguh-sungguh sejak awal.
Saya risau pada masa itu, segala-galanya sudah terlambat; kos rawatan berpuluh ribu yang pihak insuran tak lindungi, umur 50 tapi masih belum memiliki rumah sendiri atau hutang beratus ribu masih berlum dilangsaikan. Jika anda juga salah seorang yang berpandangan jauh, pasti anda inginkan persiapan awal, bukan?



0 comments:

Post a Comment