Salam Sejahtera...
Bagaimana saya terjebak dalam bidang berniaga nie. Bukan secara tiba- tiba atau terpaksa taw. Ini saya warisi dari mak ayah saya jugak.
Sejak kecil lagi dah berada dalam bidang perniagaan. Sejak kecik lagi dah tengok mak ayah berniaga. Walaupun tak faham apa masa tu tapi setiap yang berlaku tetap ingat sampai sekarang .
Betul la kalau kita berniaga rezeki kita akan mudah. Mak ayah saya mula berniaga dengan membuka kedai runcit. Masa tu rumah kami kayu . Tapi berkat berniaga dan semangat yang tak pernah hilang buat mak ayah lebih maju.
Dari mula kedai kecik sikit- sikit menjadi rumah kedai dan impian mak ayah saya nak mengerjakan haji waktu anak-anak kecil tercapai hasil dari berniaga.
Hasil dari berniaga la mak ayah saya menyara sekolah kami semua tanpa berhutang. Walaupun tak kaya la tapi apa yang orang lain ada kami pun ada. Rezeki sentiasa tak putus -putus..
Mak ayah saya berniaga kedai makan sahaja. Berniaga roti canai dan nasi lemak. Dengan keinginan nak mencuba sahaja pada awalnya akhirnya mak saya berjaya dapat resepi yang sedap. Sehinggakan ramai yang respon roti canai kami sedap.. Bukan nak puji tapi itulah hakikatnya.. Sehinggakan resepi diturunkan kepada abang saya dan sedara memang mendapat sambutan sampai ke hari nie.
Saya suka berniaga , kepuasan teramat sangat bila pelangan berpusu datang. Masa tu penat tak rasa dah. Lagi seronok ada. Ayah saya kata kalau nak bagi pelangan suka datang.. Sebelum pelangan duduk kita kena layan dah. Jangan bagi tunggu lama.
Disebalik perniagaan mak ayah saya banyak membuka minda saya untuk terjebak dalam perniagaan. Banyak tips-tips yang mak ayah saya aplikasi semasa berniaga dan kini saya pun amalkan dalam perniagaan saya.
Berniaga bukan setakat mencari duit sahaja tapi untuk kita lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Sebab mudahnya rezeki itu datang dengan pertolongan yang Maha Pemberi.
Kini saya dah ada perniagaan sendiri. Saya memilih Shaklee untuk saya lebih berjaya. Dengan bisness Shaklee saya boleh beri manfaat kepada orang lain dari segi bantuan untuk kesihatan yang lebih baik.
Tujuan utama saya juga untuk membalas segala penat lelah mak ayah saya berniaga dulu. Selain itu saya mahu kebebasan dalam kewangan. Ada target yang perlu dipenuhi. Pendek kata saya mahu berjaya macam mak ayah saya.
Mak ayah saya tempuhi 20 tahun lebih dalam bidang perniagaan.. Saya baru 5 tahun dalam perniagaan Shaklee. Tapi kata orang kalau nak tengok perniagaan itu berjaya ke tak, tengok pada 3 tahun pertama. Cabaran dalam perniagaan yang perlu dilalui. Kalau berjaya. Kita akan lebih berjaya di masa akan datang.
Bila kita suka apa yang kita buat Insya Allah semua akan jadi mudah.. So jangan takut untuk mencuba. Percubaan pertama tu la akan hari penentu kejayaan kita..
Moga-moga apa yang kita kerjakan dikira sebagai satu ibadah dan diberkati segala urusan kita...

0 comments:
Post a Comment