Salam Sejahtera..
Selalunya kalau nak berbisnes mesti ramai yang memikirkan perlunya modal duit untuk memulakannya.
Tetapi modal duit bukan la penentu kepada kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Ada lagi modal yang lebih penting daripada duit.
Disini saya kongsikan 3 modal untuk berjaya dalam perniagaan.
Tetapi modal duit bukan la penentu kepada kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Ada lagi modal yang lebih penting daripada duit.
Disini saya kongsikan 3 modal untuk berjaya dalam perniagaan.
1.MODAL PERTAMA
------------------------------
Nak berjaya dalam dunia perniagaan bukanlah modal DUIT akan tetapi DIRI SENDIRI
Kita mesti sediakan 'sekeping hati yang kental dan otak yang 'fresh'.'
Jatuh bangunnya perniagaan itu bergantung kepada kekuatan hati orang yang 'run' perniagaan tersebut
Tapi modal ini tak ramai yang boleh berikan
Berapa ramai yang boleh berikan 100% komitmen bila buat business?
Jawapannya.. Tak ramai pun.
Diorang tak fokus dengan apa yang diorang nak
Baru mula berniaga, sales kurang. Dah cuak. Lepas sebulan... Semangat berkubur... Dan akhirnya... "Tersungkur Di Pintu Syurga"....
Seorang lagi pulak terus syahid... Nauzubillah.
Nak berniaga, tolong sediakan hati yang kental.
Otak yang sentiasa berfikiran positif... Insya Allah.. Lebih mudah untuk berjaya.
2.MODAL KEDUA
------------------------
Modal kedua adalah 'ilmu' dan 'mentor'.
Buatlah apa sahaja busines, kalau kita tak ada ilmu dan tak ada mentor....Sekian.Terima kasih.
Kita akan langgar 'banyak dinding' sepanjang perjalanan perniagaan itu.
Dan akhirnya.. Lebih mudah untuk kita tersungkur dan tak mampu bangkit kembali.
Tugas mentor adalah tunjuk short cut atau jalan pintas untuk berjaya kepada kita sebab diorang dah lalui pahit getir dari awal berniaga
Jadi laluan untuk kita berjaya akan jadi lebih mudah dengan adanya tunjuk ajar dan bimbingan guru
3.MODAL KETIGA
--------------------------
Modal ini paling payah orang nak buat walaupun nampak mudah
Modalnya... Jagalah hubungan dengan Allah.
Kalau saya kata nak berjaya kena rajin bersedekah. Kena keluarkan zakat. Ramai yang boleh buat dengan senang hati.
Tapi, kalau saya kata tips tambahan adalah kena rajin bangun malam untuk bersolat tahjud. Berdoa kepada Allah pada waktu itu.
Percayalah... Berdoa pada waktu ini amat mustajab.
Saya dah jumpa ramai Jutawan yang bertakwa
Semuanya mengatakan diorang menunaikan Solat Tahajud secara konsisten setiap malam.
Semuanya mengatakan doa pada waktu itu amat mustajab.
So....Nak kena buat lah kan?
Ramai yang senyum senyum kelat nak cakap, boleh buat ke tak.
Buat anda di luar sana, yang bercita cita untuk memulakan perniagaan. Pastikan anda mampu mengeluarkan 'modal' yang diperlukan.
Bukan mudah untuk berjaya...Usah mengharap senang dalam berjuang...
Jom.. kita sama sama berdoa.. Semoga kita semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat sana 😘
0 comments:
Post a Comment