Saturday, 26 November 2016

Lenguh, Letih Akibat Perjalanan Jauh

Salam Sejahtera



Bila cuti sekolah tiba begini la keadaannya. Mesti nak cuti yang ada dimanfaatkan untuk bersama orang-orang tersayang. Apa lagi balik kampung jumpa mak ayah dua belah la.

Kali nie cuti kebetulan adik ipar dan adik sendiri majlis dekat tarikh.  Jadi memang kena balik kampung dulu la.

Suami orang Perak, saya orang Kedah.  Memang jauh la perjalanan nak ditempuh jika dari Johor. Habis lenguh seluruh badan.

Walaupun suami yang pandu dari awal sampai akhir keletihan tetap terasa pada saya. Lagi pulak dengan keadaan saya yang tengah hamil 4 bulan nie.  Kesannya lagi ketara la jawabnya.

Semalam bila sampai terus tak bermaya. Rasa nak baring saja,  rehatkan badan sepenuhnya.

Saya yakin korang pun pernah alaminya kan. Tapi semangat nak jumpa orang-orang tersayang jauh macam mana pun tetap rasa dekat ja.

Bila lenguh, letih akibat perjalanan jauh nie kita perlukan rehat secukupnya untuk pulihkan semula.Kalau dibiarkan takut melarat sampai ke demam ja.

Disebabkan saya dan suami memang kerap jalan jauh.  Memang kami dah bersedia dah untuk situasi - situasi begini. Selalunya bila malam kami rutinkan dengan supplimen Shaklee ja untuk hilangkan segala lenguh, letih aktiviti sehari.



Ostematrik la pilihan wajib kami.  Dengan fungsinya bertindak sebagai agen terbaik untuk rehatkan badan dari segala keletihan.

Saya suka ambil 4.biji biji sebelum tidur. Boleh bantu saya dapatkan rehat secukupnya,  tidur pun akan lebih nyenyak.

Ostematrik nie kalsium Shaklee.  Kebiasaannya orang akan ambil susu untuk dapatkan kalsium tapi Shaklee mudahkan dengan hanya mengambil 4 biji sehari diibaratkan telah meminum 4 gelas susu sehari.

Ostematrik bantu peredaran darah dalam badan kita berjalan lancar. Bantu penjagaan tulang dan gigi lebih kuat.

Alhamdulillah semalam dah ambil 4 biji sebelum tidur. Hari nie bangun rasa segar semula badan.  Lenguh-lenguh pun tak terasa dah.  Badan dah kembali normal macam biasa.

Kesannya sangat cepat, mudah larut air dan sangat- sangat banyak membantu saya sepanjang kehamilan.. Tu sebab saya suka mengamalkannya terus walaupun tidak berjalan jauh pun.

Korang dah pernah mencubanya.?.  Kalau belum,  boleh mencuba sekarang.

Untuk pembelian produk, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Bandar Tenggara, Johor dan Kerteh, Paka dan Dungun Terengganu. Pos Laju seluruh Malaysia.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI







Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan






Wednesday, 23 November 2016

Penakut Makan Ubat BiLa Demam

Salam Sejahtera 




Takut nak telan paracetamol, tapi apakan daya, cuma tu je penawar bila demam datang menyerang. Nak nak pulak skali datang bawak geng selsema, batuk, sakit kepala berdenyut-denyut.

Allahuakbar!! Azab sungguh rasanya

Tapi sejak kawan cadangkan cuba nutriferon shaklee ni, Alhamdulillah sangat sangat. Saya dah tak perlu lagi telan paracetamol tu. .
.
Sekarang, ni laa 'ubat' paling berkesan dan paling selamat yang kami sekeluarga amalkan. 

Ada apa dengan Nutriferon Shaklee tu??? 

NutriFeron mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenz.

Insya Allah, apabila imun badan kita kuat bertindak balas.  Kebarangkalian untuk kita di serang virus demam berkurangan risikonya. 

Diekstrakan pun dengan tumbuh-tumbuhan yang semula jadi.  Untuk anak2 seawal setahun dah boleh mula mengamalkannya.

Sekarang ibu bapa dah mula bijak memilih dah. Suppliment Nutriferon wajib tersedia untuk seisi keluarga. Persedian untuk kesihatan keluarga terjamin. 

Mesti ada yang tak sabar nak simpan sekotak dirumah kan..


Untuk pembelian produk, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Bandar Tenggara, Johor dan Kerteh, Paka dan Dungun Terengganu. Pos Laju seluruh Malaysia.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI






Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan









Thursday, 17 November 2016

Promosi Alfalfa Complex

Salam Sejahtera..

Suka hana kalau dapat respons dari penguna berkaitan dengan Alfalfa Complex. Baru-baru nie dapat dari custemer yang alami masalah kesuburan. 

Pilihan custemer tu nak cuba Alfalfa Complex dengan B complex terlebih dahulu.  Dalam  2 minggu lelas tu hana follów up semula resultnya.  

Suka custemer tu bagitahu yang Alfalfa Complex bantu kurangkan jugak masalah keputihan dia.  Kalau dulu teruk katanya.. Alhamdulillah sekarang

Disebabkan bulan nie giliran promosi Alfalfa Complex. Hana nak kongsi la apa lagi best dengan Alfalfa  Complex nie.  



Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

 💜Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat barangkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

💛 Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

💜Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

💛 Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

💜Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

💛Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

💜Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

💛Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan Lain-lain.

 Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee  Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.

 💜Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.

 💛Memberi kelegaan semasa period.

💜Membantu Merawat arthitis

💛Membantu Merawat athma

💜Mencuci usus bagi membuang toksik.

💛 Membantu membuang angin dalam badan.

💜Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.

 💛Meneutralkan asid dalam badan Membantu masalah keputihan pada wanita.

💜 Membesar dan menegangkan payudara.

💛 Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.

💜 Memulihkan urat selepas bersalin.

Now hana kongsi pulak testimoni  pengguna Alfalfa Complex.





Ternyata ramai yang dah mula sukakan Alfalfa Complex nie.  Kebanyakkannya dari golongan wanita la.. Alfalfa banyak membantu dalam penjagaan dalaman wanita. Nie la fuv suplimen yang paling hana suka. Semua lengkap dalam satu botol.



Untuk pembelian produk, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Bandar Tenggara, Johor dan Kerteh, Paka dan Dungun Terengganu. Pos Laju seluruh Malaysia.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI






Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




Wednesday, 16 November 2016

Letih, Lesu Ketika Hamil

Salam Sejahtera 


Rasa letih dan lesu adalah perkara normal yang berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Adakalanya rasa itu tetap tidak hilang walaupun sudah mendapat tidur yang secukupnya apatah lagi sekiranya ibu sukar mendapatkan tidur yang lena.

Masalah insomnia adalah ketidakupayaan tidur pada waktu malan, yang pastinya akan mengganggu keselesaan anda di siang hari. 

Kebanyakan wanita hamil berasa keletihan melampau pada trimester pertama kehamilan. Ia adalah normal! 

Ini merupakan cara badan anda memberitahu yang anda memerlukan rehat secukupnya.

Pada trimester kedua pula, keletihan hilang dan digantikan dengan perasaan sihat dan bertenaga. Tetapi pada trimester akhir pula, rasa keletihan kembali semula. 

Mengapa ibu berasa terlalu letih? 

Bayi dalam kandungan hidup selama 24 jam dan metabolismanya sentiasa bekerja walaupun ketika waktu tidur ibu
Sudah tentu ia memberi kesan kepada tindak balas badan anda. Semakin anda membesar, tidur menjadi semakin sukar.
Pergerakan bayi, larian ke bilik air, berpeluh di waktu malam dan peningkatan kadar metabolism badan mungkin mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan masalah kaki kejang yang pastinya mengejutkan tidur malam anda.



Adakah suplimen boleh membantu ?


Pengalaman saya sendiri pun pernah mengalami situasi letih , lesu semasa hamil. Dengan rutin tugas yang macam- macam memang kita akan rasainya. 



Betul... ramai yang kata jika situasi ini terjadi itu tandanya badan kita perlukan rehat secukupnya. Tapi tak jugak . 



Sebenarnya tubuh badan ita sentiasa perlukan nutrisi untuk support semula nutrisi yang kurang kerana tugas.



Saya pernah cuba uji keaadaan diri saya dalam  2 situasi. satu ambil suplimen dan satu lagi tanpa suplimen.  



Memamg nampak ketara sangat la.  Kalau tanpa suplimen pergerakan harian slow sangat . Kecerdasan otak nak memikir lebih kurang sangat.  Asyik ingat nak baring & rehat ja.  Cepat mengah kalau saya push diri untuk buat sesuatu kerja

Tetapi perbezaan sangat ketara nampak apabila awal pagi ambil suplimen Vitalea Multivitamin + Vitamin C + B complex dan bancuhan Esp sebelum sarapan

Saya akan lebih bertenaga. Pergerakan laju dan apabila lebih buat kerja keletihan tu tak rasa sangat berbanding jika saya tak mulakan awal pagi dengan supplemen .

Untuk memudahkan saya semasa kehamilan kali ini dengan menguruskan lagi 2 orang anak.saya ambil keputusan untuk terus kosisten awal pagi dimulai dengan Set Kehamilan Shaklee. 

Dengan set lengkap ini saya tak perlu risau  lebih mengenai penjagaan kehamilan saya dan
kesihatan diri saya.  

Dalaman dan luaran dijaga rapi.  Semua keperluan tubuh dipenuhi.  Rutin pekerjaan seharian pun jadi mudah.

Now saya kongsi dengan korang testimoni  lain yang alami situasi yang sama tapi dengan mudah berjaya mengatasinya..




Apabila kita mencuba sendiri... Seterusnya kita kongsi pengalaman dengan orang lain pulak.  Memang terbaik sangat- sangat. 

So ibu-.ibu yang tengah hamil tu apa lagi ditunggu??. Jom buat kelainan sikit dengan keluaran Shaklee pulak... 



Untuk pembelian produk, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com

Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Bandar Tenggara, Johor dan Kerteh, Paka dan Dungun Terengganu. Pos Laju seluruh Malaysia.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI






Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan




























Sunday, 13 November 2016

'Kemut' Selalu Untuk Lebih Sihat





Salam Sejahtera




Pernah dengar tentang senaman kegel? Agak pelik bunyinya tetapi senaman ini agak penting untuk wanita mahupun lelaki. 

Kalau anda nak tahu, senaman ini juga dipanggil sebagai senaman kemutan.  Ia jarang dilakukan secara sengaja dan jika ia dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing.

 Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu namun, ia jarang atau taboo untuk diperkatakan kerana senaman ini melibatkan alat sulit.

Jika anda mempunyai simpton lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. 

Hal ini kerana ia mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian anda. 

Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja. Tidak, ia lebih daripada itu.

Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.

Cara-cara:

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti otot pelvis tersebut. Kemudian, kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. 

Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Hal ini kerana menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.

Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. 

Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.

Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Wah, begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak melakukannya. 

Semoga bermanfaat.





Tuesday, 8 November 2016

9 Masalah Punca Berat Badan ‘Tak Mahu’ Turun




Salam Sejahtera

Masalah yang sering timbul ketika melakukan program diet adalah kerana tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang.



Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 punca berikut:


DIET DENGAN JENIS DARAH

• Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.

BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH

• Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.

• Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.

INGIN BERAT BADAN STABIL

• Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.

TIDAK PERNAH KENYANG

• Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur.
Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.

BADAN TERASA BERAT

• Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari.

Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.

KAWAL ‘LAPAR MATA’

• Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya.

Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.

SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK

• Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

TIADA MASA UNTUK BERSENAM

• Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat.

Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.

SASARAN YANG TIDAK LOGIK

• Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh.

Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.

Monday, 7 November 2016

Cerita Sihat Dengan Vivix

Salam Sejahtera.. 




Kita semua tahu kan risiko pesakit buah pinggang. Ada yang terpaksa dibuang buah pinggangnya akibat telah rosak teruk dan tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya. 

Hari nie saya kongsikan cerita seorang pesakit  yang hampir-hampir menjalani penbedahan membuang buah pinggangnya. Sejak ambil keputusan untuk ambil Vivix , tahap kesihatan semakin baik .
.

"Pakcik, buah pinggang pakcik dah rosak. So kita kena operate buang. Kalau Pakcik taknak, pakcik bagitau apa yang pakcik nak buat".(Amboihhh! Kemain Dr ni. Ingat operate buah pinggang tu macam kupas kulit bawang ke?)
.
Wah! Betapa nak melompatnya saya dan Suami Hazli Nordin masa Doktor S tu bagitau macam tu dengan selepas dapatkan khidmat konsultasi dari beliau. Terus-terus nak operate orang. Kalo dari pemikiran rakyat marhaen macam kami, takde lain nak duit lah tu! 
.
Tapi mungkin Dr tu tak sangka En Suami boleh query dan argue macam2. Ko ingat Suami daku selebet tu boleh di momok dan di takut-takutkan ke? Di sebabkan kami refuse (sebab selepas dengar penjelasan Doktor tu macam tak berapa menyakinkan), suami minta Abah mertua di transfer out. Mungkin agak bengang kot, doktor tu sampai sudah tak mau jumpa kami, tak buat ward visit bila En Suami ada kat situ.
.
Kami akhirnya bawa Abah mertua dapatkan 2nd opinion dari hospital kedua. Syukur juga tau. Sebabnya masalah Abah mertua tu bukan masalah buah pinggang pun! Mujur 'degil' tak ikut je apa Doktor tu cakap. Kalau tak naya je hilang buah pinggang yang tak rosak sangat pun! 
.
Pendekkan cerita abah mertua sebenarnya ada bisul berdekatan buah pinggang, bukan buah pinggang yang rosak pun. So kena kelurkan nanah dari bisul tu je. Dan alhamdulillah, sejak setahun lepas abah mertua konsisten Vivix setiap bulan (ce kira berapa botol dah 😁), semua tegur Abah mertua makin sihat. Takde bergantung pada uabt darah tinggi dan gout langsung lepas operation dulu.
.
Beliau pun dah seronok dengan perubahan tahap kesihatan, dah boleh bangun dan duduk, suap makan sendiri, selera makan bertambah, dan sekarang memang dalam sesi fisio untuk dapatkan kekuatan otot kaki supaya kuat untuk berjalan semula.
.
Jeles betul tau sebab Abah mertua makin sihat dengan khasiat Vivix. Mesti toksin semua keluar dengan jayanya setelah detoks dengan Vivix. Sel-sel rosak dalam badan di singkirkan, digantikan dengan sel baru yang lebih sihat.
.
Tak sabar nak tunggu Abah mertua kuat sikit. Banyak tempat kami nak bawak beliau gi jalan-jalan & makan. Doakan Abah mertua saya sembuh dan sihat lebih baik dari dulu ya. ❤️




Untuk pembelian produk, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:


Call / Whatsapp : 019-5434395
Email : hanabard105@gmail.com


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung engan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


COD sekitar Bandar Tenggara, Johor dan Kerteh, Paka dan Dungun Terengganu. Pos Laju seluruh Malaysia.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI







Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan