Salam Sejahtera
Alhamdulillah kehamilan kedua saya dah masuk bulan ke 3 . Masih mantain dengan suppliment Shaklee lagi untuk kali nie. Antara suppliment yang paling suka sekali ambil bila hamil tak lain tak bukan mesti 5 serangkai nie .
- Vitalea multivitamin
- Vitamin C
- Ostematrik
- B- Complex
- Omega Guard
Bila wanita disahkan mengandung oleh doktor di klinik, banyak bekalan pil vitamin yang diberikan. Ada ibu hamil yang keliru kenapa ada bermacam pil vitamin yang perlu dimakan. Apa akan jadi sekiranya ia tidak dimakan?
Sebenarnya memang ramai ibu hamil yang agak keliru tentang hal ini. Ia belum lagi dibuat perbandingan antara seorang ibu hamil dengan ibu hamil yang lain. Tentu ada banyak beza pil vitamin yang mereka makan sekiranya berjumpa doktor di klinik yang berbeza.
Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan, berbeza dengan suplemen vitamin biasa. Ini kerana dosnya berbeza.
Ini antara sebab pentingnya ibu hamil mengambil Prenatal Vitamin sepanjang kehamilan.
1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.
2. Kelahiran bayi pramatang.
3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.
4. Beri kekuatan kepada ibu hamil.
5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.
6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makana terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.
Antara suplemen penting yang mesti dimakan oleh ibu hamil ialah
a. Zat besi (iron)
Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. DOs yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.
b. Kalsium
Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.
c. Asid folik
Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.
d. Omega-3
Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 - 300 mg sehari.
Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan.
Selain daripada itu, ibu hamil juga mesti makan suplemen multivitamin dalam dos yang disarankan sahaja. Jangan memandai-mandai mengambil dos yang berlebihan kerana bimbang ada kesan lain pula.
Dalam masa yang sama, wanita hamil mesti juga mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapat bekalan khasiat yang secukupnya. Ini kerana sepanjang hami, bakal ibu perlu berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.
0 comments:
Post a Comment