Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 12 October 2016

Kenali Jenis Masalah Keputihan

Salam Sejahtera

Semalam dapat pertanyaan dari custemer berkaitan dengan masalah keputihan. Ini satu lagi permasalahan wanita yang kerap dialami. Ramai yang mengambil mudah masalah keputihan . Masalah keputihan la penyebab kepada permasalahan lain yang lebih kronik.

Kita tahu masalah keputihan, tapi kita tak tahu lagi mendalam berkaitannya . Keputihan ada pelbagai jenis dan mengikut tahap - tahap tertentu. 

Hari nie saya nak kongsikan kepada anda semua bagaimana kita nak kenali jenis masalah keputihan. Apabila kita kenali jenis masalah keputihan barulah kita tahu bagaimana cara untuk merawatnya.

🌺Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

🌺Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

🌺Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

🌺Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

🌺Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

🌺Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

🌺Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

🌺Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

🌺Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

JOM RAWAT




0 comments:

Post a Comment