Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Wednesday, 19 October 2016

Apa Itu Keradangan " Inflammation"??

Salam Sejahtera.. 

KERADANGAN "Inflammation"

Keradangan adalah satu bentuk tindak balas badan untuk memulih, seringkali berbahaya pada kesihatan. Keradangan kronik menyebabkan serangan jantung, strok, artritis reumatoid (sakit sendi), demensia, kolesterol tinggi, penyakit kulit dan juga kanser.

Tekanan hidup yang tinggi, diet tidak sihat yang kekurangan vitamin dan mineral, tidak meminum air bersih yang mencukupi, kurang tidur, pencemaran alam sekitar, kesemuanya menyumbang kepada semua tahap keradangan kronik yang selalunya tidak dapat dikesan selama bertahun-tahun sehingga penyakit akhirnya muncul.

APAKAH JENIS MAKANAN YANG MERUPAKAN PUNCA KERADANGAN?


Diet moden kita adalah punca keadaan keradangan:

1) LEMAK TIDAK SIHAT menggalakkan keradangan. Kebanyakan orang memakan diet Barat yang kaya dengan makanan diproses or makanan segera dan juga memakan asid lemak Omega-6 yang berlebihan (didapati dalam minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kacang). Ini menyebabkan ketidakseimbangan antara Omega-3 dan Omega-6 yang menggalakkan keradangan.

2) KARBOHIDRAT DITAPIS juga menyebabkan keradangan. Tepung yang ditapis, gula dan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi memburukkan lagi keadaan keradangan. Makanan tersebut meningkatkan tahap insulin dan glukosa, yang juga meningkatkan tahap keradangan.

3) LEMAK TRANS juga menyebabkan keradangan. Biskut, kek, mentega kacang, marjerin, dan kebanyakan makanan diproses menggunakan minyak sayuran terhidrogenasi atau minyak separa terhidrogenasi (lemak trans) yang juga menyebabkan keradangan.

4) SENSITIVITI (ALERGI) MAKANAN juga menyumbang kepada keradangan. Dalam sesetengah orang, makanan tertentu mencetuskan sistem imun yang mewujudkan keadaan keradangan pada seluruh badan. Pencetus yang paling umum adalah gandum, bahan tenusu, produk soya dan sitrus.

SUPLEMEN YANG BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN KERADANGAN; 


1. ASID LEMAK OMEGA-3

Paling banyak ditemui dalam minyak ikan, asid lemak omega-3 mengandungi kedua-dua DHA (dokosaheksanoik) dan EPA (eikosapentanoik) yang membantu mengurangkan tahap trigliserida dan mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan jantung, ritma jantung tidak teratur dan mengurangkan tahap tekanan darah. 

Ambil perhatian bahawa asid lemak Omega-6 yang berlebihan, yang ditemui dalam minyak jagung dan minyak bunga matahari boleh menyebabkan keradangan. Ringkasnya, Omega-3 menentang keradangan sementara Omega-6 menyebabkan keradangan.





Anda boleh menghubungi saya seperti berikut:

Call / Whatsupp: 019-5434395

Email: hanabard105@gmail.com

Add Fb saya: Hanadeqna untuk chatting secara langsung dengan saya

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Dungun, Paka, Kerteh Pos Laju Seluruh Malaysia

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




0 comments:

Post a Comment