CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 22 October 2016

8 Tips Ibu Mengandung

Salam Sejahtera



Berita tentang kehamilan merupakan sesuatu yang paling menggembirakan buat pasangan yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata. Banyak perkara yang bakal berubah sejak anda tahu bahawa diri anda sedang hamil.


Perubahan hormon akan berlaku begitu juga dengan tingkah laku ibu hamil. Pola pemakanan ibu yang sedang hamil juga berkemungkinan berubah dari hari ke hari. Acapkali ibu mengandung kali pertama, agak kelam-kabut kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Kepada yang sedang hamil, tahniah diucapkan! Anda dan bayi yang dikandung akan meneroka alam baru sehingga tibanya saat kelahiran.

Anda bakal bergelar seorang ibu! Pelajari tips ibu mengandung ini bersama-sama.Tahukah anda apa yang perlu dilakukan setelah mengetahui bahawa diri anda hamil?Setelah memastikan ujian air kencing positif, semak tarikh akhir menstruasi anda. 

Ini adalah untuk memudahkan anda dan pakar kesihatan untuk mengetahui usia kandungan dan menentukan tarikh jangkaan bersalin. Berikut dikongsikan beberapa perkara yang harus anda lakukan selepas mengetahui diri anda hamil.Panjatkan rasa terima kasih pada Allah

1. Bersyukur

Pertama sekali panjatkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa di atas pemberian yang tidak ternilai. Buatlah solat hajat dan rajin-rajinkanlah berdoa semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh hamil sehingga selepas kelahiran. Berdoalah juga agar ibu dan bayi dijauhi dari penyakit berbahaya. Semoga proses bersalin kelak juga dipermudahkan. Sentiasalah berzikir agar didengari oleh si kecil di dalam rahim ibu.Solat berjemaah bersama suami dan berdoa akan kesejahteraan bayi dalam perut.Inilah yang selalu orang panggil, Buku Merah!

2. Membuat buku rekod kesihatan

Pergilah ke klinik terdekat dan maklumkan kepada mereka bahawa anda hamil. Anda akan membawa pulang sebuah buku rekod yang tertera butir-butir diri anda dan suami serta keputusan ujian pemeriksaan antenatal. Anda akan diminta untuk memaklumkan segala maklumat kesihatan anda serta latarbelakang kesihatan keluarga anda.Perkara ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pemeriksaan antenatal anda. Ujian air kencing serta ujian darah akan dibuat semasa pemeriksaan antenatal. Tarikh temujanji akan diberikan untuk pemeriksaan seterusnya.Makan vitamin tambahan untuk beri zat pada bayi

3.Mengambilmakanan tambahan (supplement)

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil. Pihak klinik biasanya akan memberi vitamin seperti folic asid dan obimin untuk pengambilan ibu hamil setiap hari. Namun begitu, ibu hamil juga boleh membeli makanan tambahan yang lain untuk dimakan. Ini adalah kerana kemungkinan pola pemakanan harian ibu hamil tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Pelbagai jenama makanan tambahan yang terdapat di pasaran kini. Tapi awas! Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.Dapatkan nasihat doktor dulu sebelum makan apa-apa ubat

4. Berhenti mengambil ubat

Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan kerana menghidapi penyakit tertentu, maklumkan kepada doktor bahawa anda hamil agar anda diberi ubat alternatif yang selamat untuk kandungan anda. Pastikan mendapat kebenaran dan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan sebarang ubat-ubatan. Perlu diingat bahawa sesetengah ubat bole memudaratkan kandungan.Bincanglah dengan doktor anda.Patahkan rokok suami, minta dia janji berhenti merokok untuk ‘baby’. Boleh?

5. Jangan sesekali merokok.

Merokok telah terbukti boleh menyebabkan keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan atau mati mengejut. Nikotin yang terdapat di dalam rokok boleh membahayakan nyawa bayi yang dikandung. Amalkan gaya hidup sihat. Carilah hobi yang bermanfaat sebagai melupakan tabiat merokok. Sayangilah bayi di dalam kandungan anda.Ini bukan untuk isteri sahaja. Suami yang merokok, lebih wajar kalau meninggalkan tabiat buruk ini untuk kesihatan dan keselematan bayi.Katakan tidak pada makanan ‘fast food’

6. Pemakanan yang sihat

Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Jauhi dari mengambil minuman beralkohol. Elakkan makan makanan ringan. Minuman alcohol dan makanan ringan boleh menganggu pertumbuhan janin di dalam kandungan. Tidak lupa juga kepada makanan segera. Hindarilah buat sementara waktu atau lebih baik jika tidak mengambilnya terus.Ibu hamil perlu berfikiran positif, menjauhi stress dan bersenam selama 20 minit sehari untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum. Contoh senaman yang boleh dilakukan ialah berjalan atau berenang.Mengidam, mengidam juga. Usah makan yang tidak-tidak.

7. Kawal berat badan

Cuba kawal atau jaga berat badan anda ketika hamil. Akan tetai, jangan berdiet kerana pada waktu ini badan anda sangat memerlukan nutrient yang secukupnya. Berat badan yang berlebihan boleh diatasi dengan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Jika ada alat penimbang di rumah, timbanglah setiap hari untuk memantau kenaikan berat badan anda.Cari pembantu hujung minggu kalau ada

8. Elakkan kerja berat

Ibu hamil mesti mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat kotak berat, menyusun perabot, memberus lantai dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, jangan pula memanjakan diri kerana pergerakan yang ringan dan berterusan diperlukan oleh badan anda bagi memudahkan otot-otot melalui proses kelahiran kelak. Buatlah kerja rumah yang ringan seperti menyapu, mencuci pinggan, dan mengelap meja. Ibu hamil juga diingatkan supaya tidak berdiri terlalu lama

Kesimpulan
Demikian antara perkara yang perlu dititikberatkan ketika hamil. Penjagaan diri dan kesihatan yang baik adalah sangat dituntut dalam islam. Jadilah ibu hamil yang sihat dan cergas. Ibu hamil harus bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Pengalaman yang dilalui semasa hamil tidak selalunya indah.

 Ibu hamil bakal melalui pelbagai cabaran, perasaan yang bercampur aduk, keliru, suspen, teruja, adakalanya murung, sensitive, dan sebagainya.Suami perlu sentiasa ada di sisi ibu hamil dan memberi sokongan kepadanya.

Membawa kandungan selama 9 bulan 10 hari bukan sesuatu yang mudah. Bakal ibu tidak harus terlalu mengikut perasaan ketika hamil kerana ia akan mempengaruhi anak yang bakal lahir. Pengabaian semasa kehamilan akan berisiko terhadap ibu dan bayi.Mintalah bantuan suami anda sekiranya perlu. Jangan memendam perasaan. Para suami juga perlu memahami akan perubahan hormon yang berlaku terhadap isteri mereka agar tidak berlaku salah faham. Berfikiran positiflah sentiasa wahai para ibu hamil dan bertenang dalam apa jua keadaan. Nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi seorang yang penyabar, pintar dan soleh. Apa yang penting, cuba praktis amalan ibu mengandung menurut Islam.In Shaa Allah.

Reactions:

0 comments:

Post a comment