Salam Sejahtera..
Sekarang nie kalau kita lihat ramai orang berlumba- lumba untuk ceburi bidang bisnes. Ada yang sanggup berhenti kerja tetap untuk fulltime dengan bisnes.

Dari zaman Rasulullah lagi pun dah mengamalkan berniaga. Tak harian la sekarang dah ibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan.
Tapi dalam keseronokan berbisness melalui perniagaan sama ada online @offline, jangan lupa untuk berbisnes dengan cara yang betul.
Ok..Disini saya nak berkongsi sedikit ilmu untuk kita sama amalkan dalam menjalankan perniagaan kita. Sedikit tips iaitu :
10 perkara yang anda patut tahu untuk layak buat bisnes dengan betul
1.Anda patut belajar menjual dulu sebelum belajar buat iklan
Tak guna pandai klik klik butang sana sini untuk buat iklan tapi tak pandai menjual. Apa benda nak letak kat iklan kalau menjual pun tak tahu? Iklan kita guna untuk kembangkan jualan. Dah nampak pattern jualan, baru boleh guna iklan untuk kembangkan.
2.Anda patut tahu dan faham apa masalah pelanggan yang mereka mahu selesaikan
Manusia tak membeli saja-saja. Kita membeli untuk selesaikan masalah kita.
Lagi besar masalah, lagi besar kemahuan kita untuk beli. Lagi besar masalah, lagi banyak duit kita sanggup keluar untuk selesaikan masalah itu.
Lagi pandai anda korek masalah pelanggan, lagi mudah untuk anda buat jualan dengan harga lebih tinggi. Lagi pandai anda korek masalah, lagi anda tak payah takut dengan persaingan.
3.Anda patut kenal siapa pelanggan anda
Kalau tak kenal, bagaimana untuk target mereka?
4.Anda patut pilih siapa jadi pelanggan anda, siapa yang bukan pelanggan anda.
Bukan semua orang boleh jadi pelanggan kita. Kalau anda target SEMUA orang, percayalah… SEORANG pun anda takkan dapat!
5.Anda patut tahu di mana untuk dapatkan bekalan prospek yang berterusan.
Bisnes bukan bisnes kalau sekadar dapat pelanggan sekali dua. Kita mesti mahu dapat pelanggan berterusan. Kalau anda sendiri tak pandai cari di mana pelanggan melepak, bagaimana untuk dapat pelanggan berterusan?
6.Anda patut tahu bagaimana untuk buat prospek datang kepada anda.
Tak cukup tahu prospek di mana, anda perlu buat prospek datang kepada anda. Tidak perlu anda susah payah cari. Prospek yang datang mestilah yang targeted dan memenuhi kriteria kelayakan untuk jadi pelanggan anda.
7.Anda patut tahu bagaimana untuk buat closing sales & yakinkan pelanggan untuk beli.
Anda mesti beri tawaran yang buatkan mereka sanggup untuk keluarkan duit dan beli produk yang anda jual.
8 .Anda patut tahu bagaimana untuk beri servis terbaik kepada pelanggan.
Pelanggan sekarang sudah banyak pilihan. Tidak cukup lagi sekadar buat mereka puas hati. Anda patut beri lebih supaya mereka gembira dan tidak lupa pada bisnes anda
9.Anda patut tahu bagaimana untuk tingkatkan nilai pelanggan
Sudah dapat seorang pelanggan, anda mesti pandai cari lagi apa yang pelanggan perlu dan beri kepada mereka. Daripada beli satu, buat mereka beli banyak. Daripada beli sekali, buat mereka beli berkali-kali. Baru berbaloi usaha anda mendapatkan pelanggan.
10.Anda patut tahu bagaimana untuk dapatkan referral daripada pelanggan
Buat pelanggan suka dengan servis anda dan minta mereka bawa kawan-kawan mereka sekali! Daripada seorang pelanggan, beranakkan jadi banyak pelanggan.
Call / Whatsapp : 019-5434395
0 comments:
Post a Comment