Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 28 August 2016

Bagaimana Kenalkan Allah & Rasul Kepada Si Kecil.

Salam Sejahtera.




Pernahkah si kecil anda bertanya…”Mama…Allah tu siapa?” 

Apakah jawapan sesuai yang boleh anda berikan supaya si kecil faham dan dapat ‘merasai’ adanya Allah?

Berusahalah untuk sulamkan nilai tauhid dalam diri si kecil agar dapat menumbuhkan iman dan rasa kecintaan, kekaguman dan takut kepada Allah melebihi segala-galanya dalam jiwa anak.

Apa yang boleh mama dan papa lakukan?

1.Sentiasa kaitkan apa yang dilihatnya dengan Allah SWT
Misalnya “Subhanallah Ahmad, cuba lihat rama-rama ini. Cantik bukan? Allah yang buat kerana Allah Maha Berkuasa. Dia Maha Pencipta yang maha agung."

2. Biasakan mendengar kalimah memuji Allah SWT
Jiwanya masih hijau dan fitrah. Biasakan kalimah-kalimah memuji Allah seperti Lailahhaillallah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

3.Sentiasa istighfar jika berlaku sesuatu
Sekiranya anda sedang marah atau berhadapan dengan sesuatu yang menggugat kesabaran, segeralah beristigfar.

4. Beritahu sifat-sifat Allah SWT
Katakan juga Allah Maha Melihat dan melihat apa sahaja perlakuan yang dia lakukan, kecil atau besar, secara berdepan ataupun dibuat dengan cara bersembunyi.

5. Allah Maha Mengetahui
Katakan pada dia perbuatan baik atau buruk akan dibalas Allah sama ada di dunia atau akhirat.

6.Ceritakan juga perihal syurga dan neraka kepada si kecil
Malaikat Rakib dan Atid  sentiasa mencatat amalan baik di bahu kanan dan perbuatan buruk di bahu kirinya. “Jadi, adik nak bahu kanan berat atau bahu kiri yang berat? Kalau nak kanan berat, adik mesti kumpul pahala banyak-banyak”

7.Ajar anak menghafal 99 nama-nama Allah
Nyanyikan nama-nama indah ini bersama si kecil anda.

8.Bacakan dan ceritakan kisah-kisah Nabi
Anak-anak suka mendengar cerita. Jadi ambil kesempatan untuk selalu bercerita kepada anak-anak setiap kali ada masa terluang misalnya sebelum mereka tidur. Semoga akhlak-akhlak yang baik ini dapat dicontohi oleh anak-anak.

Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yang dapat mengenalkan anak-anak dengan Allah serta mencetuskan rasa cinta dan keimanan yang tinggi kepadaNYA.


0 comments:

Post a Comment