Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 22 August 2016

B Complex Penenang Stress Anda


Salam Sejahtera 



Apabila sebut sahaja perkataan stres, banyak dahi yang sudah berkerut, itulah penangan stres. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada perkara ini seperti kesesakan jalan raya, dimarahi bos, kerja yang terlalu banyak dan boleh jadi juga putus cinta.


Stres boleh mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kemurungan, dan alzheimer. Jika anda tidak mahu jadi salah seorang yang menghidapnya, mari dapatkan suppliment untuk tenangkan stress anda


Vitamin B Complex sangat diperlukan terutamanya kepada individu yang sering mengalami tekanan kerja, tekanan pelajaran atau apa jua jenis tekanan yang menghantui diri. Vitamin B Complex merupakan vitamin anti stress atau lebih dikenali sebagai vitamin penenang. Pengambilan Vitamin B Complex dapat meredakan tekanan atau stress yang di hadapi oleh seseorang individu. Anda juga boleh mencuba tips menangani stress mengikut cara hidup sihat dan sentiasa mengamalkannya supaya tekanan atau stress dapat diatasi.



Vitamin B Complex mengandungi khasiat tersendiri iaitu:

  •  Menukar makanan kepada tenaga - Membantu penghadaman, membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak,  membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  •  Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus.
  • Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  •  Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  •  Mencegah perlcche - Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) & nafas berbau.
  •  Detoksifikasi - Meredakan alahan.


Melihat kepada manfaat dan khasiat yang ada pada Vitamin B Complex, di sini kita lihat pula kandungan vitamin B Complex yang dapat memberikan kebaikan kepada pengamalnya.


Kandungan utama B-Complex serta fungsinya adalah seperti berikut:

1. Vitamin B12
- Sangat penting dalam fungsi saraf dan kognitif, menghadapi kemurungan dan mencegah kekeliruan dan demensia. 

2. Vitamin B6
- Penting untuk metabolisme asid amino yang diperlukan dalam sintesis neurotransmitter dopamine dan serotonin yang penting dalam fungsi sistem saraf dan dalam penyelenggaraan mood tenang dan menyeronokkan. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kemurungan dan kekeliruan.

3. Vitamin B5
- Sangat baik bagi yang menghadapi stress kerana ianya mengawal fungsi kelenjar adrenal. Vitamin B5 diambil bersama-sama dengan asid folik dan vitamin C untuk menghasilkan tekanan hormon kortisol dan adrenalin.

4. Vitamin B3
- Sangat perlu dalam pengeluaran serotonin, yang bertanggungjawab bagi memberikan mood tenang. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kebimbangan dan pergolakan dalam diri.

5. Vitamin B1
- Membantu menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kebimbangan dan juga pemikiran membunuh diri.


Kesan kekurangan Vitamin B Complex

·  Mudah letih, tidak bermaya dan kurang selera makan
·  Stress dan boleh menyebabkan migrain
·  Kegelisahan serta gangguan tidur
·  Sakit pada bahagian abdomen
·  Sembelit
·  Gangguan mental dan emosi
·  Pecah- pecah dan sakit pada mulut dan hidung


Yang sebenarnya stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus dengan cara bijak dan betul. Jadi, ubahlah fikiran dan kawal stres. Jadikan ia cabaran untuk memperbaiki diri menjadi lebih positif.




0 comments:

Post a Comment