Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 19 August 2016

6 Masalah Reproduktif Kurang Diketahui Wanita.

Salam Sejahtera... 




Organ reproduktif perempuan pula ialah vagina, servik, rahim, tiub fallopio dan ovari. Sistem reproduktif ini berfungsi untuk menghasilkan zuriat.

SISTEM REPRODUKSI BERMASALAH

Sebenarnya, masalah ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minuman alkohol, seks rambang, diet yang tidak seimbang dan stres. Selain itu, masalah yang dialami oleh wanita iaitu senggugut adalah disebabkan oleh radang pelvis (pelvic inflammatory disease) dan endometriosis.


Dengan pendarahan haid yang lama dan banyak, ia boleh disebabkan oleh ketumbuhan fibroid. Lelehan vagina yang berbau dan sakit ketika bersama biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin (sexual transmitted disease).

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem reproduktif bermasalah?

Sistem reproduktif perempuan yang bermasalah, biasanya terdiri daripada masalah rahim, tiub fallopio, dan ovari.


Masalah yang kerap dialami?

Manakala bagi perempuan pula, apabila kerap mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan banyak, senggugut, lelehan vagina dan sakit ketika bersetubuh juga boleh menyebabkan sistem reproduktif wanita terganggu.


Antara masalah berkaitan sistem reproduktif wanita yang perlu anda ketahui:

  1. KANSER GENETALIA
Kanser ini terjadi pada vagina, servik dan ovari

2.  GANGGUAN HAID

Ia boleh terjadi akibat daripada 2 jenis iaitu:

Amenore primer – tidak mengalami haid sehingga berusia 17 tahun atau tanpa perkembangan seksual.
Amenore sekunder – Seseorang tidak mengalami kitaran haid selama 3-6 bulan atau lebih pada orang yang tengah mengalami siklus menstruasi.


3.  KANSER VAGINA

Penyebabnya mungkin kerana iritasi oleh virus. Cara terbaik untuk merawatnya adalah dengan kemoterapi dan pembedahan laser.


4.  KANSER SERVIKS

Ia berlaku di mana sel-sel abnormal tumbuh di seluruh lapisan epitel serviks.


5.  KANSER OVARI

Masalah ini tidak diketahui dengan jelas tetapi boleh dirasai dengan perubahan pada fungsi saluran pencernaan atau pendarahan pada vagina yang abnormal.


6.  ENDOMETRIOSIS

Ia adalah keadaan di mana jaringan endometrium terdapat di luar uterus iaitu dapat tumbuh di sekitar ovari atau jauh di luar uterus. Contohnya, paru-paru. Antara gejala endometriosis ialah sakit pada bahagian perut, pinggang dan sakit ketika haid. Jika keadaan ini tidak ditangani, endometriosis boleh menyukarkan kehamilan

6 Bahaya menanti wanita jika mengabaikan penjagaan kesihatan expecialy bahagian dalaman yang perlu sangat -sangat diambil berat..  Jangan la ambil mudah ya wanita2 sekalian... 


0 comments:

Post a Comment