Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 14 August 2016

4 Sebab Anda Perlu Bersenam Awal Pagi Selain Untuk Kurus!

Salam Sejahtera.. 



Siapa la yang akan bersenam di awal pagi? Mesti penat lepas tu nak pergi ke kelas/ ke pejabat hilang tenaga dah.

Tapi, ramai yang tak tahu, bersenam di awal pagi antara waktu paling terbaik.

Nak tahu sebab apa bersenam di awal pagi lebih bagus dan waktu paling terbaik? Jom tengok!

1. Mood anda jadi lebih baik & segar

Kajian menunjukkan senaman 20 minit di awal pagi buatkan tubuh kekal segar dan ceria sehingga 12 jam. Bersenam waktu pagi buatkan anda lebih produktif, mood lebih baik, serta segar sepanjang hari.

2. Membakar lebih banyak lemak

Bersenam sebelum sarapan pagi akan membakar lemak ke tahap maksimum. Badan juga memproses gula dengan lebih baik dan tahap penerimaan glukos dalam badan juga meningkat.

3. Lebih tenaga sepanjang hari & tak mengantuk

Ada yang berpendapat bersenam di awal pagi buatkan badan lebih letih dan kurang tenaga. Menurut kajian, mereka yang amalkan senaman di waktu pagi bukan saja meningkatkan tenaga, malah otak berada di tahap yang tinggi dan kreatif.

4. Pembakaran kalori berterusan

Kajian mendapati pembakaran tenaga akan berterusan sehingga ke tahap 190 kalori lagi walaupun anda sudah habis bersenam. Itu yang buatkan anda rasa bertenaga dan cergas berbanding tidak bersenam waktu pagi.



0 comments:

Post a Comment