Wednesday, 31 August 2016

Promosi Merdeka Spécial Untuk Anda

Assalamualaikum.. 
Salam Merdeka Semua..



Bagi menghargai anda sebagai pelangan yang banyak beri sokongan sepanjang 4 tahun saya dalam Shaklee.. 

Kebetulan pulak hari Sambutan Kemerdekan yang ke 59. Teringin pulak nak bagi sesuatu untuk anda.. 

Ok jom lihat apa yang saya nak beri untuk anda.

Sales Merdeka bermula Hari Nie Sahaja

Promo A (Set Asas Kecantikan)
ESP + Vitamin C 
-Free Shaker 

Promo B (Full Set Kecantikan)
ESP + Vitamin C + Vitamin E + Pencuci Muka Shaklee
-Free Shaker 
-Free Postage

Promo C (Set Jerawat)
ESP + Vitamin C + Alfalfa + Herb Lax + Garlic
-15 percent OFF 
-Free Shaker
-Free Postage

Promo D (Set Kurus)
 Cinch + Lecithin + Herb Lax
-Free Shake
-Free Postage

PROMO E (Set Menyusu) 
ESP + Alfalfa 
-Free Shaker 

PROMO F (Set Parut) 
ESP + Vitamin E
Free Shaker

*Promosi hanya tertakluk pada Set2 yang disenaraikan sahaja. 
*Promosi berlangsung sehingga 31 Aug sahaja
*Setiap pembelian akan dapat special consultation 
*Pembayaran mesti dibuat hari nie jugak.

Menarik kan? Jangan lepaskan peluang okay? 


Boleh terus hubungi saya. Hana  019-5434395



Monday, 29 August 2016

Esp Shaklee ! Bantu Kuatkan Rahim

Salam Sejahtera 



Ada yang berkongsi dengan saya pengalaman mengalami keguguran setiap kali disahkan mengandung. Sebagai seorang wnita saya turut bersimpati dengan beliau. Setiap kali mengandung beliau akan pengalami pendarahan. Selepas disahkan mengandung, beliau akan berhenti dari melakukan kerja berat sperti kerja-kerja rumah dan mengehadkan pergerakan. Doktor juga ada memberikan ubat “Duphaston” untuk tujuan kuatkan rahim. Namun, nasib tidak menyebelahi juga. 

Saya telah mencadangkan untuk beliau mengambil ESP sebagai ikhtiar dan usaha beliau untuk kuatkan peranakan/rahim. Alhamdulillah, selepas mengamalkan ESP Shaklee secara konsisiten akhirnya kandungan beliau telah mencecah 5 bulan. Dan pendarahan juga semakin berkurang dan hampir tiada. Bukan itu sahaja, beliau kini lebih bertenaga dan boleh melakukan aktiviti harian tanpa gangguan dan perasaan risau lagi.



 ESP SHAKLEE BANTU KUATKAN RAHIM?? BAGAIMANA ?

Sebelum itu, mari kita tengok apa kandungan ESP yang boleh menrawat masalah rahim lemah ini. 
ESP Shaklee ini ialah tinggi kandungan Protein. Protein sangat diperukan untuk pembentukan pelbagai organ dan tisu badan manusia serta komponen utama kepada hormon manusia selain dari membina sel-sel baru dalam badan serta memperbaiki sel yang rosak.



Akibat kekurangan Protein dalam badan menyebabkan antibodi kita lemah iaitu unsur melawan penyakit, kandungan air dalam badan tinggi, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.


Organ yang dimaksudkan di sini termasuklah rahim wanita. Rahim yang lemah berpunca dari sel-sel dalam organ tersebut yang telah rosak dan perlu dipulihkan untuk kekalkan fungsi dengan baik. 

Pendarahan di awal kehamilan adalah salah satu petunjuk bahawa seseorang wanita mempunyai rahim yang lemah dan boleh membawa kepada keguguran.
Apabila kita dapat kaitkan kandungan dan kebaikan sesuatu produk untuk masalah tertentu membuatkan kita akan lebih faham.


Sebab itu ESP sangat digalakkan untuk wanita hamil terutama di awal kehamilan. 

Ramai dah yang pernah mengalami masalah rahim lemah.. Tapi selepas kosisten dengan Esp Shaklee , Alhamdulillah... Rezeki dipermudahkan... 

Testimoni Esp Shaklee bantu kuatkan rahim




Testimoni Esp Shaklee bantu kuatkan 




Kepada yang sedang memgalaminya masalah berkaitan, boleh là segera dapatkan terus dari saya

Hana 
 019.54343 95
.















/

Sunday, 28 August 2016

Bagaimana Kenalkan Allah & Rasul Kepada Si Kecil.

Salam Sejahtera.




Pernahkah si kecil anda bertanya…”Mama…Allah tu siapa?” 

Apakah jawapan sesuai yang boleh anda berikan supaya si kecil faham dan dapat ‘merasai’ adanya Allah?

Berusahalah untuk sulamkan nilai tauhid dalam diri si kecil agar dapat menumbuhkan iman dan rasa kecintaan, kekaguman dan takut kepada Allah melebihi segala-galanya dalam jiwa anak.

Apa yang boleh mama dan papa lakukan?

1.Sentiasa kaitkan apa yang dilihatnya dengan Allah SWT
Misalnya “Subhanallah Ahmad, cuba lihat rama-rama ini. Cantik bukan? Allah yang buat kerana Allah Maha Berkuasa. Dia Maha Pencipta yang maha agung."

2. Biasakan mendengar kalimah memuji Allah SWT
Jiwanya masih hijau dan fitrah. Biasakan kalimah-kalimah memuji Allah seperti Lailahhaillallah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

3.Sentiasa istighfar jika berlaku sesuatu
Sekiranya anda sedang marah atau berhadapan dengan sesuatu yang menggugat kesabaran, segeralah beristigfar.

4. Beritahu sifat-sifat Allah SWT
Katakan juga Allah Maha Melihat dan melihat apa sahaja perlakuan yang dia lakukan, kecil atau besar, secara berdepan ataupun dibuat dengan cara bersembunyi.

5. Allah Maha Mengetahui
Katakan pada dia perbuatan baik atau buruk akan dibalas Allah sama ada di dunia atau akhirat.

6.Ceritakan juga perihal syurga dan neraka kepada si kecil
Malaikat Rakib dan Atid  sentiasa mencatat amalan baik di bahu kanan dan perbuatan buruk di bahu kirinya. “Jadi, adik nak bahu kanan berat atau bahu kiri yang berat? Kalau nak kanan berat, adik mesti kumpul pahala banyak-banyak”

7.Ajar anak menghafal 99 nama-nama Allah
Nyanyikan nama-nama indah ini bersama si kecil anda.

8.Bacakan dan ceritakan kisah-kisah Nabi
Anak-anak suka mendengar cerita. Jadi ambil kesempatan untuk selalu bercerita kepada anak-anak setiap kali ada masa terluang misalnya sebelum mereka tidur. Semoga akhlak-akhlak yang baik ini dapat dicontohi oleh anak-anak.

Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yang dapat mengenalkan anak-anak dengan Allah serta mencetuskan rasa cinta dan keimanan yang tinggi kepadaNYA.


Saturday, 27 August 2016

Kerap Sakit Gigi Petanda Kurang Kalsium

Salam Sejahtera. 




Dua hari lepas dapat wassap dari rakan sekolej dulu.. Tengah hamil  anak ke empat. Kabarnya beliau sedang menahan kesakitan gigi teramat sangat. Sampaikan nak solat pun tak selesa.  Rutin hari pun tertangguh dek kerana sakit gigi

Mengikut kajian jika kerap sakit gigi pertanda kurang kalsium. Kalsium  sangat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi.. Sebanyak 99% kalsium memberi manfaat untuk organ penting dan hanya 1% sahaja yang menyumbang kepada pengaliran darah untuk semua organ dalam badan seperti bahagian jantung dan keseluruh badan yang lain. 

Sebenarnya banyak punca lain yang boleh dikaitkan dengan kekurang kalsium .Tapi yang paling ketara dapat kita lihat, Kalau kerap sakit gigi pertanda kurang kalsium la tu.. Paling mudah kalau anda nak kesan 

Jika anda berumur awal 30 kurang ambil berat dengan pengambilan kalsium seharian. Risiko untuk anda untuk kerap sakit gigi adalah tinggi.. Jangan pelik kalau setiap tahun satu persatu batang gigi anda menjadi korban. 

Now saya bantu anda tahu apa lagi kesan jika kurang kalsium. 








Jika anda juga mengalami masalah yang sama seperti beliau atau pun tanda-tanda lain, adalah lebih baik anda mengamalkan pengambilan supplement kalsium dari sekarang. Boleh minum susu, atau telan aje Ostematrik.

Ostematrik adalah supplement kalsium Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi diperlukan untuk bantu penyerapan kalsium seperti vitamin D dan magnesium.


Sebiji OsteMatrix mengandungi:

  • Kalsium - daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi - 1,000 mg (100% DV)
  • Magnesium - 400 mg (100% DV) - untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D - 400 IU (100% DV)  - untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron (3mg) - membantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan, copper & zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Kalsium yang tinggi boleh didapati dalam Almond, Ikan Sardin segar bukan yang ditinkan ya, Keju, Kerang, Sayuran Hijau, Tauhu, Bijan, Susu dan Kekacang.

Adakah kita penuhi menu seharian dengan makanan yang tinggi Kalsium? Jika tidak, kita wajar fikirkan kaedah lain. Kita sedar, usia semakin meningkat, kandungan Kalsium semakin merudum dan mula rasa kejang otot di sana sini tapi masih belum mahu berubah.Jangan nanti bila kita telah disahkan osteoporosis(reput tulang), baru kita mula panik mencari kalsium. Saat itu, kita mungkin telah terlewat

Now ambil la peluang promo Ostematrik yang masih ada nie untuk anda kembalikan kalsium yang kurang dan kekal sihat bebas sakit gigi walau apa keadaan sekali pun.. 




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395



♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kertih
Johor :Bandar Tenggara & Kulai







Friday, 26 August 2016

Sembelit Selepas Bersalin

salam sejahtera



Sembelit selepas bersalin??? 

Adakah anda pernah sembelit selepas bersalin?? Sembelit selepas bersalin adalah masalah yang biasa dan kebanyakkan ibu-ibu yang bersalin pasti akan mengalaminya.


Masa saya Berpantang anak pertama dulu pun kena sembelit..huhuu..tak mahu dikenang rasanya. Tapi masa anak kedua nie..dah takda lagi sembelit sebab dah kenal Shaklee..hehe..syukur alhamdulillah..

So hari nie nak share info khususnya buat bakal2 ibu yang akan bersalin tak lama lagi dan juga ibu2 yang sedang berpantang bagaimna nak atasi jika alami sembelit selepas bersalin. 


Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.



Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Penyalahgunaan julap.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus.

Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. 
Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Taut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
Cara Elak Sembelit Selepas Bersalin dengan Kalsium



Faedah kalsium Ostematrikyang lengkap dengan magnesium dan beberapa mineral penting lain memberi faedah buat ibu berpantang yang mudah kena sembelit. Kalsium membantu regangan muscle supaya lebih fleksibel dan seperti kata testimonial kita, najis terasa lembut.

Selain tu, kalsium membantu menghilangkan sakit pinggang dan belakang juga kebas tangan yang kadang-kadang dialami oleh ibu berpantang dan menyusu akibat kekurangan kalsium. 

Maklumlah ibu menyusu berkongsi sumber kalsium dengan bayi dan badan kita akan memberi keutamaan kalsium untuk penghasilan susu ibu. Kalau tak nak sakit berterusan, nak gigi dan tulang kuat, cepat-cepatlah amalkan kalsium.

Sekiranya anda mengalami masalah sembelit selepas bersalin dan ingin mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395



♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kertih
Johor :Bandar Tenggara & Kulai




Wednesday, 24 August 2016

Ostematrik Kalsium Kesukaan Saya

Salam Sejahtera.. 




Kalau ada yang bertanya.. Apa Suppliment Shaklee yang paling saya suka sekali.. Jawaban yea,  Ostematrik la..  Ostematrik kalsium kesukaan saya yang memang saya rasa penting sangat untuk penjagaan tulang saya. 

Kenapa Ostematrik kalsium kesukaan saya??? 

Dulu kita muda-muda cergas semua benda tapi bila usia kita meningkat kita mula rasa kekurangan sedikit demi sedikit..  Pergerakan kita dah tak macam yang dulu. Mula rasai kesakitan dibahagian tertentu.

Saya kuat bersukan zaman belajar dulu.  Tapi bila dah berkeluarga,  aktiviti lasak macam dulu dah kurang.  Itu tak nampak effect lagi.. Tapi bila saya mula hamil,  saya dah mula rasa perubahan sedikit demi sedikit.  Tak boleh dibiarkan nie.. Kesakitan yang saya alami adalah pada bahagian pinggang saya.  Walaupun setiap hari saya minum susu tetap tidak menampakkan perubahan.


Tapi apabila saya mula kenali Ostematrik Shaklee , kesakitan makin kurang dan sekarang dah masuk anak kedua kecerdasan kembali seperti dulu. Ostematrik bantu saya dapatkan rehat secukupnya, perhadaman lancar setiap hari. Masa hamil lagi la sangat membantu, tiada lagi kekejangan urat, sakit -sakit badan pun tiada.

Kita mesti ambil kalsium setiap hari. Sebagaimana yang kita maklum manfaat yea pada tubuh kita tersangat la penting. 
 Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "


Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.


OK disini saya kongsikan untuk anda respon mereka yang menjadikan Ostematrik Kalsium kesukaan mereka 



Testimoni 1# Ostematrik kalsium kesukaan saya 


Testimoni 2# Ostematrik kalsium kesukaan saya


Testimoni 3# Ostematrik kalsium kesukaan saya 


Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara tanda - tanda kekurangan kalsium:



Otot & Saraf:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm
Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawalJantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

 Untuk kesihatan jangka panjang memang kalsium sangat penting . Bagi anda yang mahu mulakan penjagaan tulang secara kosisten , boleh la segera
amalkan Ostematrik Shaklee.. Harga sebotol murah jer.. rm 61 sahaja untuk 2 bulan pengambilan.

Tak la mahal sangat pun jika dibandingkan kebaikan yang akan tubuh kita terima dalam sehari. Pada saya anda wajib mengambil kalsium dalam sehari. 

Jika anda mahu dapatkan Ostematrik boleh hubungi saya :>


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kertih
Johor :Bandar Tenggara & Kulai



Tuesday, 23 August 2016

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Salam Sejahtera 




Apabila kita ingin sertai sesuatu keahlian mesti kita nak tahu dulu apa kelebihan yang akan kita dapat nanti. Begitu jugak dengan Shaklee . Sudah tentu anda mahu tahu apa kelebihan menjadi ahli shaklee dengan lebih terperinci.

Seperti mana kita tahu Shaklee adalah sebuah syarikat MLM yang pertama dan telah beroperasi di Malaysia lebih 20 tahun. Dengan konsep yang lebih menekankan kepada semulajadi , selamat dan berkesan, Shaklee semakin dikenali dan mampu merubah kehidupan seseorang apabila menyertainya .

Banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee sebenarnya. Dengan pelbagai ganjaran yang lumayan untuk setiap ahli yang menunjukkan prestasi yang memberansangkan . 

Kepada anda yang ingin mengetahui apa kelebihan menjadi ahli Shaklee. Saya akan kongsikan kepada anda maklumat yang penting jika anda menjadi ahli Shaklee.


Disini saya bahagikan kepada 2 bahagian kelebihan menjadi ahli shaklee...

  • 📌 Sebagai Tujuan Penggunaan Produk

1. Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda berpeluang menikmati harga produk kesihatan dan kecantikan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran. Sehingga 33% penjimatan. Ada lagi. Anda juga boleh mendapat bonus tunai/rebat bagi setiap pembelian RM450 ke atas.

2. Pengguna Shaklee juga boleh hadiri sesi Shaklee Monthly Sharing yang dibuat setiap bulan. Di sini, anda berpeluang mengetahui maklumat terkini daripada Shaklee. Antaranya promosi produk dan juga sesi taklimat kesihatan daripada pakar nutrisi Shaklee.

  • 📌 Sebagai Tujuan Perniagaan Produk

Ini bagi anda menjadikan Shaklee sebuah kerjaya. Samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Antara manfaatnya :

1. Anda berpeluang menambah pendapatan diri dan keluarga menerusi bonus tunai komisen jualan. Bukan itu saja. Ada lagi bonus kepemimpinan, kereta dan percutian bersama Shaklee.

2.  Anda boleh membina jaringan/networking dengan lebih ramai orang. Tanpa mengira pelusuk tempat dan latar belakang. Orang kata; your network determines your net worth.

3. Anda akan mendapat latihan mahupun seminar perniagaan, pemasaran dan kesihatan pada harga berpatutan yang diberikan oleh mentor kita sendiri. Dan ada latihan atau seminar sebegini menelan belanja ratusan atau ribuan ringgit jika didapati dari luar.

Selama 3 tahun saya berada dalam Shaklee. Macam-macam peluang yang Shaklee tawarkan untuk semua ahlinya.  Jika  anda turut sama sertai mesti akan berasa sikit pun tidak rugi mendaftar sebagai ahli.Manfaat suppliment untuk kesihatan sudah tentulah akan sentiasa boleh dirasai . Selain itu anda jugk boleh jadikan Shaklee sebagai kerjaya tetap anda.  Ramai sudah yang telah berjaya merubah hidup mereka dengan Shaklee. 

Jika  anda berminat untuk menyertainya.. Masih belum terlambat.  Boleh segera hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut bagi anda yang mahu rasai kelebihan menjadi ahli Shaklee. 
Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh


Johor :Bandar Tenggara & Kulai


Monday, 22 August 2016

B Complex Penenang Stress Anda


Salam Sejahtera 



Apabila sebut sahaja perkataan stres, banyak dahi yang sudah berkerut, itulah penangan stres. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada perkara ini seperti kesesakan jalan raya, dimarahi bos, kerja yang terlalu banyak dan boleh jadi juga putus cinta.


Stres boleh mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kemurungan, dan alzheimer. Jika anda tidak mahu jadi salah seorang yang menghidapnya, mari dapatkan suppliment untuk tenangkan stress anda


Vitamin B Complex sangat diperlukan terutamanya kepada individu yang sering mengalami tekanan kerja, tekanan pelajaran atau apa jua jenis tekanan yang menghantui diri. Vitamin B Complex merupakan vitamin anti stress atau lebih dikenali sebagai vitamin penenang. Pengambilan Vitamin B Complex dapat meredakan tekanan atau stress yang di hadapi oleh seseorang individu. Anda juga boleh mencuba tips menangani stress mengikut cara hidup sihat dan sentiasa mengamalkannya supaya tekanan atau stress dapat diatasi.



Vitamin B Complex mengandungi khasiat tersendiri iaitu:

  •  Menukar makanan kepada tenaga - Membantu penghadaman, membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak,  membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  •  Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus.
  • Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  •  Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  •  Mencegah perlcche - Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) & nafas berbau.
  •  Detoksifikasi - Meredakan alahan.


Melihat kepada manfaat dan khasiat yang ada pada Vitamin B Complex, di sini kita lihat pula kandungan vitamin B Complex yang dapat memberikan kebaikan kepada pengamalnya.


Kandungan utama B-Complex serta fungsinya adalah seperti berikut:

1. Vitamin B12
- Sangat penting dalam fungsi saraf dan kognitif, menghadapi kemurungan dan mencegah kekeliruan dan demensia. 

2. Vitamin B6
- Penting untuk metabolisme asid amino yang diperlukan dalam sintesis neurotransmitter dopamine dan serotonin yang penting dalam fungsi sistem saraf dan dalam penyelenggaraan mood tenang dan menyeronokkan. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kemurungan dan kekeliruan.

3. Vitamin B5
- Sangat baik bagi yang menghadapi stress kerana ianya mengawal fungsi kelenjar adrenal. Vitamin B5 diambil bersama-sama dengan asid folik dan vitamin C untuk menghasilkan tekanan hormon kortisol dan adrenalin.

4. Vitamin B3
- Sangat perlu dalam pengeluaran serotonin, yang bertanggungjawab bagi memberikan mood tenang. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kebimbangan dan pergolakan dalam diri.

5. Vitamin B1
- Membantu menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kebimbangan dan juga pemikiran membunuh diri.


Kesan kekurangan Vitamin B Complex

·  Mudah letih, tidak bermaya dan kurang selera makan
·  Stress dan boleh menyebabkan migrain
·  Kegelisahan serta gangguan tidur
·  Sakit pada bahagian abdomen
·  Sembelit
·  Gangguan mental dan emosi
·  Pecah- pecah dan sakit pada mulut dan hidung


Yang sebenarnya stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus dengan cara bijak dan betul. Jadi, ubahlah fikiran dan kawal stres. Jadikan ia cabaran untuk memperbaiki diri menjadi lebih positif.