Salam Sejahtera
Gum Arabic (dipanggil Gam Arab di Malaysia) ada 2 jenis,
iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic
yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam
industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya
digunakan untuk industri-industri lain. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil
Gum Acacia, terutamanya di Amerika dan Eropah.
Berikut adalah fakta-fakta dan maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai
kebaikan-kebaikan Gum Arabic (Acacia Senegal):-
1. US Food and Drug Administration (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah
satu sumber serat makanan yang paling selamat.
2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) &
World Health Organization (WHO) telah bersama-sama membuat ujian tentang
penggunaan ke atas gum arabic dan mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan
yang amat selamat untuk dijadikan sebagai makanan tambahan.
3. Orang-orang Sudan dan Mesir telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak
mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan
mereka tenaga yang diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.
4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan
apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids,
SCFA), yang menyumbang kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama
sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik
yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan
dari badan. Probiotik, yang hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan
mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga
sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolesterol dalam darah, sebagai
antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, sebagai antioksidan
dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
Ikutilah tentang perbezaan antara prebiotik dan probiotik dan peranan mereka
dalam memantapkan sistem imun badan manusia.
5. Kajian membuktikan Gum Arabic boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang
dan merawat sakit buah pinggang yang kronik. Bliss
et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition,
melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang
makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai
perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah
berbanding dengan pesakit yang hanya makan diet rendah protein tanpa makan gum
arabic. Gum arabic didapati boleh membantu menurunkan uraemia dan sekaligus
mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit
kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of
Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad
Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal
failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum
arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
6. Ramai ahli saintis atau pengkaji telah menemui atau
membuktikan bahawa Gum Arabic adalah setaraf dengan susu ibu dari segi kesan
prebiotiknya dan keberkesanan Gum Arabic merawat pelbagai penyakit yang
berpunca daripada usus, lemak, gula atau kolesterol sudah tidak diragui lagi.
Semua pengkaji bersetuju bahawa Gum Arabic boleh membantu badan berfungsi
dengan sempurna bagi menghalang atau merawat pelbagai penyakit yang berpunca
dari makanan dan minuman yang tidak sihat dan pencemaran air, udara dan radiasi.
A) Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arabic dan
kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan
makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan
membantu meningkatkan prestasi usus. Dr. Isam menambah lagi bahawa kandungan
prebiotik dalam Gum Arabic bertindak menyuburkan bakteria baik dalam usus yang
bertanggungjawab membuang segala toksin, lemak yang berlebihan dan bahan-bahan
yang tidak berguna (waste) dari badan. Prebiotik juga menguatkan sistem imun
dan melawan bakteria yang berbahaya. Dr. Isam juga mengkritik karenah Barat
yang lebih mempromosikan gandum dan barli sebagai sumber serat makanan yang
diperlukan oleh badan, sedangkan gandum dan barli mengandungi kalori yang
tinggi yang akhirnya membawa kepada penyakit diabetis dan obesiti. Sedangkan
serat makanan yang amat baik untuk badan adalah serat makanan larut yang
terdapat dalam Gum Arabic yang juga mempunyai kesan prebiotik. Kebanyakan
doktor perubatan yang mengesyorkan pengambilan serat makanan antara 25-35 gram
sehari adalah mereka yang tidak mempelajari tentang sains nutrisi, jadi mereka
tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis serat yang baik dan yang tidak baik.
B) Gum Arabic boleh merawat cirit birit ringan, masalah
buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus, iaitu
kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Ini telah
dinyatakan oleh Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik.
Beliau berkata, penyelidikan perubatan yang dijalankan ke atas Gum Arabic telah
membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit
usus dan lain-lain, rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit,
kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif,
kolesterol dan lain-lain. Menurut beliau lagi, kajian-kajian mengenai perkara
ini telah dijalankan di Hospital Ahmed Qassim dan Hospital Ja'far Ibn Aouf di
Sudan dan Hospital al-Qasr al-Aini di Mesir.
C) Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam
satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arabic, menamakan kelebihan Gum
Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa
negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan
kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan
merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Di samping itu, Gum Arabic juga dapat
meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.
D) Prof. John R. Lopin, Penasihat Saintifik di AidGum Foundation,
menyatakan Gum Arabic adalah sejenis resin dan pada masa yang sama ia bertindak
sebagai prebiotik untuk menghasil asid lemak rangkaian pendek (short-chain
fatty acid) yang memberikan tenaga kepada badan di samping menguatkan fungsi
usus.
8. Mengenai kemampuan Gum Arabic mengurangkan risiko sakit
jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary Heart Disease, CHD), ini
adalah dikaitkan dengan kemampuan gum arabic menurunkan paras kolesterol LDL
dalam darah disebabkan kandungan serat makanan larut (soluble dietary fiber)
yang tinggi dalam Gum Arabic. Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Kromhort et
al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al. (1996), dan Khaw and
Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut memainkan peranan
penting dalam mencegah atau mengurangkan CHD.
9. Gum arabic adalah satu-satunya makanan yang mempunyai
serat larut yang paling tinggi, mencecah sehingga 85% mengikut fakta pemakanan
(nutrition fact) serbuk bancuhan segera gum arabic yang dikeluarkan oleh
beberapa pengusaha. Ini bermakna pengambilan 10 gram gum arabic sehari
menyumbangkan 8.5 gram serat makanan larut yang diperlukan oleh badan untuk
proses penghadaman yang sempurna.
Banyakan fakta dan kebaikan GUM ARABIC nie kan . Rasa beruntung pulak selama ini telah mengamalkan makanan sunnah ini setiap hari.
Saya pengemar VItamin C Shaklee dan anak saya sukakan Meal Shake Shaklee . Kedua - dua suppliment ini ada terkandung Gum Arabic (Acacia Gum )
0 comments:
Post a Comment