CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 31 July 2016

KENAPA DOKTOR PAKAR BENARKAN MENGAMBIL VIVIX SHAKLEE ?

Salam Sejahtera



Testimoni Pengguna Vivix

Mak Baya punyai penyakit buah pinggang. Perlu keluarkan air dalam badan melalui CAPD. Namun, sejak CAPD, badan mak menjadi lemah.
-
Risau hati Baya. Memikirkan sakit mak. Bila dah ada  anak, faham lah Baya kasih seorang emak.
-
Setelah mendapat nasihat doktor pakar, Baya nekad mencuba VIVIX untuk mak.
-
-
BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK KE ATAS TUBUH?
-
1️⃣ Membaiki dan melindungi sel
Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas. 
-
Vivix berfungsi untuk membaiki dan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. Dengan mengambil Vivix kadar kerosakan dapat diperlahankan dan dapat dilindungi oleh resvertol dan polyphenol yang tinggi dalam Vivix. 
-
-
2️⃣ Mempertahankan dan mengawal genetik 
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur sel. 
-
Dalam satu penemuan utama dalam ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.
-
-
3️⃣ Memberi tenaga kepada sel(Mitokondria)
Satu lagi timdakan hebat Vivix ialah dipanggil Mitokondria atau penjana tenaga kepada sel. Mitokondria mempengaruhi prestasi sel, jika kecekapan mitokondria menurun, prestasi sel juga akan memendekkan usia sel. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitkondria untuk meningkatkan tenaga.
-
-
4️⃣ Meningkatkan Prestasi sel dan melambatkan penghasilan protein AGE.
-
AGE(Advance Glycation End Products) adalah bahan akhir hasil daripada diproses oleh sel badan. Ia sangat merbahaya dan merosakkan pada tahap selular. 
-
AGE ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel dan juga sistem tubuh badan manusia. Ia boleh menyebabkan banyak punca kepada penyakit kronik jika dibiarkan tanpa pencegahan. -
-
Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih kuat Resveratol yang mampu melambatkan pengumpulan proteim AGE dalam tubuh.
-
Nak tak tengok mak ayah kita sihat. Bertenaga seperti dulu. Harga VIVIX memang agak tinggi. Tapi dibandingkan nilai kasih sayang mak kita, pasti sangat la berpadanan. 
-
Agak-agak kalau kita yang sakit. Pasti mak pun beri yang terbaik untuk kita betul?? 

Untuk dapatkan Vivix segera. Hubungi saya ya Hana 019-5434395



Saturday, 30 July 2016

Vivix Membantu Merawat Stroke

Salam Sejahtera



Bahana Stroke! Nak Rawat Stroke Dengan Berkesan Tak? Baca hingga habis ye.



Stroke atau angin ahmar adalah suatu penyakit yang amat digeruni kerana ia boleh menyebabkan lumpuh atau maut dalam tempoh yang sekejap, dan hampir tidak disangka-sangka datangnya.






Strok terjadi apabila salur darah di otak pecah selepas ia tersumbat. Pengumpulan mendakan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain dalam arteri menyempitkan saluran darah yang menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, dan akhirnya arteri ini pecah. Tanpa rawatan segera ia boleh menyebabkan lumpuh, mati sebelah badan atau kematian terus.


salur darah tersumbat di otak menyebabkan stroke

Namun, terdapat tanda atau simptom yang jelas seseorang itu mendapat stroke, seperti tiba-tiba merasa kebas atau lemah sebelah badan, biasanya tangan dan lengan, badan tidak seimbang, tidak boleh bercakap dengan betul, mulut atau pipi menjadi herot, dan lain-lain lagi.

Kebiasaan penyakit ini menyerang seseorang yang lanjut usia umurnya dan sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, darah pekat (polisitemia) dan sakit jantung.
Pelbagai kaedah rawatan dianjurkan oleh perubatan moden dan pelbagai alternatif yang lain seperti urutan, kawalan pengambilan makanan, tips cara hidup yang sihat serta pelbagai ubat-ubatan untuk mengubati penyakit ini. Namun begitu, dalam perubatan islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini.

➟ NAK RAWAT STROKE DENGAN PANTAS & BERKESAN?

Memperkenalkan Vivix minuman botani yang dihasilkan dari ramuan ajaib. Ia berfungsi untuk merangsang sel & saraf pesakit stroke agar AKTIF & BERFUNGSI SEMULA.
Minum hanya satu sudu kecil sebelum sarapan pagi secara konsisten setiap hari..insyaAllah kesan yang positf dapat dilihat dalam masa yang singkat.

==================================
👉 Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Pesakit Strok

Pasti ramai yang dah tahu bahawa Vivix Shaklee dapat membantu mencegah serangan stroke malah juga membantu dalam pemulihan pesakit stroke dengan PANTAS!
1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.

3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.

4. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.

5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.

6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.

7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.
8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.

10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.

Lihat testimoni





       


         



Berapa harga Vivix ni? Jangan terkejut ye harganya RM475 sebotol tahan 2 bulan.
Kenapa mahal sangat?

👉 Vivix ni bahan berkualiti terbukti berkesan bukan hanya untuk pesakit stroke malah sangat membantu untuk pesakit kanser dan pesakit kronik yang lain.

👉 Lebih 2 Juta botol terjual seluruh dunia sejak diperkenalkan tahun 2008

👉 Satu-satunya suplemen yang berjaya menembusi DNA manusia. Ia merawat hingga ke peringkat sel

Nak beli Vivix dengan harga yang lebih murah?
Promosi bulan ni beli 2 botol hanya RM766 sahaja dan anda dapat ;

➲ Free Membership seumur hidup bernilai RM69 

➲ Free Postage
➲ Cash Rebate RM38 terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda.




Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh

Johor :Bandar Tenggara & Kulai


BELLS PALSY BUKAN STROKE

Salam Sejahtera



First time dengar penyakit Bells Palsy, saya pun ingatkan stroke

Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal memang kena lari jauh2 dari Bell’s Palsy ni. Minta dijauhkan olehNya.

Bells Palsy ni rupa2nya keherotan pada sebelah wajah. Boleh terjadi pada orang tua dan orang muda tanpa beri sebarang isyarat awal dan selalunya terjadi waktu bangun dari tidur. Bangun tidur saja, baru perasan muka dah jatuh sebelah.

Bells Palsy bukan stroke. Sebab ia terjadi pada bahagian muka manakala seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan bukan pada muka sahaja.

Testimoni dari leader saya yang diserang #bellspalsy
----------

2 Oktober 2015 merupakan hari yang takkan luput diingatan leader saya ni...seorang ibu yang baru melahirkan anak dan menyusukan anaknya.

Tersedar dari tidur muka dah jatuh..
Tak boleh senyum..wajah terasa tegang

Mata tak boleh tutup.

Air mata mengalir macam menangis.
Sakit..

Doktor mengesahkan yang beliau telah diserang BELL PALSY. Leader saya ini diberikan ubat steroid.

Yakin dengan janji Allah setiap penyakit ada ubatnya beliau ingin ikhtiar dengan rawatan alternatif.

Apa yg beliau amalkan ialah #vivix special dose, #omegaguard, #bcomplex dan #vitamin e secara konsisten serta rawatan fisioterapi.

Alhamdulillah..Selepas 90 hari..Allah berikan sinar kepada beliau untuk kembali tersenyum <3 <3 <3

Kini beliau sudah pulih dan tidak perlu bergantung lagi kepada ubat steroid.
---------------

Anda atau ahli keluarga anda mengalaminya?



Jom ikhtiar dengan vivix..inshaAllah


Boleh hubungi saya segera hana  0195434395

Wednesday, 27 July 2016

Kepentingan Multivitamin Untuk Kita

Salam Sejahtera



Ramai yang tak amik endah tentang kepentingan multivitamin kerana menyangka apabila cukup makan 3 kali sehari dah memadai.

Hakikatnya untuk dapatkan vitamin dan minerals yang setanding dengan kandungan multivitamin , ada kajian menyatakan ia adalah sama dengan 40 jenis lauk pauk.

Sedangkan rata-rata hari ini mempunyai menu yang hampir sama setiap hari. 

Malah ramai ibu bapa yang risau apabila anak mereka hanya suka makan nasi, kicap dan telur semata. 

Maka pentingnya pengambilan multivitamin untuk memberi keseiimbangan kepada keperluan semua jenis vitamin dan mineral dalam tubuh.

Jika 

1. Anda mempunyai masalah senang sakit kepala, mudah pening, rambut sering gugur atau
2. Anda adalah pesakit kencing manis dan sering keletihan
3. Ibu yang mengandung atau menyusu

Sebenarnya anda adalah antara mereka yang memerlukan multivitamin. 

Apa kata cuba amalkan Vitalea Shaklee. Kandungan vitamin dan mineral yang lengkap membantu tubuh kita sihat dan menjana minda yang cergas.

Mahu mendapatkan sebotol multivitamin untuk anda dan keluarga? Oh ya Shaklee juga mempunyai multivitamin khas untuk kanak2. Jom dapatkannya hari ini!

Boleh hubungi
Hana kasim
019-5434395

Thursday, 21 July 2016

Akhirnya Dapat Jugak Sertai Kelas Shaklee

Assalamualaikum... Salam Sejahtera 



Hari nie saya akan sertai kelas Shaklee. walaupon banyak dah kelas Shaklee yang saya pernah sertai tapi kali ini semangatnya lain sangat. Saya rasa semangat nak belajar dengan Shaklee tu kuat . Walaupun ada cabarannya tapi semua tu tak jadi masalah pada saya. 

Alhamdulillah kali nie saya nak join kelas HW TALK SHAKLEE pulak la. ramai yang kata best kelas nie.  Bukan best sebab percuma ye tapi sebab kelas nie ada topik- topik tertentu yang akan diajar berkaitan dengan kesihatan manusia, Bagaimana kita nak bantu & apa produk yang terbaik untuk kita selesaikan masalah kesihatan 

Sebenarnya start awal januari lagi saya rancang nak sertai semua kelas shaklee tapi belum berkesempatan jugak saya. Tapi bila tiba bulan julai nie ada pulak kelas shaklee area berdekatan tempat saya. apa lagi korang , bersemangat habis lah. Yang bestnya saya nak pergi tapi jalan & tempatnya tak tahu. Dalam jadual hanya bagi hotel apa yang akan diadakan . Saya apa lagi tanya pk google la kat mana tempatnya. bila  dah dapat alamat lain pulak masalahnya.. 

Sekarang kan semua canggih , nak tengok jalan dah ada perisisannya. Selalau saya Waze je alamatnya kalau tak tahu jalan. Nanti jalan mana kita nak tuju semua akan ditunjukkan..Mudah sungguh la. Tapi kecanggihan tu terhenti bila telefonku dimasuki air tempoh hari.. Dalam otak nie pikir terus . Camna la nak pergi nie. Dapat idea ,Tak apa la nanti berhenti tanya orang la kalau tak tahu jalan. Macam dulu - dulukan.


Yang tu cabaran pertama saya , Tapi kata orang  bila kita nak buat benda baik mesti Allah datangkan orang akan bantu kita .. Alhamdulillah pagi tadi kebetulan ada kawan kerja yang memang tinggal area tempat saya nak pergi tu.Saya tanyakan alamat kepadanya.  Siap bagi peta jalan mudah lagi nak kesana. Lega sikit kerisauan saya nanti.. Lebih yakin la nampaknya.

Saya kenal shaklee sejak ada anak sorang sampai la sekarang anak dah dua. Boleh dikatakan kalau ada saja kelas Shaklee mesti berganding dengan anak la turut serta. Pernah saya sertai kelas dua - dua anak ada sebelah. Memang kalau dah berniat nak tuntut ilmu Allah akan permudahkan jalannya. Anak - anak saya macam dah faham dah sekarang. Kalau sertai kelas saja diorang mesti ok dan tak banyak kerenah. 

Cabaran ibu berkerjaya  + berbisnes cabarannya besarnya - anak la. Tapi kalau kita berjaya harungi dan tempuh segala kerenah diorang , semua tu tak jadi masalah besar. Ada saja saya tengok anak berderet - deret pon boleh berjaya dalam bisness. Saya nak buktikan saya ibu yang mampu lakukan terbaik untuk anak - anak dan bisnes saya.. 

Untuk hari nie dua anak saya akan sertai sama. Mudah - mudahan segalanya berjalan lancar dan diorang pun boleh belajar memahami apa yang ibu diorang belajar..

Alhamdulillah bulan julai nie saya sempat 2 peluang yang Shaklee sediakan iaitu sertai kelas H&W TALK SHAKLEE dan sertai HEALTY & WELLNESS FAIR bagi area Johor Bharu. 

Target saya untuk hari nie moga ilmu yang saya dapat nanti akan saya kongsikan untuk anak - anak dowline  saya pulak . Dalam Shaklee berkongsi itu mesti. Bila kita berkongsi apa 2 pun.. Insya Allah ganjaran sangat la besar.

Saya mahu kembangkan bisnes saya ketahap yang lebih baik. Mahu hidup luarbiasa..Mahu bantu orang berjaya bersama - sama.  harap semua doakan ya.. 

Itu saja kot cerita saya .. Nak cerita pasal kelas Shaklee pon hari nie baru nak tahu apa pengisiannya.. Nanti saya sambung lagi ya .

Bagi anda yang nakkan tahu info - info lanjut berkaitan peluang terbaik Shaklee  boleh hubungi saya  Hana 019-5434395



Wednesday, 20 July 2016

5 Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Ajar Kepada Setiap Anak Lelaki

Salam Sejahtera 



Kehadiran anak memang sangat dinantikan oleh setiap yang bergelar ibu bapa. Anak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada ibu bapa.


Corak pendidikan dan membesarkan anak terletak di tangan ibu bapa. Maka coraklah anak dengan akhlak yang terbaik supaya dia membesar sebagai anak yang bukan sekadar cemerlang dan berjaya dalam kehidupan tetapi menjadi insan yang berperibadi mulia.

Mempunyai anak lelaki menjadi idaman semua ibu bapa yang sudah memiliki anak perempuan. Mendidik anak lelaki perlu ada pendekatan berbeza dengan anak perempuan.

Hari ini banyak kes viral yang kita baca tentang betapa rapuhnya peribadi dan akhlak seorang lelaki. Seolah-olah insan berjantina lelaki ini sudah tidak layak menjadi pemimpin kepada para wanita (tetapi bukan semua lelaki).

Maka sudah tiba masanya, ibu bapa perlu menekankan beberapa perkara apabila mendidik anak lelaki. Tujuannya supaya anak lelaki tersebut bakal menjadi pemimpin yang amanah, suami yang penyayang, abang yang melindungi dan anak yang menghormati orang tua.

1. Respek Orang Perempuan

Bila ada anak lelaki, selalu ingatkan dia tentang perbezaan dirinya dengan ibu dan kakak (jika ada) atau adik perempuan. Ajar anak untuk menghormati dan menghargai golongan wanita. Katakan yang wanita adalah golongan yang lembut dan perlu disayangi bukan dikasari. Elakkan anak lelaki daripada bermain kasar seperti berlawan dan sebagainya dengan anak perempuan.

Jangan lupa beritahu anak lelaki yang mereka bertanggungjawab untuk melindungi ibu, kakak dan adik perempuan jika ketiadaan ayah. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dia tahu tentang tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.

Apabila anak lelaki diajar menghormati orang perempuan maka mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyakiti golongan tersebut. Barulah mereka akan membesar sebagai lelaki sejati yang bertanggungjawab dan tidak sampai hati menyakiti orang perempuan.

2. Ajar Buat Kerja Rumah

Biasakan anak lelaki turut membantu membuat kerja rumah. Bukan anak perempuan sahaja yang perlu ditekankan tentang tanggungjawab membantu kerja rumah.

Tak salah pun kalau mengajar anak lelaki membantu membasuh pinggan, menyidai pakaian, menyapu lantai, menjaga adik dan sebagainya lagi tugas rumah tangga. Cuba lari daripada tipikal orang lelaki tak perlu buat kerja rumah. Mungkin di zaman dahulu orang lelaki sudah dimanjakan tak perlu membantu ibu membuat kerja rumah sehinggakan pinggan makan pun ibu yang angkat dan basuhkan.


Hasilnya apabila mereka bergelar suami, jadilah suami yang langsung tidak mahu membantu isteri. Maka, kita perlu lari daripada tipikal tersebut. Didiklah anak lelaki untuk menjadi bakal suami yang tidak kekok membantu isteri di rumah.

3. Ringan Tulang

Bukan senang hendak menjadi orang yang suka membantu orang lain tanpa disuruh. Didiklah anak lelaki anda untuk menjadi lelaki yang ringan tulang. Didikan perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi di rumah.

Sentiasa ingatkan mereka untuk rajin membantu ibu dan ayah membuat sebarang kerja di rumah tanpa disuruh. Bahkan ajar juga mereka untuk rajin membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira di mana mereka berada.


4. Jadi Seorang Ketua

Anak lelaki adalah bakal ketua. Jangan hanya membayangkan ketua sebuah organisasi atau negara tetapi anak lelaki adalah bakal ketua sebuah rumah tangga. Ketua yang bakal memimpin isteri dan anak-anak di masa hadapan.

Maka, asuhlah mereka menjadi ketua yang  bertanggungjawab dan amanah. Hari ini ramai lelaki yang bergelar ketua keluarga menjadi ketua yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak amanah menjaga isteri dan anak-anak yang menjadi tanggungan mereka.
Beritahu anak lelaki anda tentang perkara ini. Sentiasa ingatkan mereka tentang tanggungjawab seorang ketua!


5. Belajar Susah

Walaupun anda kaya dan berkemampuan menyediakan segala kemewahan untuk anak, simpanlah ia sedikit untuk perkara lain. Tahukah anda, anak-anak yang terlalu dimanjakan dengan kemewahan hanya akan membesar sebagai anak yang lembik, tidak berdikari dan mungkin juga pemalas!

Tentu anda tidak mahu anak anda terutama anak lelaki masuk dalam golongan tersebut. Ajarkan mereka bagaimana anda berjuang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang anda miliki hari ini. Maka mereka perlu juga berusaha dengan usaha sendiri untuk mencipta kejayaan di masa hadapan.
Semoga usaha tersebut mampu mendidik anak lelaki menjadi lelaki sejati yang bertanggungjawab dan takut dengan balasan daripada Allah SWT jika mereka tidak amanah.


Fungsi Ramuan Utama Dalam Kolagen Shaklee

Salam Sejahtera





Berkesempatan jugak saya untuk mencuba kolagen Shaklee. Dua kotak jugak la saya mencubanya. Memang betul la cakap – cakap yang mengatakan kolagen Shaklee adalah yang terbaik. Bila kita sendiri  [mencuba dan rasai sendiri kelainannya. Barulah kita faham kenapa harga sangat berpatutan dengan keberkesanannya.

Antara kesan yang saya alami sendiri adalah, kulit makin lembap , hilang berminyak dan sakit – sakit badan yang selalu saya

Patut la kolagen shaklee nie terbaik.. korang nak tahu apa yang buat korang syok jadi pengunanya. Mari saya kongsikan beberapa ramuan ajaib yang terdapat dalam sekotak kolagen Shaklee .

Pertama – Kolagen dari sisik Ikan Merah

Sisik ikan merah adalahh sumber kolagen oyang primeum dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

Kedua – Ekstrak biji Camellia japonica

Biji Camelia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas


Ketiga – Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai gensing Brazil , apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica , membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic . Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak , asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut , lembap dan licin.

Keempat – Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang , memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik . Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kuliy menjadi tegang anjal dan elastik.

Kelima – Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C mengalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakan kulit kita.

Vitamin B turut serta dlam metabolima karbohidrat , lemak dan protien uuntuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen didalam sel.

Keenam – Ekstrak  Kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi –sendi dan menhidratkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata .

Ketujuh- Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu penyerapan kolagen.
Ketujuh – tujuh ramuan memang hebat- hebat belaka. Korang bayangkan la dengan kehebatan setiap satu daripada ramuan- ramuan tersebut pun dah buat kita rasa tak sabar nak mencubanya. Apatah lagi digabung dalam satu kotak.. lagi terhebat la jawabnya.

Ini kolagen bukan hanya untuk kecantikan semata – mata tapi lebih kepada penjagaan kesihatan untuk jangka masa panjang. Sebab....
Semakin kita menua, tubuh kita semakin kurang menghasikan kolagen dan mengakibatkan proses penuaan cepat berlaku...

Bagi yang tak mahu tua lebih dari usia boleh segera jadikan kolagen Shaklee sebagai suppliment terbaiik anda..dalaman sihat luaran pun cantik semula... mahu ke tak korang nie???
  
kalau korang berhajat untuk mengamalkannya. boleh dapatkan terus dari saya .Hana 019-5434395










Tuesday, 19 July 2016

4 Tanda Kencing Manis Yang Perlu Dirawat Dengan Vivix


Salam Sejahtera

Kalau bercerita  mengenai penyakit kencing manis nie memang dah tak asing dah dengan kita .Boleh dikatakan peratusannya meningkat tiap -tiap tahun . Kalau pergi saja klinik kesihatan , yang ramai datang buat pemeriksaan pesakit kencing manis la .

Apabila faktor pemakanan kita ambil mudah , risiko untuk menghadapinya amat tinggi. Kadang- kadang tanpa kita sedari kita adalah pengidapnya. Disini saya nak kongsikan 4 tanda kencing manis yang kita perlu tahu.


Tanda 1: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Tanda 2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

Tanda 3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Tanda 4: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.


Bagaimana Vivix membantu pesakit Kencing Manis


Vivix mengandungi apa yang dipanggil sebagai resveretrol iaitu sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam anggur terutama jenis muskat dan anggur kulit merah. Kajian saintifik menunjukkan resveretrool memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap DNA.

Bagi membantu pesakit kencing manis, resveretrol dapat meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Kita semua tahu rintangan kepada insulin adalah satu faktor penyumbang kepada penyakit kencing manis. Jika dapat meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, maka diabetes dapat dikurangkan. Justeru dalam hal ini resveretrol dapat membantu mengurangkan amaun insulin diperlukan seterusnya mengawal kadar gula dalam darah.

Selain itu, resveratrol dapat mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita iaitu enzim SIRT1 yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin.


Ini testimoni pesakit Kencing Manis yang telah mengamalkan Vivix. Proses penyembuhan berlaku dengan cepat.














 Kalau kita tengok memang nampak keberkesanan apabila pesakit kencing manis mengamalkan Vivix. Kita boleh lihat respon- respon kegembiraan yang dikongsikan setelah sekian lama menderita akhirnya dapat sembuh dengan selamat.

Bagi anda yang masih tercari - cari alternatif untuk sembuhkan penyakit kencing manis anda @ ahli keluarga anda boleh la mengamalkan Vivix . Pilihan pesakit kencing manis sekarang nie .


Untuk ketahui lanjut dan Promosi Vivix  bulan ini boleh segera hubungi saya  Hana 019-5434395



Monday, 18 July 2016

Testimoni Awet Muda Vivix

Salam Sejahtera 




Jika anda berusia 40 an alangkah seronoknya jika badan anda boleh bertenaga kembali seperti 20 an. ..

Tiada sakit lenguh dan mempunyai banyak tenaga....dulu hanya angan- angan tetapi kini ia boleh menjadi realiti dengan kaedah terbaru dalam pembekalan vitamin...

Tanpa SUNTIKAN, Tanpa PEMBEDAHAN dan Tanpa PERBELANJAAN ribu2 yang perlu hanya ambil sesudu sehari...memperkenalkan VIVIX untuk anda kembali 25 tahun lebih muda.

Alhamdulillah baru-baru ini saya terima order dari seorang sahabat yg ingin hadiahkan sebotol Vivix buat ibu dan ayah tersayang...so sweet:)... Sudah pasti kita ingin melihat mereka sihat dan ceria sepanjang masa kan:) Tak salah rasanya untuk kita melabur sedikit untuk kesejahteraan mereka.

Bagi anda yang "takut" atau tak suka untuk mengambil suplemen yg berbentuk pil@tablet...Vivix adalah yang terbaik...dan sudah semestinya juga pilihan yg terbaik buat ibu bapa kita yang sudah berusia...supaya mereka tidak perlu susah untuk ambil terlalu banyak suplemen dan hanya perlu mengamalkan satu sudu teh setiap hari untuk mengekalkan kesihatan.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Kelebihan Lobak Ungu Dalam VIVIX

1. Anti Oksida

Purple carrot ini bersifat lebih anti oksida berbanding carrot biasa. Anti oksida ini berfungsi untuk melindungi sel badan kita dari ‘berkarat’ yang seterusnya meleret kepada macam-macam penyakit.


2. Anti Radang (Anti-Inflammatory)

Purple carrot ini mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Ini menjadikannya sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi.


3. Anti Carcinogen

Sifat anti carcinogen purple carrot membantu mengurangkan risiko kanser. Bagi pesakit kanser, lobak ungu ini boleh membantu tubuh untuk melawan kanser.


4. Vitamin A

Dos Vitamin A yang tinggi di dalam purple carrot adalah sangat bagus untuk mengelak arteri tersumbat dan secara tidak langsung mengelak penyakit stroke. Purple carrot juga kaya dengan Vitamin B, C dan vitamin E , yang bagus untuk merendahkan bacaan kolesterol.

5. Jus Purple Carrot

Dalam kajian yang dibuat oleh Universiti Queensland, jus purple carrot didapati berkesan untuk merendahkan tekanan darah, menstabilkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis dan juga boleh membantu penyakit hati dan jantung.


Vivix jika diamal memang akan cepat kesannya. Sebab tu la ramai yang mahukan kulit cantik + awet muda kembali mesti wajibkan rutin harian ambil sesudu Vivix .

Confirm mesti jatuh cinta bila tengok hasinya . 

Nie saya kongsikan Testimoni pengguna Vivix yang berpuas hati... hasilnya  kulit dah makin cantik sangat... 




Makin glowing kulit selepas sebulan mengamalkannya 




Kesan dalan beberapa hari sahaja... menakjubkan !!





1 Bulan ambil terus hilang jeragat & kulit makin cerah


Bagi yang inginkan kelainan pada kulit wajah, mahu rawat kulit wajah anda dengan cepat. Vivix la pilihan terbaik. Pengambilan harian pun tersangat la mudah.

Anda boleh segera hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan harga & promosi yang sedang berlansung. 



Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai










Sunday, 17 July 2016

Jangan Lupa 6 Syawal

Salam Sejahtera 




Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ramadhan. Ini kerana Rasul saw bersabda:


“ Sesungguhnya setiap amalan perlu aktif dan setiap keaktifan adakalanya berlaku saat kemerosotan. Justeru barangsiapa semasa saat kemerosotannya kembali kepada sunnahku, maka dia memperolehi petunjuk tetapi barangsiapa semasa saat itu kembali kepada yang lainnya, maka ia pasti akan sesat”.


Wahai orang yang Allah berikan taufik kepadanya di bulan Ramadhan. Janganlah anda kembali kepada dosa-dosa yang anda lakukan sebelum Ramadhan seperti amalan mengumpat, mencerca, menipu, khianat dan sebagainya..kerana anda telah merasai kemanisan air mata dan kelazatan munajat yang merupakan saat yang paling bahagia bagi para hamba. Oleh itu janganlah anda tinggalkan kebahagiaan yang telah dinikmati itu. Begitu juga amalan qiam, puasa, sedekah, tilawah al-Quran dan zikir.


Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan. 

Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:



“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)


Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.
  
Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun. 
 


Jikalau tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, maka puasa 6 Syawal selepas Ramadhan adalah bukti kesyukuran orang berpuasa kepada Allah kerana memberi taufik kepada puasa Ramadhan dan menambahkan kebaikan, sepertimana puasanya sebagai bukti kecintaan kepada ibadah dan ketaatan dan kecenderungan untuk meneruskan jalan ibadah. Bahkan ia seakan-akan suatu perjanjian dengan Allah untuk bersungguh-sungguh beribadah dan melaksanakan ketaatan kerana ia tidak mahu hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan dan meninggalkan ibadah selepas Ramadhan. 

Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali berkata: “Orang yang menggantikan nikmat taufik puasa di bulan Ramadhan dengan melakukan maksiat selepasnya, maka sebenarnya dia seperti orang menukarkan nikmat Allah dengan kekufuran. Ada yang mengatakan kepada Bisyr al-Hafiy: Suatu kaum yang beribadah dan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan. Lalu Bisyr berkata: Seburuk-buruk suatu kaum ialah yang tidak mengenali Allah dengan sebenarnya kecuali di bulan Ramadhan sebaliknya orang soleh sentiasa beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun”.



Di antara hikmat puasa 6 Syawal


1. Puasa 6 Syawal selepas Ramadhan menyempurnakan pahala puasa sepanjang tahun bagi seorang muslim.

2. Puasa di bulan Syawal dan Syaaban sama seperti solat sunat dan solat rawatib sebelum atau selepas solat fardu yang berfungsi menampung segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadah fardu, kerana ibadah fardu disempurnakan oleh ibadah nawafil di hari Kiamat. Bahkan ramai orang yang puasanya terdapat kekurangan dan kecacatan, maka ia perlukan amalan yang dapat menampung atau melengkapkan kekurangan itu. 

3. Puasa Ramadhan mewajibkan seseorang memperolehi keampunan daripada dosa-dosa yang terdahulu. Oleh itu kembali berpuasa selepas Eidul Fitri sebagai tanda syukur kepada nikmat ini kerana tiada nikmat yang lebih besar daripada keampunan daripada dosa. 

Allah telah memerintahkan hambaNya supaya mensyukuri nikmat puasa Ramadhan dengan sentiasa mengingatiNya, berzikir dan bermacam-macam cara bersyukur yang lain. Firman Allah: 



“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah: 185)


Justeru tanda kesyukuran hamba kepada Allah di atas taufikNya dengan puasa Ramadhan, pertolongan dan keampunan daripada dosa ialah melaksanakan ibadah puasa sunat seterusnya. 

4. Amalan-amalan yang mendekatkan seorang hamba dengan Allah pada bulan Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan, bahkan masih kekal selagi hamba itu hidup. Oleh itu berpuasa selepas Eidul Fitri menunjukkan kembalinya kepada keinginan untuk berpuasa. Baginya puasa tidak menjemukan dan membebankannya.



Permasalahan berkaitan puasa 6 Syawal



-Setengah orang berpendapat bahawa jika tahun ini mereka berpuasa 6 Syawal, maka mereka mesti berpuasa 6 Syawal pada setiap tahun. Pendapat ini tidak betul kerana ibadah ini adalah pilihan semata-mata sama ada mahu berpuasa tahun ini atau tidak pada tahun berikutnya. Bukanlah wajib berpuasa setiap tahun. 
Marilah kita mengingati firman Allah:



“Dan bersegralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ”. (Ali-Imran:133)




-Setengah orang berpendapat bila seseorang telah mula berpuasa 6 hari di bulan Syawal maka ia mestilah menyelesaikannya sekaligus dan tidak boleh berhenti atau terputus sehari atau dua hari sama ada atas sesuatu sebab atau sakit semsa puasa. Pendapat ini tidak betul kerana orang yang melakukan amalan sunat berhak ke atas dirinya. Ia boleh memutuskan puasanya pada bila-bila masa yang dia mahu berdasarkan sabda nabi saw: 


الصائم المتطوع أمير نفسه، إن شاء صام وإن شاء أفطر

“Orang yang berpuasa sunat adalah ketua (berhak) ke atas dirinya dia boleh memilih sama ada mahu berpuasa atau berbuka (tidak berpuasa)”. (Tirmizi)


-Bagi orang yang mahu berpuasa 6 Syawal sepatutnya memulakan niat puasa pada malamnya, kerana puasa pada hari-hari yang khusus pada waktu yang terbatas mempunyai ganjaran yang khusus dan tidak sama seperti puasa sunat mutlak.


-Bagi sesiapa yang tertinggal puasa beberapa hari di bulan Ramadhan, maka ia mestilah mengqada’nya (menggantikannya) dahulu, kemudian barulah berpuasa 6 Syawal kerana puasa Ramadhan adalah ibadah fardu dan puasa 6 Syawal adalah sunat sahaja berdasarkan zahir hadith:


“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal..”. (Hadith)


Namun masalah ini tidak terlepas daripada perbezaan pendapat ulamak.


-Disunatkan bersegera melaksanakan puasa 6 Syawal yang dimulakan pada hari kedua Syawal, tetapi tidak menjadi masalah jika melewatkan pada pertengahan bulan atau penghujung bulan. 

-Puasa Ramadhan yang diikuti puasa 6 hari di bulan Syawal ganjarannya menyamai puasa sepanjang tahun kerana satu hasanah menyamai 10 gandaan berdasarkan hadith Thuban r.a dari nabi saw yang bersabda:



“Puasa Ramadhan pahalanya menyamai sepuluh bulan. Puasa enam hari di bulan Syawal pahalanya menyamai dua bulan. Dengan itu seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Ahmad dan Ibn Hibban)