Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 19 June 2016

3 KUNCI MAGNET REZEKI

Salam Sejahtera

Perkongsian bermanfaat untuk kita bersama.


1. KUNCI PERTAMA - MENCARI

Semakin bersungguh sungguh kita mencari rezeki sama ada berkerja atau berniaga menggunakan kaedah yang betul, maka semakin banyak dan bertimpa timpa rezeki yang kita perolehi. In syaa allah

2. KUNCI KEDUA - MENJEMPUT

Kunci kedua ialah menjemput rezeki. Selain dari rezeki yang kita cari dengan berkerja ada juga rezeki yang datang tanpa dicari. Namun ia datang dengan kita menjemputnya melalui amalan soleh yang dilakukan seperti bersedekah.

3. KUNCI KETIGA - MENYERAHKAN

Kita perlu menyerahkan rezeki kita kepada Allah swt sepenuhnya. Apabila segalanya diserahkan kepada Nya hati kita akan tenang dan tidak lagi bimbang dengan rezeki.

Setelah berusaha kita susuli pula dengan tawakal iaitu penyerahan dan pergantungan hanya kepada Nya.
Dengan penyerahan tawakal 100% rezeki kita kepada Allah swt di samping usaha dan ketaatan yang dilakukan, Allah swt berjanji akan mendatangkan rezeki dari arah yang kita tidak duga.




0 comments:

Post a Comment