Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 3 May 2016

Tips Didik Anak Yang Jaraknya Dekat.

Salam Sejahtera..





Anak ialah rezeki daripada Allah SWT. Kehadirannya ke dalam sesebuah keluarga pasti akan membawa kebahagiaan. Tapi macam mana jika anak yang dikurniakan itu jaraknya agak dekat?
Jangan mengeluh. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Ibu Ayah boleh ikut panduan ini untuk mengawal karenah anak yang berderet-deret.


1. Jangan Pilih Kasih
Setiap anak adalah manusia yang mempunyai perasaan. Mereka tahu jika anda pilih kasih. Nasihatkan kepada suami supaya turut sama jangan pilih kasih. Sayangi anak yang ramai itu sama rata.

Jika anak A dimarah kerana menyepahkan kasut, marahkan juga jika anak B melakukan perkara yang serupa. Jika anda tidak marah perkara yang serupa, maka anak anda akan berasa tidak puas hati.

2. Ajar Berdikari
Ada harus mengajar anak berdikari. Jika tidak memang letihlah anda hendak menguruskan satu demi satu keperluan anak anda itu. Ajar mereka untuk mengemas bilik, menyusun permainan dan meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di sinki.

Ajar juga anak-anak mengemas buku sekolah dan meyediakan pakaian sendiri. Hal ini akan memudahkan urusan anda setiap pagi. Bagi anak yang kecil, ajar anak anda supaya tidak selalu menunjuk perasaan jika anda tidak sempat menguruskannya seperti biasa.


3. Buat jadual
Wajib buat jadual dengan teliti. Misalnya, mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu pagi. Mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu petang, mana satu yang hendak ke kelas mengaji dan sebagainya.

Jadual yang tersusun akan memudahkan anda untuk menguruskan rutin harian. Anak yang berderet atau rapat sememangnya agak sukar untuk diuruskan apatah lagi jika usia mereka hampir sebaya. Namun hasilnya amat memuaskan hati apabila mereka dewasa kelak.


4. Disiplin
Setiap anak perlu diterapkan dengan disiplin yang ketat. Biar mereka tahu waktu untuk mereka mandi, makan, solat, buat kerja sekolah dan tidur. Disiplin memudahkan anda untuk mengawal anak yang berderet.

Nak terap disiplin dalam diri anak perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi. Disiplin juga boleh diterapkan melalui teladan. Tapi anda perlu disiplinkan diri anda terlebih dahulu supaya anak-anak boleh melihat contoh terbaik daripada Ibu Ayahnya.

Semoga bermanfaat untuk semua


0 comments:

Post a Comment