Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 22 March 2016

Bagaimana Cara Nak Buat Bisness Shaklee

Salam Sejahtera .....


Zaman serba memerlukan duit, ramai yang buat keputusan untuk buat side income untuk tambah pendapatan. Tambah-tambah musim GST ni, apa yang perlu dibayar dah jadi berganda-ganda. Tuntutan kewangan semakin meningkat. Kalau masih lagi rasa selesa dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan tu takkan bertahan lama.



Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula mencari-cari sumber side income, bisnes apa nak buat. Buat bekalan di saat memerlukan. Sediakan payung sebelum hujan memang terpakai sampai bila-bila. 


Saya nak kongsi bisnes yang saya jalankan hampir 3 tahun ni. Satu tips bila nk cari side income,mulakan dengan bisnes yang modal kecik. Jangan berhutang untuk mulakan bisnes lebih-lebih lagi kalau ilmu bisnes kita zero. Kelak bisnes ke mana tapi terpaksa pula tanggung hutang. 

Modal yang saya keluarkan untuk start bisnes Shaklee ni hanya RM75. Saya dapat balik modal ni hanya sebulan selepas saya serius. Modal tak besar tapi pulangan besar. Bukan janji manis, tapi usaha yang manis. Sebab akhirnya berbaloi. Alhamdulillah konsisten dengan bisnes Shaklee, saya diberi peluang untuk merasa bonus setiap bulan dengan Shaklee.


Saya taknak cerita lanjut apa yang saya dapat tapi saya nak share bagaimana proses untuk dapat semua tu. Bukan melalui goyang kaki terus dapat, tapi dengan ilmu. Shaklee ni bisnes special, seseorang tidak akan maju ke depan kalau dia tak tahu cara yang betul untuk bergerak.


Dan tidak semua mentor boleh ajar cara yang betul untuk berjalan, apa lagi berlari. Ada yang disuruh jual product tak sudah-sudah tapi tak tahu cara macam mana nk jual, tak tunjuk cara. Kalau yang memang dah jenis bisnes memang no hal, kadang - kadang lebih advance dari mentor. Tapi kalau yang memang baru nak berjinak-jinak, macam mana?




Bagaimana cara nk maju dalam bisnes Shaklee? 

Maksudnya bila dah niat nak cari side income dengan bisnes, apa yang perlu buat supaya memang betul2 boleh dapat side income?


 1: Kena faham pasal syarikat, apa yang syarikat tawarkan
Maka bisnes manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca apa yg ditulis dalam buku manual biz, jadi jangan la segan untuk bertanya mentor. Nak income cepat, cari mentor cepat-cepat dan korek ilmu. Yang basic wajib tahu.

2: Hanya bermula dengan sharing 
Jika sebelum ni anda pengguna, sangat la mudah. Dengan guna konsep sharing, hanya share sahaja apa product yang diguna. Share kebaikan dan kesan yang dirasa. Apa perubahan positif yang dah berlaku. Share dari hati. Nak share di mana? Kita ada bnayak medium online dan offline. Kalau online di blog, fb, instag. Kalau offline, di opis, dgn jiran sebelah rumah, dengan jiran di taman perumahan.

3: Bisnes shaklee adalah bisnes ilmu 
Peluang akan datang lebih banyak jika kita willing untuk gali dan korek ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit la. Rajin juga hadir majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing, dan banyak ruang berkaitan dengan bisnes. Buat tanpa ilmu ibarat buat benda sia2 yang boleh menyebabkan kita give up dan berhenti separuh jalan. Jadi tak  boleh malas nak hadir ke kelas.


Salah satu kelas anjuran para suami ireach. Best group kami, ada support dari geng suami2 yang sayang bini ni. Marketing dari mereka power! 

kelas ada banyak jenis. Group kami menyediakan kelas secara maya iaitu kelas secara webinar, kelas wassap, kelas dari group fb dan juga kelas secara offline di setiap pelusuk negeri. Di mana anda, di situ kami. Chewaaah. 

 Salah satu feedback dari kelas coaching (tunjuk cara bisnes) yang kami adakan untuk guide mereka yang nak bina side income bersama shaklee

 4: Bertindak 
Banyak pergi kelas tapi balik kelas tak baut apa-apa pun tak guna. Sebab ilmu tak diapply. Bila tak apply hasilnya nothing. Jadi kena terus apply. Just do it. Kita takkan tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat. Dalam bisnes network ni, kita punya ramai insan2 yang sudi berkongsi. Kalau rasa masih tak yakin untuk buat sorang2, cari kawan..cari sideline untuk sama2 buat dan sama2 menyokong. Yang penting jangan harapkan orang lain buat untuk kita. Tiada istilah ini dalam bisnes Shaklee. 

5: Tanamkan dalam diri untuk tolong orang lain dalam organisasi
Ada satu pepatah mengatakan, kalau kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan kita akan dapat apa yang kita nk. Makna kata, walaupun ada seorang downline di bawah kita, buat bersama2 supaya dia juga boleh buat mcm apa yang kita buat. Amanah ni walau nampak mcm berat, tapi percaya lah berapa banyak ladang pahala yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke arah kebaikan. Ilmu tu akan diajar pula pada orang lain.




 6: Jangan berhenti
Berhenti sekejap, boleh merosakkan mood selama-lamanya. Perangai manusia ni, kalau kita stop..bila nak mula balik tu payah. Macam menjahit, dulu saya sangat suka menjahit..Tapi bila saya stop, mesin jahit tu saya pandang sepi je. Kesian kan. Rugi memang rugi. Walau apa pun yang berlaku, jangan stop, dan jangan mengalah. Hatta setiap sharing tiada respon, setiap bulan sales masih di takuk lama walaupun setiap harri berusaha, atau setiap target tak pernah dicapai, teruskan dan teruskan. jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah tak zalim. Dia tidak akan sia2kan usaha walau bertahun-tahun sekalipun. The power of Sabar.

7: Dekatkan diri dengan Pencipta
Yang ni memang tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang memberi dan Si Pemberi yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izinNya. Jadi penting untuk berkasih dan bercinta dengan yg Maha Memberi. Bukan sebab usaha kita, bukan sebab kepandaian kita, kita dapat hasil. Itu semua asbab dari usaha. Yang meluluskan segala permohonan kita adalah Allah. Buat apa yang Allah suka pasti Dia akan beri apa yang kita mintak.



Tetapkan dulu 7 rules ni dalam diri.


Follow rapat2..biar sentiasa jadi prinsip hidup dalam bizz, insyaaAllah berapa banyak income yang kita nk kita akan dapat. Bisnes bukan sekadar buat duit, tapi bisnes yang boleh bina diri kita jadi lebih baik, bisnes yang boleh upgrade hubungan kita dengan Allah, bisnes yang boleh rapatkan ukhuwah dan sebarkan salam persaudaraan bukan kah bisnes itu lebih banyak beri keuntungan??

Bisnes mesti nak untung kan?

Kalau rugi buat ape??









Mahu sertai group kami dan terus mengorak langkah dengan bisness Shaklee Anda boleh la mendaftar terus keahlian anda segera.



Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE

1. Yuran Keahlian
untuk mendaftar AHLI SHAKLEE, ada 2 pilihan yg disediakan untuk anda samada bayar yuran rm75(semenanjung) atau rm85 (sabah sarawak) termasuk pos atau pilihan kedua adalah dengan mendaftar secara FREE MEMBERSHIP. Pendaftaran adalah seumur hidup ya asalkan dalam etahun tu anda buat pembelian walaupun sebotol zink yang berharga RM33

a) Bayaran yuran RM75(sem) dan Rm85 (sbh srwk)
Pendafataran dengan yuran sebanyak RM75(sem) dan Rm85 (sbh srwk)  ini boleh dilakukan bila anda nk jadi ahli shaklee tanpa membuat sebarang pembelian. Pendek kata hanya nk daftar sahaja. Andai kata anda nak terus buat pembelian contoh 1 tin ESP, anda sudah layak untuk dapat harga ahli dan penghantaran akan terus dilakukan oleh pihak SHAKLEE bersama dengan manual kit ( buku produk, senarai harga buku resit dan flyers)

b) Keahlian secara PERCUMA
Keahlian secara percuma boleh didapti sekiranya anda ingin mendafatar sekaligus nak beli barang dalam jumlah lebih kurang Rm650 atau bersamaan dengan 200 point. Contohnya anda nk beli set menyusu 3M dan kawan2 anda pun nk beli juga, sehingga total up cukup 200 point maka automatik anda layak ntuk dapat keahlian PERCUMA. Berikut adalah senarai product dan point untuk rujukan anda


OK dah tahu mengenai yuran, langkah seterusnya adalah anda hanya perlu bagi maklumat berikut untuk didaftarkan 

2. Maklumat yang diperlukan 

Nama: 
IC:
Alamat Surat Menyurat: 
No Tel: 
Email: 
Nama Suami: 
IC suami: 
No acc maybank (simpanan atau semasa)
Cawangan Maybank:
Shaklee hanya menggunakan acc maybank untuk urusan bayaran order dan pemberian bonus. Jika tiada acc maybank, anda masih boleh register dan boleh buka acc selepas itu seterusnya update kemudian dengan pihak Shaklee. 

Bagaimana? Berminat untuk join menjadi sebahgian dari ahli group saya? Boleh hubungi saya di talian berikut 



 Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395

♥ Email : hanabard105@gmail.com



0 comments:

Post a Comment