Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Thursday, 31 March 2016

Berzikir Sambil Lakukan Rutin Harian . Bagaimana Caranya.

Salam Sejahtera ..... 


Kesibukaan urus rutin harian sering membuatkan kita terlupa untuk berzikir untuk mengingati Allah.
Bagaimana untuk kita lengkapkan rutin denngan berzikir .
Bangun tidur seawal jam 5 pagi, solat tahajud, siapkan sarapan pagi dan bekalan anak untuk ke sekolah. Periksa keperluan anak-anak. Hantar anak ke sekolah.
Balik rumah siapkan kerja-kerja rumah, masak makan tengahari. Ambil anak dari sekolah, solat zuhur, hantar anak ke sekolah agama. Balik rumah, angkat kain baju dan lipat, siapkan makan malam, solat asar, ambil anak dari sekolah.
Uruskan anak-anak di rumah, solat maghrib, ajar anak mengaji al-Quran, makan malam, mengemas rumah, bantu anak-anak buat kerja sekolah, solat isyak, masuk tidur.


Mata ibu akan terus terpejam saat kepala diletakkan di atas bantal. Anda berjanji kepada diri sendiri untuk berzikir tetapi mata terlelap sebelum sempat berzikir mengingati Allah.



Ini adalah rutin harian biasa seorang ibu yang tidak bekerja dan mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah. Bagi yang bekerja pula rutinnya sama sibuk menguruskan keluarga dan rumah tangga sebaik sudah berada di rumah. Seolah-olah ibu tiada langsung masa 'seminit' untuk diri sendiri apatah lagi untuk melakukan lebih banyak amal ibadat. Ia kadang kala membuatkan ibu rasa bersalah.



Sebetulnya ibu juga sedang melakukan satu ibadat apabila dia menguruskan segala keperluan anak-anak, suami dan rumah tangga. Berdoalah kepada Allah SWT agar mengurniakan balasan pahala atas setiap titisan peluh yang mengalir dan setiap keletihan yang dirasakan.



Niatkan segala apa yang dilakukan itu kerana Allah SWT dan bukan kerana terpaksa atas dasar tanggungjawab sebagai ibu. Semoga segala kepenatan dan keletihan yang dirasakan mendapat balasan syurga dari Allah SWT.



Walaupun sibuk seperti lipas kudung ia bukan alasan untuk supermom melupakan amalan membasahkan lidah dengan berzikir. Kita selalu fokus kepada memenuhi keperluan kesihatan badan dan melupakan keperluan jiwa.

Jangan lupakan makanan rohani kerana ia sama penting untuk menguatkan jiwa dan minda kita apatah lagi dalam masa yang sama kita bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak. Tujuan melakukan amalan zikir mengingati Allah adalah untuk membersihkan hati dan jiwa serta menyedarkan suara hati kita sebagai manusia.
Apabila hati dalam keadaan tenang, kita mudah untuk berfungsi dengan baik. Kita akan merasa produktif dan proaktif. Kita akan sentiasa rasa bersyukur dengan apa sahaja yang ada pada kita.  


Bagaimana hendak jadikan zikir sebagai satu amalan rutin setiap masa? Tiada alasan sibuk atau tak cukup masa. Inilah jawapannya.



1. Sentiasa Berdoa dan Mengingati Bantuan Allah



Sentiasa banyakkan doa, terutama selepas setiap solat fardu supaya sentiasa dilimpahi berkat dariNYA. Peruntukkan sekurang-kurangnya lima belas minit daripada 24 jam setiap hari untuk merenung dan muhasabah diri serta mengingatkan diri atas bantuan dariNYA ke atas anda.

Cuba tanamkan rasa kesyukuran dan terhutang budi dalam hati anda. Masa terbaik melakukan perkara ini adalah selepas solat fardu kerana ketika itu kita berada dalam mood beribadat. Cara ini membantu anda mempraktiskan zikir hati (mengingati Allah dengan menggunakan hati).


2. Solat dan Membaca al-Quran



Salah satu daripada zikir lisan (menginati Allah secara verbal) adalah bersolat. Didik diri untuk sentiasa solat tepat pada waktunya dan penuh kekhusyukkan. Anda boleh merancang tugas-tugas rumah tangga dengan pembahagian mengikut waktu solat.

Contohnya, anda boleh rancang menyiapkan tugas memasak dan membersihh 15 init sebelum solat Zuhur jadi anda boleh bersiap fizikal dan mental untuk bersolat sebelum azan berkumandang. Solat adalah satu cara berkesan untuk menghapuskan rasa tertekan dan kebimbangan yang dialami. Serahkan diri anda bulat-bulat kepada Sang Pencipta.


Pernahkan anda berasa tidak tenang jika sehari tertinggal membaca al-Quran? Bersyukurlah kerana itu tandanya Allah mengurniakan hidayah kepada diri anda. Sesungguhnya amalan membaca al-Quran dengan konsisten setiap hari banyak membantu anda menjadi insan yang redha, sabar, berserah diri kepadaNYA dalam segala hal.

Peruntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran setiap hari. Contohnya, sebelum solat Subuh (ketika anak kecil anda belum bangun) atau selepas solat fardu. Jika yang bekerja, mungkin boleh mulakan dengan menggunakan aplikasi al-Quran dalam telefon pintar anda. Mulakan dengan sedikit dahulu tetapi jadikan amalan harian. Insha Allah anda akan terus meningkatkan bacaan setiap hari.


3. Berzikir Ketika Buat Rutin Kerja



Siapa kata ibu bekerja atau ibu sibuk buat kerja rumah tidak boleh bezikir? Biasakan lidah anda untuk berzikir ketika sedang membuat kerja sama ada di rumah atau di pejabat. Contohnya sambil memasak, membasuh pinggan atau menaip di depan PC ketika di pejabat, anda boleh berzikir.

Untuk memudahkan, anda boleh pilih zikir spesifik ketika sedang sibuk bekerja. Misalnya, anda boleh tulis "subhanAllahi wa bihamdihi" di atas 'post-it note' dan tampalkan di kabinet dapur atau di depan PC sebagai peringatan untuk membacanya ketika memasak atau menaip.


4. Kerap Dengar Zikir Dengan Anak & Manfaatkan Teknologi



Manfaatkan penggunaan teknologi yang anda miliki dengan memuat naik alunan zikir di tablet, telefon pintar dan CD. Anda boleh dengar bersama-sama si kecil ketika sedang bersantai dengannya di masa lapang, sebelum tidur atau semasa memandu kereta bersama anak-anak. Biasakan mereka dengan alunan zikir agar ia akan menjadi amalan di bibir mereka kelak.



5. Mengingati Allah Dalam Pertemuan Dengan Kawan



Semasa pertemuan dengan kawan-kawan untuk minum kopi sambil berkongsi pengalaman dan bertukar tip menguruskan keluarga, anda boleh memperuntukkan sedikit masa untuk berbincang tentang mengingati Allah. Sekurang-kurangnya pertemuan anda ada faedahnya serta diberkati oleh Allah SWT berbanding hanya bercakap kosong dan mengata orang.



6. Zikir Bersama Keluarga



Pilih satu hari dalam seminggu untuk anda sekeluarga berzikir bersama-sama. Mungkin dalam sesi tersebut, suami boleh berkongsi sebarang cerita/kisah yang ada dalam al-Quran, kisah sahabat Nabi atau apa sahaja yang membawa manfaat kepada ahli keluarga.

Mungkin bagi yang ada anak kecil boleh buat aktiviti menyeronokkan seperti membuat kraf. Membuat kad ucapan untuk hari lahir kawan-kawannya dengan menulis zikir "Alhamdulillah SubhanAllah, Allahu AKhbar". Ia membantu anak anda mengaitkan zikir dengan sesuatu yang menyeronokkan dan pembacaan lisan membantu mereka mengingati Allah bila-bila masa.


Menjadi ibu yang sibuk bukan bermakna tiada masa untuk kita mengingati Allah kerana apabila kita sentiasa mengingatiNYA, sebenarnya kita  mendidik diri lebih berdisiplin, bersabar, bertenang dan redha. Semoga dengan rajin  berzikir, anda mampu menjadi Muslimah sejati dan ibu yang produktif. Insha Allah!



Monday, 28 March 2016

Kenapa Ibu Hamil Selalu Sembelit?..Adakah Supplement Boleh Membantu

 Salam Sejahtera




Antara masalah popular yang selalu berlaku dalam kalangan ibu mengandung adalah sembelit. Kenapa jika dulu sebelum mengandung, tiada masalah untuk buang air besar tetapi sejak beberapa bulan mengandung, mesti bermasalah apabila hendak membuang air besar?

Masalah sembelit disebabkan oleh tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Sesetengah suplemen zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Ia memang membuatkan ibu tidak selesa. Apa tindakan yang sepatutnya ibu lakukan untuk mengurangkan masalah sembelit?

Disiplinkan diri untuk membuang air besar seawal pagi. Bila anda sudah membiasakan perut untuk membuang air besar setiap pagi, tentu ia menjadi amalan yang biasa.

Minum segelas air suam sebaik bangun dari tidur. Ia memudahkan untuk anda membuang najis.Pastikan minum lapan gelas air sehari untuk membuatkan anda mudah lawas.

Makan makanan yang tinggi kandungan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.Amalkan minum jus prun kerana ia dipercayai memudahkan pengeluaran najis.Rajin bersenam seperti banyak berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kerana ia membantu mengurangkan sembelit, selain membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Masalah sembelit tidak berbahaya kepada ibu hamil tetapi ia boleh membuatkan ibu berasa tidak selesa dan berisiko untuk mendapat masalah buasir pula. Jadi, ambil tindakan segera sebelum penyakit lain pula menyerang anda.


Adakah supplement boleh membantu?? Ya memang ada yang boleh rawat masalah sembelit ketika hamil.


Namun jika anda sukar untuk melakukan aktiviti serta mengamalkan pemakanan yang betul kerana kekangan masa serta sibuk dengan urusan seharian, shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit iaitu OSTEMATRIX






Bagaimana ostematrik membantu dalam mengatasi masalah sembelit?


Kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah;


kalsiummagnesiumvitamin Dboronmanganese, copper, zink


Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM


Bagaimana magnesium membantu mengatasi masalah sembelit?


Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.


Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:


1. Magnesium merehatkan otot dalam usus – ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.


2. Magnesium ‘menarik’ air – ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.


Disebabkan magnesium akan ‘menarik’ air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.


Kepada mereka yang mengalami masalah sembelit sangat digalakkan untuk mencuba OSTEMATRIX Shaklee.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai



Saturday, 26 March 2016

💜ENERGIZING SOY PROTEIN💜 Lebih Dari Satu Manfaatnya Untuk Kesihatan

Salam Sejahtera..



Dalam satu produk banyak fungsinya untuk pulih kan kesihatan kearah yang lebih baik.. Apakah produk tersebut??? Macam teka teki pulak..Semua pasti boleh agak punya la kalau sebut produk Shaklee yang paling top sekali tu.. Tak lain tak bukan Esp Soy Protein la jawapan ye.

Memang semua kenal la. Ditambah pulak bulan nie Promosi Gempak .. Sana sini muka Esp aja..

Apa kata lihat apa Esp boleh beri manfaat untuk kesihatan kita.

Yang nak KURUS (DIET) :

✔ESP Shaklee mempunyai GI sebanyak 39 sahaja! Rendah kan. Makanan yang mempunyai GI yang rendah dapat meningkatkan rasa kenyang berbanding makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) tinggi. Jika kita makan makanan yang mempunyai GI rendah, tempoh kenyang lebih lama.
✔Bila kita kenyang dalam tempoh yang lama, kuranglah kekerapan kita mengambil makanan lain. Ia membantu dalam mengurangkan berat badan dan membantu kehilangan lemak dalam badan.

                 


Yang nak KULIT CANTIK :

✔Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot sihat serta memastikan kita sentiasa bertenaga. Membantu Memulihkan Pigmentasi , Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut.
✔ESP didapati dapat melembapkan kulit di samping dapat mengurangkan kulit berminyak. ESP juga dikatakan dapat melembutkan dan melicinkan kulit.
✔Soya dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus di wajah. Dalam satu kajian yang dijalankan di Jepun yang dikeluarkan pada 2007 dalam Jurnal Nutritional Science and Vitaminology menunjukkan kulit wanita yang berumur sekitar 30-40 tahun yang mengamalkan pengambilan soya dapat memperbaiki kulit dari kedutan halus selepas 12 minggu.
✔Memperbaiki keanjalan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen dalam sel badan. Ya.. soya adalah penggalak kolagen yang baik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan soya dapat melambatkan proses penuaan.
✔ESP penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

             









Yang nak HILANG GASTRIC :

✔Sifat kacang soya adalah alkali berlawan dengan sifat asid perut. Jadi, bila minum ESP kesan gastric akan dikurangkan dengan meneutralkannya.
✔Zat dalam ESP akan digunakan untuk membina dan memulihkan dinding perut yang luka akibat gastric.
✔ESP dapat elakkan gastric kerana beri kesan kenyang yang lebih lama.

                 

Yang usaha UNTUK HAMIL :

✔ ESP membantu membentuk tisu rahim yang sihat.
✔ Membantu membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna untuk meningkatkan peluang persenyawaan.
   
                   

Yang nak SUSU BADAN BANYAK
✔ ESP membantu susu ibu supaya menjadi lebih pekat berkrim dan dapat memberi kekenyangan yg lama pada si manja.
✔ Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protien dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu.
✔  Bantu beri tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia menjadi penyebab kepada keletihan.
                


PERBEZAAN SHAKLEE

✔  Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

✔  Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya SHAKLEE bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen SHAKLEE dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

✔  Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga.

Memang ESP Shaklee sangat berbeza.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai



Friday, 25 March 2016

15 Kelebihan Hari Jumaat



           


Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

.

Berikut adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:

.

1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

.

Allah SWT ciptakan Adam AlaihissallamNabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.Allah mewafatkannya Nabi AdamAlaihissallam.Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

.

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

.

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhupula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”





2.  Hari Bagi Kaum Muslimin



Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa

Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

.

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

.

.

3.  Penghulu Segala Hari

.

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

.

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

.

.

4.  Hari Kebesaran Mingguan

.

Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

.

.

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

.

.

6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

 .

Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.

Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

.

.

7.  Hari Mustajab Berdoa

.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

.

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:

a.     Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.

b.     Pada akhir waktu Asar.



Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis  yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.”  (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).

.

Keterangan lanjut :-

‘Masa-masa Mustajab Berdoa di Hari Jumaat’ ~(Klik Di Sini)

 .

.

8.  Hari Dihapuskan Dosa

.

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

.

Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhumengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)

.

Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

.

.

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah

.

Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .

Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)

.

.

10.  Hari Meraih Pahala

.

Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara denganpahala ibadah satu tahun solat dan puasa.

Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.”(HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).

.

.

11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT

.

Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)

.

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

.

.

12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’

.

Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

.

.

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur

.

Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.

Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

.

.

14.  Hari Berlakunya Qiamat

.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan).Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

 .

Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

 .

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

.

.

15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

.

Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.

Firman Allah SWT;

وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥

“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”

(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)

Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”

.



Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.