Salam Sejahtera

Untuk mencapai impian ini, wanita adakalanya sanggup buat apa sahaja, bahkan cenderung menyeksa tubuh badan sehingga memudaratkan kesihatan.
Diet tanpa makan nasi misalnya, ini adalah contoh diet yang sangat ketat, bukan mudah untuk diet tanpa makan nasi lebih-lebih lagi makanan rutin masyarakat Asia terutama negara kita Malaysia adalah nasi.
Berikut Penjelasan Diet Tanpa Makan Nasi
Kebanyakan orang berdiet secara logik akal, bukan mengikuti cara dan teknik diet yang sebenar. Cara Diet sebenar bukanlah sanggup mengikat perut semata-mata tanpa mengambil sebarang makanan.
Mereka tidak ambil tahu tentang gizi seimbang dan diet seimbang yang sebenar. Mereka mengambil makanan segera tapi mereka tidak tahu pengambilan makanan segera seperti ini akan terkumpulnya lemak di dalam tubuh mereka.

Daripada mengamalkan diet tanpa makan nasi yang menjadikan kita merasa lapar, lebih baik makan seperti biasa secara normal kerana itulah yang sesuai untuk tubuh badan bukan diet tak makan nasi, tapi ingat! Jika sedang berdiet, jadi makanlah nasi, lauk pauk, dan sayuran, dalam amaun yang secukupnya. Jangan berlebihan.
Contohnya anda ketika belum berdiet makan dalam lebih kurang satu pinggan penuh.
Setelah mengamalkan diet, seeloknya kurangkan menjadi setengah pinggan sudah memadai. Buat secara konsisten dan berkala. Bak kata orang kampung saya, istiqamah, Yang paling penting anda sebaiknya meninggalkan makanan yang mempunyai lemak dan karbohidrat yang tinggi.
Ketika waktu makan tenghari tiba, ambil nasi jangan hanya makan lauk sahaja kerana makan lauk pauk sahaja tanpa nasi akan membuatkan anda cepat lapar. Pada siang hari kita amat memerlukan banyak tenaga kerana aktitiviti yang sangat aktif seperti bekerja dan belajar. Seharusnya tidak praktikal jika kita melakukan diet tanpa nasi.?
0 comments:
Post a Comment