Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 7 February 2016

Senaman Mudah Untuk Kurus Cepat

Salam Sejahtera 


Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari



Antara salah cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sedar dan mengambil tahu serta  menjadikannya sebagai satu aktiviti yang wajib dilakukan?. Ramai pakar perubatan menyatakan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi. Teori yang senang sekiranya badan kita dalam keadaan baik dan sihat, agaklah susah untuk penyakit menyerang.   

semakin kita berusia  semakin banyak risiko penyakit yang menunggu. oleh itu jadikanlah senaman sebagai ‘makanan harian' untuk menjaga kesihatan diri sendiri, banyak kajian menunjukkan bersenam boleh membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik walaupun anda telah menghidapi penyakit, di  bawah saya senaraikan 1o kelebihan bersenam yang anda mesti tahu!.

Kelebihan Bersenam 

• Meningkatkan kekuatan dan daya tahan.
• Mencapai berat badan unggul.
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Meningkatkan kelembutan sendi.
• Mengawal tekanan darah
• Menggalakkan berhenti dari merokok.
• Mengawal keseimbangan makanan.
• Mencapai paras kolesterol yang normal.
• Mengurangkan paras tekanan ( stres ) .


Semua sudah tahukan apa itu senaman dan serta kelebihan kepada tubuh badan kita. Sekarang kita berbalik kepada tajuk utama kita iaitu senaman yang sesuai untuk kurus dengan selamat dan sihat.

Salah satunya senaman yang terkini dan mudah untuk anda amalkan adalah senaman pilates. Bagaimana senaman ini boleh membantu anda ? Mari saya terangkan lebih jelas lagi untuk anda.


Apa itu Pilates?

Pilates sebenarnya lebih daripada senaman fizikal yang sangat bagus untuk meningkatkan kekuatan fikiran serta mental.Pilates awalnya merupakan satu senaman yang diciptakan oleh Joseph Pilates pada awal abad kedua puluh dan dianggap sesuai untuk para penari kerana dapat meningkatkan fleksibiliti tubuh.

Pilates dilakukan perlahan-lahan secara terkawal, menggunakan gerakan-gerakan peregangan untuk membangun kekuatan tubuh secara keseluruhan. Pilates juga menggabungkan latihan pernafasan yang cukup bagus untuk menenangkan fikiran.

Fokus utama pilates adalah melatih otot sendi (otot yang terdapat di pinggang, lutut dan perut).
Otot sendi  yang kuat akan membuat postur tubuh menjadi lebih baik, menghindarkan rasa lenguh pada bahagian belakang, serta meningkatkan fleksibiliti.



Betul Ke Pilates Boleh Menurunkan Berat Badan?

Jawapannya “ Ya”. Pilates dapat membantu menurunkan berat badan, tetapi tidaklah sepantas senaman kardiovaskular misalnya. Pilates akan membangun massa otot tanpa lemak (menaikkan metabolisme), dan memberikan penampilan yang lebih ramping, tetapi tidak akan membakar jumlah kalori yang sama dengan sesi kardio seperti berjogging.
Namun, ada cara yang boleh anda lakukan untuk membakar kalori lebih banyak dengan pilates.

Berikut adalah beberapa saranan untuk membantu menurunkan berat badan dengan senaman pilates:

1. Tambahkan Senaman Intensif
Ini bukan pilihan ideal bagi anda yang baru pertama kali membuat senaman pilates, tetapi sekali anda telah memahami dasar-dasar pilates, mengapa tidak menambahkan senaman intensif.Ketika latihan atau senaman ditambah, pernafasan juga perlu diberikan perhatian agar dapat disesuaikan dengan pertambahan senaman tersebut.



2. Ubah Variasi Senaman
Agar pilates dapat membakar kalori lebih efisien, ubah variasi senaman sehingga dapat melatih jenis otot yang berbeza.Anda dapat menggunakan peralatan seperti bola senaman atau mencuba DVD Pilates yang bertujuan khusus untuk penurunan berat badan.

3. Tambahkan Frekuensi Senaman
Melakukan pilates lebih kerap tentunya akan lebih membantu program penurunan berat badan. Pastikan komitmen anda dan lakukan senaman ini dengan sepenuh hati.

4. Kombinasikan Dengan Senaman Lain
Mengkombinasikan pilates dengan beberapa jenis senaman kardio akan menjadi cara mudah untuk segera mendapatkan hasil. Melakukan senaman kombinasi akan mempercepatkan lagi penurunan berat badan anda.Ketika melakukan pilates, seiringkan dengan pengambilan diet seimbang, serta senaman kardiovaskular untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.



• Akhir sekali, penjagaan dan pengambilan makanan seimbang harus dititikberatkan agar senaman yang dilakukan dapat membantu membakar kalori lebihan yang diambil. Pastikan ianya tidak melebihi kalori seharian anda.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com



Pengedar Shaklee Anda..




0 comments:

Post a Comment