Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 29 February 2016

Bila Sembelit Mengganggu ..Herbalax Ada Membantu

Salam Sejahtera.





Selesa tak korang kalau dalam seminggu tak membuang?.. Pasti tak selesa punya la. Perut asyik membuncit je, membuangnya tidak pulak. Tapi makan berselera setiap hari.


Kalau sembelit nie mesti berjam- jam la setiap kali nak membuang. Proses meneran yang lama ditambah dengan kesakitan daripada najis yang keras..ohhh tidak sanggup la nak lalui macam tu.


Apa Itu Sembelit


Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom- simptom berikut:


Kurang membuang air besar

– Kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu

-Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras


-Meneran semasa buang air besar.


-Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.




Punca sembelit


Sebelum mencari cara mengatasinya, punca berlaku sembelit harus diketahui. 


Antara punca sembelit ialah:

-Kurangnya minum air


-Kurang pengambilat serat


-Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh


-Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua


-Sembelit yang berpunca dari perubahan hormon terutama sekali ketika mengandung.


 -Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit.


-Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar.


-Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.


-Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.


Sekarang kita ke Cara Mengatasinya pulak.


Herba Lax boleh membantu mengurangkan sembelit anda. Shaklee telah sediakan supplement terbaik dan semula jadi untuk mereka - mereka yang sedang mengalami masalah Sembelit Yang Kronik.






Apa itu Herbalax?



Herbalax adalah suplemen yang berfungsi untuk menCUCI usus.Bahasa mudahnya adalah julap.Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.


Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan.


Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.



PERBEZAAN SHAKLEE :-


- Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.  Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, bukchorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.


 Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.


MANFAAT UTAMA HERBA LAX

~ Pembersihan najis yang tersekat

~ merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita

~ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus ( natural bowel movement ) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

~ Mengempiskan perut

~ Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut,  Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

Testimoni pengguna Herba Lax 



Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sebelum masalah sembelit makin parah, segera la cari rawatan terbaik untuk merawatnya.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395



♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai








Sunday, 28 February 2016

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit

Salam Sejahtera



Untuk mencapai wajah cantik berseri adalah lebih baik kita rawat dari dalaman kulit. Konsepnya mudah. Apabila dalaman sihat, maka luaran pun akan menjadi sihat dan cantik berseri. Betul tak? Jadi jangan membuang masa mencari produk pencuci dan kecantikan wajah untuk luaran jika dalaman kita tidak dirawat terlebih dahulu. Mulai sekarang kita rawat wajah kita dari dalam kulit dengan set kecantikan kulit Shaklee.

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kulit wajah.

1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.

Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa.

Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.

Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

 3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin
Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. 
Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. 
Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. 
Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.

Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat.

Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

Peranan Set Kulit Shaklee membantu atasi masaalah kulit wajah anda.

Vitamin E 
-Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
-Menjaga kelembapan kulit
enghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

 Vitamin C 

-Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya

-Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

Vitamin B Complex

-Sebagai pelembap
-Mencegah pigmentasi
-Melambatkan tanda penuaan
-Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex danVitamin C menghasilkan:

-Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
-Mencegah penuaan
-Menjadikan kulit lebih kenyal
-Mencerahkan kulit
-Menjaga kulit dari sinaran UV
-Mengurangkan parut jerawat
-Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
-Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
-Menjadikan wajah lebih berseri




Testimoni  Vitamin Kecantikkan Shaklee





Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai

Saturday, 27 February 2016

4 Cara Didikan Anak Ikut Rasulullah

Salam Sejahtera


Rasullullah...SAW bersabda: “Bukalah lidah anak anak kalian pertama kali dengan kalimat
“Lailaha-illaallah”. Dan saat mereka hendak meninggal dunia maka bacakanlah, “Lailaha-illallah”.
Sesungguhnya barangsiapa awal dan 
akhir pembicaraannya Lailah-illallah”, kemudian iahidup selama seribu tahun, maka dosa apa pun,tidak akan ditanyakan kepadanya.” (sya’bul Iman, juz 6, hal. 398 dari Ibn abbas)


4 Tahap Didik Anak Ikut Sunnah Rasulullah

Anak memang satu anugerah yang paling istimewa dan paling berharga. Dan tidak semua orang diberi peluang untuk membesarkan anak sendiri dengan penuh kasih sayang. Namun sibuk mana mencari rezeki, hal menguruskan anak tetap perlu didahulukan demi masa depan mereka. Ikuti rahsia didik anak ikut cara sunnah Rasulullah agar ikatan kekeluargaan bertambah utuh... 

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim



Friday, 26 February 2016

Rawat Kulit Wajah Dengan Set Nutriwhite Shaklee

Salam Sejahtera



Semua mengimpikan kulit yang cantik, halus, gebu, putih dan berseri. Tapi tidak ramai yang mempunyai keadaan kulit muka yang cantik secara semulajadi.


Terdapat banyak produk kecantikan di pasaran. Namun berhati-hatilah memilih produk untuk wajah. Bimbang sengsara nanti dengan masalah lain.


Kenapa kulit bermasalah?


Antara sebab yang mencetus kepada masalah kulit ialah berpunca daripada:

-Perubahan hormon ketika meningkat remaja, dewasa, hamil .

-Pertambahan usia.

-Terdedah kepada sinaran matahari yang menyumbang kepada kulit kusam dan berminyak

-Pemakanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi pengawet.

-Kurang minum air kosong

-Merokok

Bagaimana Shaklee membantu anda?

Shaklee mempunyai rangkaian produk untuk penjagaan luaran wajah

Seperti dijanjikan, hari ini saya nak kongsikan Set Asas NutriWhite Shaklee. Terdapat beberapa jenis produk yang dicadangkan jika anda ingin mencuba rangkaian NutriWhite dengan bajet yang terhad.

Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara

1.      Mencegah – melindunggi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari dan alam sekitar yang boleh menggelapkan kulit

2.     Mengurangkan – mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit. Untuk kulit lebih cerah

3.     Menyekat – menyekat pemindahan pigment hitam daripada dalam sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculannya

4.     Memperbaharui – memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melamin berlebihan agar kulit cantik berseri

5.     Mencerahkan – mencerahkan warna h yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan wana kulit secara keseluruhan






Gentle Action Makeup Remover-

- Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri

- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan

- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit

- Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri


Gentle Deep Foaming Cleanser-

-  Membersihkan dan menyegarkan kulit

- Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.

- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan

- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen

-Lembut dan menyegarkan


Soothing Radiance Whitening Softener-

-  Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang

- Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary

-  Kudzu menegangkan dan mencerahkan

-Marshmallow melembapkan


Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:

- Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,

- Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen

- Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam

- Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari

- Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah


Spot Whitening Treatment-

- Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat

- Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit

- Cats Claw menegangkan kulit

- Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-

-  Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream-

- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur

-  Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam

- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit

- Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah

-  Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri.

Testimonial Set Nutriwhite Shaklee








Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai





Peppermint Ginger Rawat Masalah Angin

Salam Sejahtera

Pasti tak selesa la kalau asyik nak sendawa je tiap waktu. Lagi tak selesa bila tersalah makan.. Pasti angin yang tidak diperlukan tiba-tiba muncul. Masalah angin dalam badan memang akan buat segala rutin harian terganggu.


Punca berlakunya masalah angin dalam badan
Terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan dalam badan, antaranya :

* Tekanan - Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.
* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.

* Merokok

* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.

* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Gejala/simptom

* Kerap buang angin - Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan.
* Kerap sendawa - Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. 





Atasi masalah angin dengan Peppermint Ginger Plus.

Apa yang best sangat dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee ini?

Jom saya  bagitahu keistimewaan utama Peppermint Ginger Plus ialah gabungan 4 jenis herba semulajadi dari Timur dan Barat. Maksudnya untuk menghasilkan setiap biji/tablet Peppermint Ginger Plus ini, Shaklee telah menggunakan teknologi sains terkini untuk mengkombinasikan 4 jenis herba terbaik untuk kesihatan iaitu pokok adas, cekur manis, daun pudina dan halia.


Pokok Adas / Fennal
Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasnya orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk tujuan menghilangkan masalahkembung perut.


Cekur manis (anise)
Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan cekur manis. Sebab apa? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut, dan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan. Cekur manis juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.


Daun pudina
Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah.


Halia
Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga membantu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss / selepas pembedahan.



Ada lagi kebaikan lain Peppermint Ginjer Plus ?
  • Membantu melegakan otot perut
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom demam
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
  • Meningkatkan fokus
  • Menghalang muntah selepas pembedahan
  • Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Melegakan haba pada musim sejuk / panas
  • Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness
  • Melegakan senak perut





Siapa yang boleh mengambil Peppermint Ginger plus?

  • Mereka yang suka mengembara dan mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang ada masalah gastrik dan angin dalam badan Ibu mengandung yang ada masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang kerap mengalami kembung perut
  • Mereka yang ada masalah kencing kotor dan lawas
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit / kurang lawas
Apa respon Testimoni yang telah mengamalkan.






Hana Binti Kasim

♥ sms/whatsApp: 019-5434395


♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kerteh
Johor :Bandar Tenggara & Kulai