Apa itu metabolisme? Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan
atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah
jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan
fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan
berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa
anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan
memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
Metabolisme bagi setiap individu
berbeza. Ia bergantung kepada
komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah
lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori
untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang
lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Persoalannya, bolehkah kadar
metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya
anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap
kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai
sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:
10 Tip Cepatkan metabolisme
Badan
1.
Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8
gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda
untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2.
Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium
di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan
lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari
susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
3.
Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah
mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak
makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada
waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin
yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
4.
Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk
mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan
tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai
kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan
bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari
5.
Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan
hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan
sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti
yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan
tekanan yang dihadapi.
6.
Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50
kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan
otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic
rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat
seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan
bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar
lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk
mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari
masa yang panjang untuk bersenam.
7.
C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah
rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan
metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral
tersebut.
8.
Minum Teh Hijau. Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau Teh
hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda
perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Cinch
Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik
untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan
metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).
Testimoni
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hana Binti Kasim
0 comments:
Post a Comment