ASSALAMUALAIKUM... SALAM
SEJAHTERA
Pengertian Selawat .
Selawat adalah
jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat
dari allah , memberi berkah dan ibadat . Dalam kitab suci Al-Quran Allah
berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat
kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah
salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:ayat 56 )
Selawat kepada nabi
terdiri dari tiga macam tingkatan :
1. Selawat Allah
kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah
memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi
Muhammad S.A.W kepadanya .
2. Selawat para
Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W, bererti malaikat²
mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .
3. Selawat
manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W, bererti mengakui kerasulannya , memohon
kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti
kebenaran ajaran yang dibawanya .
Hukum Membaca
Selawat
Para ulamak telah
memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya
:
1. Imam Syafie
mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara
tasyahud (tahiyyat) dan salam .
2. Imam Asy-Sya’bi
berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan
akhir .
3. Abu Jaafar
Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud
awal atau akhir .
4. Abu Bakar
ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .
5. Abu Bakar Ar-Razi
& Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun
hanya sekali .
6. At-Thahawi
berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama
Nabi Muhammad S.A.W
7. Az-Zamakhsyari
berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .
8. Ibnu Jarir
At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang
disukai sahaja .
9. Ibnu
Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .
Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan
ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat
dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.
Dalil-dalil
Hadis Tentang Selawat
1. Sabda Nabi S.A.W “Dari
Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat
denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
2. Sabda Nabi s.a.w :
“ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat
kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis
Riwayat Ahmad & Al-Khatib )
3. Sabda Nabi s.a.w :
“ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu
jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka
sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu
berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
4. Sabda Nabi s.a.w :
“ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima
ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Berdasarkan dari hadis², jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah
suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum
Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa
berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan
kaum Muslimin .
Waktu-Waktu
berselawat
Terdapat banyak hadis
yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin
membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :
1. Ketika hendak
masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “
Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam
kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah
untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa
: Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat
Abu Daud ) Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari
masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah
keatas Muhammad “
2. Sesudah Azan.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang
menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai
maka berselawatlah kamu kepadaku.” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )
3. Sesudah membaca
tasyahud akhir dalam sembahyang.
4. Di dalam
sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah
s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya
, setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca
selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”
5. Diantara
takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah
lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang
bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu
Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku.
“
6. Di permulaan
dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit
dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat
kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
7. Di akhir qunut
dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang
mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “Dan mudah-mudahan Allah
melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad. “
8. Di malam dan
di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca
selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan
kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
9. Di dalam khutbah
Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum
akhir khutbah Jumaat .
10. Ketika berziarah
di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang
pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah
mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu
Daud )
11. Sesudah
bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat
untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis
Riwayat Syafi’i &Daraquthni )
12. Ketika setiap
mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu
kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah
Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah
akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka
.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)
13. Ketika berjumpa
sahabat handai atau saudara mara sesame Islam. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah
dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang
yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w .
melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah
lalu ataupun yang akan datang . “( Hadis riwayat Ibnu Sunni )
14. Ketika akan
memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “
Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah)
dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “
( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
15. ketika mendengar
orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu
adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya
. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
16. Ketika telinga
berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu
berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis
Riwayat Ibnu Sunni )
17. Ketika mengalami
kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana
pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap
Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai
dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )
18. Setiap
waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku
waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat
syafaatku di hari kiamat . “ (Hadis Riwayat Thabarani.
0 comments:
Post a Comment