Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 25 January 2016

Ruam Susu & Lampin

Salam Sejahtera


Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis).

Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. 

Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.

Ruam susu ialah kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah memastikan setiap maknanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.


Ruam lampin terjadi apabila terlalu lama dibiarkan bayi memakai kain lampin/lampin pakai buang,  menyebabkan kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam. 

Testimoni

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395

♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..



0 comments:

Post a Comment