Labels

CARA ORDER MUDAH

INFO BERGUNA

Menu

Friday, 29 January 2016

Ostematrik Bukan Kalsium Biasa


Salam Sejahtera

Bila tengok akan kesan akibat kekurangan pengambilan kalsium setiap hari memang
terus rasa nak amal terus la kalsium untuk kesihatan jangka panjang.
Saya pun kenal kalsium pun sejak pregnant anak pertama.Kesedaran baru tahu penting rupa ye kalsium ni.

Kita lazim ye tahu kalau nak dapatkan kalsium mesti melalui rutin minun susu. Tapi kadang- kadang ada yang tak agak susah untuk kekalkan rutin harian dengan pengambilan susu.

Cadangan untuk mereka yang alah kepada susu boleh la cuba kalsium mudah shaklee. Amat fleksible sekali untuk diamalkan. Kalsium mudah nie lebih dikenali dengan Ostematrik ( kalsium ).

Ok kalau korang nak tahu Ostematrik nie bukan kalsium biasa tau. Sangat berbeza dan terbaik untuk penjagaan kesihatan kita. Mari saya cerita lagi...

Ostematrix diperbuat daripada formulasi yang unik yang terdiri daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, maganes dan boron


  Kajian menunjukkan kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. Wanita lebih muda terdedah dengan osteoporosis kerana setiap kali wanita mengalami kitaran haid..paras kalsium dalam tubuh akan semakin berkurang.

  Istimewanya Ostematrix ni ia mengandungi magnesium dan zat besi yang membantu penyerapan kalsium lebih efektif. Selain itu, Ostematrix juga berfungsi untuk:

🌼Menguatkan tulang, gigi dan kuku

🌼Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
🌼Mengurangkan stress dengan mengawal tekanan darah, menggalakkan 

🌼Mengurangkan sakit senggugut

🌼Mengurangkan masalah gastrik
🌼Memelihara kesihatan jantung



Siapa yang perlukan Ostematrix?


■ Anda yang mudah stress,selalu kebas,kejang , mengalami masalah sembelit dan masalah senggugut.
■ Anda yang sering keletihan kerana ostematrix membantu mengembalikan tenaga anda

■ Ibu mengandung memang wajib ambil ostematrix untuk mengelakkan berlaku kekejangan, sakit pinggang, sakit gigi,sembelit dan membantu pembentukan tulang dan  gigi bayi

■ Ibu menyusu.kerana ostematrix membantu menghasilkan susu kerana ostematrix adalah milkbooster shaklee

■ Seorang wanita bagi membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis

■ Orang yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan . Ostematrix diperlukan untuk memastikan kepadatan tulang anda mengampu tulang badan anda.

Terbaikkan kalsium mudah nie kan. Macam - macam masalah boleh di atasi bila mengamalkan ye dalam rutin seharian kita. 

Untuk bantu anda lebih yakin dengan Ostematrik ( kalsium ) nie. Saya tunjukkan anda testimoni- testimonial yang telah mengamalkan kalsium Shaklee nie





                        
Ostematrik bukan kalsium biasa yang boleh bantu penuhi keperluan tubuh anda untuk kesihatan yang baik bagi jangka masa yang panjang. 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395



♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kertih
Johor :Bandar Tenggara & Kulai

Monday, 25 January 2016

Kenali SHAKLEE





Shaklee adalah sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang sudah lama bertapak di dalam Malaysia. Shaklee peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956 dan terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.
Shaklee Memberi Jaminan Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


Hana Binti Kasim
♥ SMS/WhatsApp: 019-5434395

♥ Email : hanabard105@gmail.com




Ruam Susu & Lampin

Salam Sejahtera


Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis).

Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. 

Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.

Ruam susu ialah kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah memastikan setiap maknanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.


Ruam lampin terjadi apabila terlalu lama dibiarkan bayi memakai kain lampin/lampin pakai buang,  menyebabkan kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam. 

Testimoni

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395

♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..



Friday, 22 January 2016

Kulit Segar Dengan Gental Deep Foaming Cleanser

Salam Sejahtera




Selalu bertukar pencuci muka?? Tak tahu pencuci yang terbaik untuk penjagan kulit.

Kulit anda berminyak.. Berparut..berjerawat dan nampak selalu kusam

Nie la masalah yang selalu sangat kaum pompuan alami. Saya sendiri pun pening nak cari yang terbaik untuk kulit .Banyak brand dah saya cuba tapi respon ye tetap tak nampak perubahan.

Kes saya jerawat kecik2 dan berminyak je. Jenis saya tak berapa suka nak Gina yang boleh mengelupaskan kulit. Ala yang berset2 tu la. Termasuk cream malam dan siang la. Saya lebih suka yang neutral dan semula jadi tanpa beri effect pada kulit.

Cari  punya cari yang nie yang saya jumpa. Mula cuba saya kongsi dengan suami dulu. Bila seminggu kami guna, terus suami respon bagus pencuci nie. Guna sikit tapi buih banyak. Habis cuci kulit dah rasa lain. Ringan dan Segar yang dapat saya simpulkan.

Maka next order sorang satu la. Dah tak kongsi. Jatuh cinta terus kat pencuci nie.





Gentle Deep Foaming Cleanser

#Membersihkan dan menyegarkan kulit

#Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit

#Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin

#Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulitLembut dan menyegarkan

Satu tiup boleh tahan 6-7 bulan.

Apa kata mereka yang mencuba.. 






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395



♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Sedia berCOD bagi yang berdekatan. Penghantaran terus bagi mereka yang area 
Terengganu: Dungun , Paka., Kertih
Johor :Bandar Tenggara & Kulai




Monday, 18 January 2016

Tip Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan


Apa itu metabolisme? Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.


Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.


Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

1.    Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2.    Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3.    Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

4.    Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari

5.    Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6.    Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

7.    C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

8.    Minum Teh Hijau. Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).



Testimoni




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Hana Binti Kasim
♥ SMS/WhatsApp: 019-5434395

♥ Email : hanabard105@gmail.com




Tips Bagaimana Rawatan Penyakit Ekzema

Assalamualaikum...


Apa itu ekzema?



Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 


Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 



Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 



Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 


Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya





Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. 



Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut. 



Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi  lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 

Rawatan Supaya Kulit Kembali Sihat

Menurut pakar kulit, penyakit eczema ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Namun begitu, tak perlu bimbang rawatan yang sistematik dapat meminimumkan kesan penyakit itu dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik.

Kita juga perlu bersedia untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat dengan mengawal pemakanan dan selalu bersenam. Pada masa yang sama, pilihlah pemakanan yang sihat dan hindari dari makan makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.

Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee

☀Bayi Berusia Kurang Dari 1 Tahun

Untuk para ibu yang menyusu anak yang mengidap eczema, anda disyorkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.

Krim Herbal Blend boleh disapukan untuk bayi yang mengalami ekzema kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.

☀Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas

Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard

Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.

Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut.

Kombinasi Krim Herbal Blend dan Vitamin E untuk rawatan luka akibat eczema.

☀Remaja dan dewasa

Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak.Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.

-Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.

-Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan hkulit & mengurangkan kegatalan.

-ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.

-Krim Herbal Blend adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.

Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman dewasa dengan bertindak menyahtoksin.


Apa kata mereka yang pernah mengalaminya..





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395
♥ Email : hanabard105@gmail.com




Tuesday, 12 January 2016

Selawat Nabi S.A.W Fadhilat & Khasiatnya ♥

ASSALAMUALAIKUM... SALAM SEJAHTERA 

Pengertian Selawat.

Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat . Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W, bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

 3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W, bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .

 Hukum Membaca Selawat 

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :

1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .
2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir .
 3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir .
 4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .
5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .
 6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W
7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .
 8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja .
 9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib . Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.




Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1. Sabda Nabi S.A.W “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

2. Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

3. Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

4. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud ) Berdasarkan dari hadis², jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .


 Waktu-Waktu berselawat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat Abu Daud ) Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “

 2. Sesudah Azan. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku.” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang.

 4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”

 5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “

 6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad. “

 8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )

9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni )  

12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “( Hadis riwayat Ibnu Sunni )

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )

15. ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )

17. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )
 18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ (Hadis Riwayat Thabarani.