Salam Sejahtera

Ada ibu yang terpaksa berpisah dengan anak atas faktor yang tidak dapat dielakkan seperti bekerja jarak jauh, belajar, sakit dan sebagainya.
Apa pun kesungguhan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara ekslusif tetap tersemat dalam hati. Betapa hebatnya ibu-ibu sedemikian. .
Ia bukan tugas yang mudah seperti mana ibu yang boleh menyusukan anak secara terus dan mengepam susu hanya di tempat kerja sahaja. Tetapi dengan perancangan dan pelaksanaan yang betul, tidak mustahil ibu berjarak jauh juga mampu menyusukan anak tanpa halangan. Apa yang penting adalah sokongan dan informasi lengkap supaya ibu tidak mudah berputus asa.
Semoga panduan berikut mampu memberikan kekuatan kepada ibu berjarak jauh dengan bayi
1. Guna pam berkualiti
Penggunaan pam berkualiti membantu ibu merangsang dan mengekalkan bekalan susu ibu menerusi sesi pengepaman semata-mata. Ini kerana pam payu dara tidak begitu efektif dalam merangsang pengaliran dan mengeluarkan susu daripada payu dara berbanding rangsangan terus daripada bayi.
Untuk memaksimumkan hasil pengepaman, kajian menunjukkan penggunaan pam payu dara berganda yang berkualiti dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
2. Mengepam dengan kerap
Pengepaman secara kerap sekurang-kurangnya enam hingga lapan kali sehari dapat mengekalkan penghasilan susu secara konsisten. Jangan culas mengepam mengikut masa yang konsisten walaupun anda berjauhan daripada anak. Bekalan susu ditentukan oleh amaun susu yang dapat dikeluarkan daripada payu dara. Kadang kala ibu mungkin mengalami turun naik dalam penghasilan susu atau mengalami kesukaran dalam membina dan mengekalkan bekalan. Namun, percayalah apa sahaja jumlah yang mampu anda bekalkan cukup untuk keperluan bayi.
3. Urutan payu dara
Mengurut payu dara sebelum proses mengepam turut membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Selain urutan menggunakan tangan, ibu boleh menuam payu dara dengan tuala hangat sebelum mengepam.
4. Cara simpan susu perahan
Salah satu cara untuk memaksimumkan kualiti susu ibu perahan adalah menggunakan bekas penyimpanan susu yang diperbuat daripada kaca atau botol plastik yang keras, jernih atau berkabut. Ia adalah pilihan paling baik untuk mengurangkan sebarang pengurangan komponen penting susu ibu.Bagi mengekalkan kualiti paling baik susu ibu perahan, elak atau minimumkan penggunaan beg plastik penyimpanan susu ibu kerana ia dikatakan boleh mengurangkan lemak dan vitamin lemak larut apabila susu disimpan di dalamnya. Malah turut meningkatkan risiko pencemaran melalui lubang atau koyakan bekas plastik. Bagaimanapun ia jauh lebih baik diberi kepada bayi berbanding susu formula.
5. Cara penghantaran
Susu perahan ibu beku yang dikumpul boleh dihantar kepada bayi yang tinggal berjauhan daripada ibu mengikut pelbagai cara sama ada menggunakan kereta atau bas. Bagaimanapun pastikan susu tersebut disimpan dalam kotak penyejuk untuk mengekalkan susu terus beku sepanjang perjalanan menghantar susu.
Tips yang kelima ni la yang paling saya suka sekali. Pengalaman yang saya lalui masa anak ke 2 . Anak terpaksa hantar ke kampung dan setiap minggu saya akan pos stok susu saya guna bas. Saya akan pastikan stok susu yang sampai mesti masih dalam keadaan beku untuk kekalkan nutrisi susu tersebut. Alhamdulillah teknik menabur garam kedalam ais boleh kekalkan ais dari cair berjaya .Tapi kena pastikan juga pembungkusan yang lebih kemas sebelum proses penghantaran.
Ternyata hasil kosisten saya pada Set Penyusuan Shaklee memang tak menghampakan. Walaupun berjauhan dengan anak saya tetap boleh beri yang terbaik untuk anak sehingga la hari nie. Set Penyusuan Shaklee lengkap untuk semua keperluan yang diperlukan oleh ibu yang menyusu. Pendek kata bonus untuk ibu - ibu yang ambil , badan sihat kulit pun tumpang lebih cantik.
Apa kata kita lihat dulu beberapa testimoni mereka - mereka yang telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee nie.

Terbaik kan, bagi anda yang merancang untuk penyusua penuh susu ibu disyorkan sangat- sangat dapatkan Set Penyusuan Shaklee. Kesannya sungguh cepat.
Bagaimana nak dapatkannya pulak la... sungguh mudah!
Boleh segera hubungi saya HANA 019-5434395 .
Boleh email terus ke hanabard105@gmail.com.
Atau like page https://www.facebook.com/SehatChantekBiz/.
0 comments:
Post a Comment