Saturday, 19 December 2015

Mahu Atasi Masalah Angin Dalam Badan???

Salam Sejahtera






Individu yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutamanya pada bahagian perut. Perut terasa kembung kerana ketika mengalaminya, angin dalam badan tidak dapat  dikeluarkan melalui sendawa atau kentut. Ia adalah disebabkan masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus.


Punca masalah angin/kembung perut

Terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan dalam badan, antaranya :

* Tekanan - Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.

* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.

* Merokok

* Makan atau minum terlalu cepat  dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.

* Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.

* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.

* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Gejala/simptom yang selalu dialami.

* Kerap buang angin - Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan.

* Kerap sendawa - Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.

Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks.

* Kembung - Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.


* Sakit perut atau rasa tidak selesa - Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.





Ikhtiar Buang Angin Dengan Suplemen Shaklee

Ada 2 jenis suplemen yang boleh membantu mengurangkan angin dalam badan.




Dengan pengambilan ini ia membantu dengan cara  memberikan keselesaan pada perut dan usus, menghilangkan rasa sebu dan kembung perut dan merangsang perembesan jus gastrik perut agar pencernaan makanan berlaku dengan lebih efisyen


Rasa mint yang terdapat dalam setiap tablet mampu memberikan rasa nyaman dan ‘sejuk’ pada perut. Pesakit gastrik mesti suka Bebas Sakit Gastrik Dengan Berkesan.





2. Kedua adalah Garlic Complex




Alternatif yang terbaik menggantikan bawang putih yang perlu di telan mentah. Garlic complex membekalkan 100% Allicin dalam setiap kapsulnya. Allicin ini mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan antikulat dan mempunyai sifat penyembuh. 


Ia membantu membersihkan (detox) salur darah kita dengan menyingkinkan keluar toksin (angin) dari badan agar perjalanan darah kita lancar dan mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. Selain dari itu, ia turut membantu merembeskan jus gastrik dalam perut untuk melancarkan lagi proses pencernaan makanan.



Petanda yang paling best bagi menentukan suplemen yang anda makan ia ‘sedang bekerja’, ia akan membuatkan kita kentut dengan kerap dan sendawa sebagai proses mengeluarkan angin dalam badan. Dengan mengamalkannya setiap hari anda pasti merasa perubahan yang ketara. Badan jadi 'ringan', mungkin banyak kentut di awal2 pengambilan  dan proses perkumuhan jadi lebih lancar. Tetapi AWAS! Jika berada di tempat awam, berhati-hati ya! Hahaha…

Bagi mereka yang nak mudah dan cepat kesannya boleh cuba segera. 

Apa kata mereka yang dah mengamalkannya:




Mari- mari yang ada angin dalam badan pakat cuba.. Insya Allah ikhtiar yang nie pulak. Mana tahu boleh hilang habis segala angin dalam badan

Anda boleh terus hubungi saya Hana 019-5434395 untuk tempahan.

Kosultansi percuma untuk
Custemer saya sahaja taw..




Tuesday, 15 December 2015

Penyusuan Jarak Jauh? Bagaimana anda hadapi?

Salam Sejahtera


Bukan semua ibu bernasib baik boleh menyusukan anak secara terus dan sentiasa ada di sisi anak pada bila-bila masa. 

Ada ibu yang terpaksa berpisah dengan anak atas faktor yang tidak dapat dielakkan seperti bekerja jarak jauh, belajar, sakit dan sebagainya. 

Apa pun kesungguhan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara ekslusif tetap tersemat dalam hati. Betapa hebatnya ibu-ibu sedemikian. .
Ia bukan tugas yang mudah seperti mana ibu yang boleh menyusukan anak secara terus dan mengepam susu hanya di tempat kerja sahaja. Tetapi dengan perancangan dan pelaksanaan yang betul, tidak mustahil ibu berjarak jauh juga mampu menyusukan anak tanpa halangan. Apa yang penting adalah sokongan dan informasi lengkap supaya ibu tidak mudah berputus asa.

Semoga panduan berikut mampu memberikan kekuatan kepada ibu berjarak jauh dengan bayi

1. Guna pam berkualiti

Penggunaan pam berkualiti membantu ibu merangsang dan mengekalkan bekalan susu ibu menerusi sesi pengepaman semata-mata. Ini kerana pam payu dara tidak begitu efektif dalam merangsang pengaliran dan mengeluarkan susu daripada payu dara berbanding rangsangan terus daripada bayi.
Untuk memaksimumkan hasil pengepaman, kajian menunjukkan penggunaan pam payu dara berganda yang berkualiti dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.


2. Mengepam dengan kerap

Pengepaman secara kerap sekurang-kurangnya enam hingga lapan kali sehari dapat mengekalkan penghasilan susu secara konsisten. Jangan culas mengepam mengikut masa yang konsisten walaupun anda berjauhan daripada anak. Bekalan susu ditentukan oleh amaun susu yang dapat dikeluarkan daripada payu dara. Kadang kala ibu mungkin mengalami turun naik dalam penghasilan susu atau mengalami kesukaran dalam membina dan mengekalkan bekalan. Namun, percayalah apa sahaja jumlah yang mampu anda bekalkan cukup untuk keperluan bayi.


3. Urutan payu dara

Mengurut payu dara sebelum proses mengepam turut membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Selain urutan menggunakan tangan, ibu boleh menuam payu dara dengan tuala hangat sebelum mengepam.


4. Cara simpan susu perahan

Salah satu cara untuk memaksimumkan kualiti susu ibu perahan adalah menggunakan bekas penyimpanan susu yang diperbuat daripada kaca atau botol plastik yang keras, jernih atau berkabut. Ia adalah pilihan paling baik untuk mengurangkan sebarang pengurangan komponen penting susu ibu.Bagi mengekalkan kualiti paling baik susu ibu perahan, elak atau minimumkan penggunaan beg plastik penyimpanan susu ibu kerana ia dikatakan boleh mengurangkan lemak dan vitamin lemak larut apabila susu disimpan di dalamnya. Malah turut meningkatkan risiko pencemaran melalui lubang atau koyakan bekas plastik. Bagaimanapun ia jauh lebih baik diberi kepada bayi berbanding susu formula.


5. Cara penghantaran

Susu perahan ibu beku yang dikumpul boleh dihantar kepada bayi yang tinggal berjauhan daripada ibu mengikut pelbagai cara sama ada menggunakan kereta atau bas. Bagaimanapun pastikan susu tersebut disimpan dalam kotak penyejuk untuk mengekalkan susu terus beku sepanjang perjalanan menghantar susu.

Tips yang kelima ni la yang paling saya suka sekali. Pengalaman yang saya lalui masa anak ke 2 . Anak terpaksa hantar ke kampung dan setiap minggu saya akan pos stok susu saya guna bas. Saya akan pastikan stok susu yang sampai mesti masih dalam keadaan beku untuk kekalkan nutrisi susu tersebut. Alhamdulillah teknik menabur garam kedalam ais boleh kekalkan ais dari cair berjaya .Tapi kena pastikan juga  pembungkusan yang lebih kemas sebelum proses penghantaran.


Selama 3 bulan rutin setiap minggu saya hantar susu. Alhamdulillah la stok susu saya makin hari makin meriah. Saya ambil Set Penyusuan Shaklee untuk proses penyusuan saya berjalan lancar. Memang super meriah jadi ye. Jadi walaupun anak berjauhan saya masih boleh susukan anak sepenuhnya. Bukan tak nak campur. Pernah cuba dah tapi bila ambil susu lain terus anak sembelit. Selalu setiap hari membuang, nie sampai banyak hari tak membuang, naik risau jugak la. Sejak tu saya stop campur terus full menyusu original susu ibu.


Ternyata hasil kosisten saya pada Set Penyusuan Shaklee memang tak menghampakan. Walaupun berjauhan dengan anak saya tetap boleh beri yang terbaik untuk anak sehingga la hari nie. Set Penyusuan Shaklee lengkap untuk semua keperluan yang diperlukan oleh ibu yang menyusu. Pendek kata bonus untuk ibu - ibu yang ambil , badan sihat kulit pun tumpang lebih cantik.

Apa kata kita lihat dulu beberapa testimoni mereka - mereka yang telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee nie.



Terbaik kan, bagi anda yang merancang untuk penyusua penuh susu ibu disyorkan sangat- sangat dapatkan Set Penyusuan Shaklee. Kesannya sungguh cepat. 

Bagaimana nak dapatkannya pulak la... sungguh mudah!

Boleh segera hubungi saya HANA 019-5434395 .

 Boleh email terus ke hanabard105@gmail.com.


Atau like page https://www.facebook.com/SehatChantekBiz/.




















Wednesday, 9 December 2015

Tanda - Tanda Bahaya Kolesterol Berlebihan

 7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga jaga!






Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini  dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini  sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah  ada yang mengalaminya.


Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas - ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk - peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri - ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!


4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher - arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah

ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak - ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) -  ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar  trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda -  pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada
padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.

Cadangan untuk anda yang ingin lebih mudah singkirkn kolesterol . Dua suppliment ini sedia membantu anda.


                                 





 SET HAPUS KOLESTEROL Shaklee memang sangat-sangat membantu untuk menurunkan kolesterol kita yang tinggi tu. Dengan memastikan badan kita menghalang kolesterol jahat dari masuk dalam badan kita dan juga membuang lemak-lemak kolesterol yang terlepas dari tapisan, 2 pil ini boleh membuatkan badan kita bebas dari kolesterol.

a. Phytocol-ST

Kandungan Phytosterols yang terdapat dalam Phytocol-ST ini terbukti membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita. Ia menghalang penyerapan kolesterol apabila ia masuk dalam badan kita dan juga ia bertindak untuk menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat).

Tak payahlah kita susah-susah nak telan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum sehari semata-mata nak dapatkan khasiat 2000mg fisoterol. Cukuplah dengan 1-2 biji suplement ini.

b. Omega Guard


Omega Guard pula tugasnya untuk menyingkirkan kolesterol-kolesterol jahat tadi keluar dari badan kita. Ia akan membersihkan saluran darah kita yang dah banyak melekat dengan kolesterol LDL tu dan bawanya ke sistem perkumuhan untuk disingkirkan.



Apakata mereka yang telah mengamalkan suppliment untuk singkir kolesterol ini.





Bagaimana nak dapatkannya pulak la... sungguh mudah!

Boleh segera hubungi saya HANA 019-5434395 .

 Boleh email terus ke hanabard105@gmail.com.

Atau like page https://www.facebook.com/SehatChantekBiz/.