Proses
penyusuan bukanlah perkara mudah lebih-lebih lagi buat ibu yang baru pertama
kali melaluinya. Tanpa ilmu di dada dan sokong padu suami dan keluarga
terutamanya, ramai ibu yang gagal menyusukan bayi sebaik bersalin. Semoga tips
di bawah membantu bakal ibu di luar untuk memulakan penyusuan susu ibu sebaik
bersalin:
1. Mulakan
penyusuan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.
Kajian menunjukkan selepas beberapa minit lahir, bayi dengan automatik akan mencari puting ibu untuk menyusu. Bayi yang ‘self-attached’ akan mengalami kurang masalah dengan penyusuan badan.

2. Jangan
mengehadkan tempoh menyusu atau kekerapan bayi anda menyusu.
Ramai mengatakan bayi sepatutnya diberi susu setiap 2 jam. Tetapi belajar memahami kehendak bayi anda dan tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda lapar. Susukan bayi anda jika dia mahu.

3.
Lekapan (Latch) yang betul antara bayi anda dengan puting memastikan kejayaan
proses penyusuan anda.
Lekapan yang sempuna adalah kunci kejayaan dalam proses penyusuan badan. Jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar dan pastikan anda tahu cara bagi memastikan bayi anda menyusu dengan sempurna. Puting melecet antara tanda lekapan yang tidak sempurna.

4. Susu
formula percuma bukan penyelamat anda.
Tujuan utama anda diberikan sampel susu formula percuma adalah untuk menggalakkan anda membeli susu formula keluaran syarikat mereka. Tiada yang lebih berkhasiat selain dari susu ibu. Bayi anda berhak mendapat nutrisi terbaik dan pastikan anda memenuhi hak mereka. Jika bayi anda melekap dengan sempurna, kemungkinan untuk bayi anda menyusu sehingga kenyang adalah tinggi. Jadi, tidak perlu berikan bayi anda susu formula tetapi belajar cara yang betul untuk memastikan bayi anda melekap dengan sempurna.

5. Fahami konsep ‘Demand & Supply’
Di sekitar
minggu ke 28 kehamilan, badan anda akan mula menghasilkan susu. Jadi, tidak ada alasan kenapa anda tidak boleh memberi bayi anda susu badan sebaik sahaja dia
lahir. Untuk memastikan susu badan terus terhasil pastikan anda mengamalkan
konsep ‘Demand & Supply’. Badan anda memerlukan rangsangan (Demand) untuk
menghasilkan susu (Supply). Rangsangan boleh terjadi melalui hisapan bayi atau
pam.
6. Nutrisi
sempurna.
Nutrisi yang lengkap dan seimbang akan memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum dan secara tidak langsung akan membolehkan badan anda terus menghasilkan susu badan. Komponen utama susu ibu adalah protein, kalsium, vitamin, mineral dan cecair. Pastikan diet harian anda lengkap dengan kesemua komponen ini dan anda tidak akan ada masalah untuk terus menghasilkan susu buat si kecil. Kekurangan nutrisi akan menganggu kesihatan badan ibu dan secara tidak langsung akan mengganggu proses menghasil susu badan.

7. Tenang,
positif, doa dan istiqamah
Susu ibu
adalah anugerah Allah untuk si kecil. Anda harus sentiasa bertenang, elakkan
tekanan emosi yang melampau, sentiasa berfikiran positif bahawa anda mampu
menghasilkan susu badan untuk si kecil, sentiasa berdoa dan istiqamah dalam
melakukan rangsangan (Demand) agar badan anda mampu menghasilkan susu (Supply).
Hana: 019-5434395
0 comments:
Post a Comment