Keguguran mengandung
boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang
tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas
sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.
Wanita mengalami
keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas
bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding
penjagaan ibu yang keguguran.
Wanita yang tidak
merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi
bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam
rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan
keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Masalah angin merian
yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang
keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan
dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh
demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan
yang dilarang selepas keguguran.
Jika penjagaan
berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan
seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon,
bengkak dan bisa otot peranakan.
Adakah tempoh
berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? Sebenarnya mengikut
petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk
bab pemakanan dan gaya hidup seharian.Berpantang ibu
keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran. Untuk lebih berkesan,
pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan
bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi,
rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
Begitu juga dengan
makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang,
timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang
masak hijau, durian belanda dan tembikai.
Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri,
terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti
sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua,
ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam
lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.
Bagi mengembalikan semula kesihatan yang lebih baik selepas proses keguguran penjagaan dalaman amat penting. membaik pulih luka dalaman dengan cepat.Pengambilan makanan tambahan amat lah diperlukan .
Kebanyakkan ibu - ibu moden yang mengalami proses keguguran inginkan sesuatu yang mudah dan cepat tindak balas. Bagi yang tercari- cari suppliment untuk kesembuhan dalaman dan luaran saya cadangkan anda mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang menjadi permintaan luar biasa sehingga hari ini.
Kombinasi beberapa jenis vitamin yang sangat diperlukan oleh wanita yang mengalami keguguran. Sungguh mudah dan sangat berkesan. Perubahan yang ketara selepas anda mengamalkannya. Luka - luka dalaman cepat sembuh, membaiki sel- sel yang telah rosak dan beri tenaga yang luar biasa sepanjang tempoh berpantang. Selain itu membantu memenangkan emosi selepas keguguran .
Salah satu Testimoni yang telah mengamalkan .

Segera hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi percuma.
Hana Binti Kasim
0 comments:
Post a Comment